Aku tak tahu kenapa aku tulis cerita ni. Ah peduli apa aku.
Sejujurnya, aku cuma pernah bercinta tiga kali je seumur hidup aku. Itupun bukan bercinta betul pun. Aku tak tahu lah korang dah bercinta beratus kali atau tak pernah langsung. Tapi untuk aku, aku menyesal sebab pernah bercinta. Kalau boleh di ulang balik masa, aku tak nak bercinta langsung. Aku rasa macam semua ni tak bagus. Walaupun aku tak pernah berpegangan tangan sekalipun, aku still rasa bersalah. Kenapa hah?Aku mengaku, aku memang mudah nak suka kan orang. aku tak kisah pasal paras rupa, harta, dan sebagainya. As long as ayat lelaki tu manis macam McFlurry, aku akan suka dia. Aku rasa, ini salah satu keburukan yang harus aku buang jauh jauh. Mungkin lepas ni aku akan filter lelaki tu sampai bertahun tahun, lepas tu baru aku terima dia.
Dan lagi satu, aku juga mudah lupakan orang. Berdasarkan dari pengalaman aku yang lepas lepas, aku cuma akan meroyan lepas putus cinta untuk waktu yang singkat. Mungkin dalam dua minggu. Atau mungkin dua hari. Aku tak suka kenang barang lepas. As soon as aku dah break up, aku akan delete nombor dia, gambar dia, dan apa saja yang boleh dikaitkan dengan dia. Dalam dua minggu tu, mungkin aku akan menangis sebanyak mungkin. Tapi lepas tu, aku jadi okay je. Boleh gelak gelak macam tak ada apa apa.
Dan setakat ni, aku tak pernah lagi sayangkan seseorang sampai rasa macam nak mati bila dia tak ada. Aku tak pernah lagi nak melutut lutut mintak dia balik dengan aku. Aku tak pernah lagi tutup hati aku sebab kononnya tak dapat lupakan bekas pakwe. Tak. Aku bukan macam tu.
Aku tak tahu sama ada aku seorang yang heartless atau playgirl (kejadah apa play girl bercinta tiga kali je???). Untuk orang yang tak kenal aku sangat, mungkin mereka akan anggap aku ni perempuan yang entah apa apa. Baru break up, dah crush kat lelaki lain. Lepas suka lelaki lain, boleh pulak putus di tengah jalan, boleh pulak ada crush lain.
Aku rasa, mungkin sebenarnya aku tak pernah jatuh cinta pun. Aku cuma pernah suka kan orang. So, kalau dulu aku pernah cakap "saya sayang awak", itu pastinya satu pembohongan. Cinta yang dulunya aku canang canangkan, tak lebih macam cinta monyet budak budak sekolah.
Mungkin suatu hari nanti, aku akan sayangkan seseorang walaupun ayat orang tu tak manis langsung. Mungkin aku akan rasa nak mati bila dia tak ada. Mungkin air mata aku akan mengalir tak henti henti melebihi dua minggu, dan mungkin juga aku akan melutut supaya dia tak pergi tinggalkan aku. kalau ada ciri ciri sebegitu, dia lah orang yang aku cari cari. Makanya, tak perlu lah kita bercinta bagai. Mari kita jumpa tok kadi terus. Hehe.
PS : Aku harap, bakal suami aku tak baca benda ni. Sebab aku malu.
YOU ARE READING
Sadis Love Story
RandomIt's just some collection of variety of love stories. Ini kisah cinta yang sadis, ya begitulah nampaknya.