DINDING kelabu di dalam bilik Danial menjadi mangsa tatapan lelaki itu.Fikiran nya tidak tenang semenjak tadi.Rasa bersalah terhadap Eliya masih tidak goyah.
Danial melepaskan satu keluhan berat apabila mummynya masuk ke dalam biliknya.
"Hello,Danial.Look stressed today.." kata Puan Zaidatul.
"Well,i am," jawab Danial ringkas.Malas ingin bercakap lagi.
Puan Zaidatul yang faham akan anaknya itu membuatkan dirinya terus bangkit dan memberi sedikit ruang untuk Danial merehatkan mindanya.
"Goodnight,babyboy.Sweetdreams," satu kucupan singgah di pipi Danial.
Danial hanya mengangguk.
ELIYA membuka bungkusan tuala yang ada di atas kepalanya.Sikat rambut yang terletak kemas di atas meja diambil.
Wajahnya ditenung lama di dalam cermin tanpa perasaan.
Peristiwa yang berlaku di pejabat pagi tadi benar-benar mengacau jiwanya.Entah kenapa,terselit sedikit rasa benci di dalam hatinya terhadap Danial.Sudah berusaha memikirkan sesuatu yang positif,namun hatinya tetap mengatakan Danial memang seorang lelaki yang suka se....Aish!Bos aku sendiri tu kut!
Pipi nya ditampar sebelum mengaduh sakit.
Badannya dihempaskan ke atas katil empuk di belakangnya.
Setelah beberapa minit,akhirnya matanya terlelap juga.
KEESOKAN harinya,Danial tidak datang ke pejabat kerana ada urusan di luar.Bukan main awal lagi Danial bangun untuk ke Tokyo.
Aliff yang memerhati Eliya dari jauh mengukirkan senyuman.Hatinya berbunga tatkala memandang wajah mulus itu,seperti ada tarikan yang sangat menarik pada gadis comel itu.
Aliff mengaturkan langkahnya ke arah Eliya.
Meja Eliya diketuk menggunakan tulang jarinya.
Tersentak Eliya dengan perlakuan mengejut Aliff.Alahai mamat ni....
Namun,senyuman Aliff boleh membuatkan semua wanita buai termasuk Eliya.Namun,Eliya segera bangun dari buaian nya.
"Err,you nak apa apa ke?" Tanya Eliya apabila mata Aliff tidak bergerak dari mukanya sehingga membuatkan Eliya berasa kekok.
Aliff menggeleng perlahan.Cantik bukan kepalang!
YOU ARE READING
Encik Bos,kenapa saya?
RomanceSeorang perempuan bernama,Eliya Iris ingin menghabiskan praktikal nya di satu syarikat yang ada seorang bos kerek!Eliya sering diarah membuat pelbagai kerja oleh Danial Isyraf,bos yang berhati beku! "Kalau aku tengok ada habuk sikit,aku terus failka...