"Saya tahu awak ada perasaan pada dia lagi!" jerit Hyerin pada Junhoe. Ini adalah kali sembilan mereka bergaduh selepas menjalinkan hubungan. Pergaduhan mereka disebabkan Junhoe. Hyerin ternampak Junhoe sedang keluar dengan perempuan yang pernah disukainya, dan perempuan tu pula adalah kawannya.
"Aniya Herin-aa" jawab Junhoe. Dia mendekati Hyerin namun Hyerin mengundur ke belakang. Dia menjauhkan dirinya. "Selama ni saya fikir, hanya saya je wanita yang awak sayang. Tapi rupanya, awak masih sayangkan dia lagi." kata Hyerin perlahan. Bukannya Hyerin tidak percayakan Junhoe, tapi kelakuan Junhoe yang menyebabkan susah untuk Hyerin meletakkan kepercayaan padanya.
"Pleass, bagi saya explain?" tangan Hyerin dicapai. Kemudian, Junhoe memeluk erat tubuh Hyerin. Walaupun Hyerin meronta-ronta minta dilepaskan tetapi Junhoe tetap mngeratkan lagi pelukannya. "Saya tahu saya salah, maafkan saya okey? Saya tak sepatutnya jumpa dia lagi. Maafkan saya." ucap Junhoe sambil tangannya mengusap lembut belakang Hyerin membuatkan Hyerin diam.
Hyerin memang sudah banyak kali kecewa dengan Junhoe. Hatinya amat sakit dan sudah tidak tertanggung. Apa salahnya sehingga Junhoe membuatkan begini. Adakah dia hanya dipermainkan oleh Junhoe? Kalau tidak, Junhoe sepatutnya tidak akan cuba mendekati perempuan itu lagi.
"Tak ade sebab lagi awak nak keluar dengan dia. Awak dah tak sayang saya" kata Hyerin perlahan. Air mata mula mengalir di pipinya. "Jangan cakap macam tu. Saya sayangkan awak seorang je" marah Junhoe. Air mata Hyerin diseka menggunakan ibu jarinya. "Jebalyeo Hyerin-aa. Jangan macam ni" rayu Junhoe.
Sudahlah dia cukup penat dengan kerjayanya sebagai idola, sekarang kekasihnya pula membuatkan dirinya lebih tertekan. "Saya dah buat keputusan.. Saya nak tamatkan hubungan kita. Saya lepaskan awak untuk dia" ucap Hyerin membuatkan Junhoe terkejut dengan kata-katanya.
"Yah! Awak sedar tak apa yang awak cakap tadi?" soalnya. Wajahnya menunjukkan yang dia amat marah. "Saya sedar. Saya dah tak sanggup nak kecewa seorang diri lagi" pandangan Junhoe dibalas. Kemudian, Hyerin menolak tubuh Junhoe jauh darinya dan melangkah pergi dari atap bangunan YG. Hyerin pergi tanpa menoleh ke belakang lagi.
Apabila dia sampai di rumah, kakaknya, Hani terkejut melihat keadaan adiknya. "Hyerin-aa. Kenapa ni?" tanya Hani risau. Bahu Hyerin dipegang. Wajah Hyerin amat pucat dan matanya pula sangat merah. "Unnie, saya nak berseorangan" kata Hyerin lalu terus menaiki tangga menuju ke biliknya.
Hyerin mengunci pintu bilik. Dia melemparkan begnya. Kemudian duduk di sisi katil. Hyerin memeluk lututnya dan membenamkan muka. Lalu dia menangis sekuat hati. Kini, dia sudah kehilangan Junhoe yang amat disayangi. Dia sudah cuba untuk memahami Junhoe tapi hatinya terlalu sakit. Memandangkan rakannya bekerja sebagai penari di YG jadi pasti ada peluang kan untuk Junhoe dekat dengannya memandangkan Junhoe pernah sukakan rakannya sebelum mereka bersama.
Tangisan Hyerin semakin kuat. Pintu biliknya diketul berkali-kali namun dia hanya mengabaikannya. Dia tahu yang mengetuk pintunya adalah Hani. "Hyerin-aa. Buka pintu nii. Cerita dengan unnie siapa yang buat kamu macam ni" jerit Hani dari luar namun tidak berkesan. Sediki pun Hyerin tidak berganjak dari tempatnya. Tanpa Hyerin sedar dia sudah terlelap.
Sudah seminggu semenjak Hyerin putus dengan Junhoe. Dan dalam masa itu, Hyerin hanya mengurung dirinya di dalam bilik. Hani amat risau dengan keadaan Hyerin kerana tidak pernah sekali pun Hyerin keluar dari bilik. Tiba-tiba pintu bilik Hyerin dibuka. Seseorang memasuki bilik Hyerin. Apabila Hyerin mengangkat wajahnya, orang itu ialah Taehyung.
"Heyyy" tegur Taehyung sambil mendekati Hyerin. Dia mendapat berita mengenai Hyerin melalui Hani. Hani meminta dia agar datang memujuk Hyerin dan hanya ada satu saja cara untuk masuk ke dalam bilik Hyerin. Dengan menggunakan kunci simpanan. Dan Hani tahu hanya Taehyung sahaja yang boleh memujuk Hyerin.
Hyerin hanya tersenyum tawar. Taehyung duduk bersandar pada katil di sebelah Hyerin. "Tak nak cerita dekat aku?" tanya Taehyung. Taehyung tahu yang Hyerin mempunyai hubungan dengan Junhoe, dan hubungan itu adalah rahsia. Lalu Hyerin pun menceritakan pada Taehyung sambil air mata mengalir di pipinya.
Taehyun mengusap-usap belakang badan Hyerin. Dia tahu yang Hyerin amat kecewa sekarang. "Jom kita keluar. Mesti kau rasa sesak kan berkurung dalam bilik ni" ajak Taehyung. Dia cuba untuk menceriakan Hyerin semula. Hyerin hanya mengangguk. Mereka berdua keluar berjalan di mall. Taehyung memakai masknya kerana tidak mahu peminat dapat mengecam dirinya.
Tiba-tiba Hyerin ternampak manager iKON. Mata Hyerin membulat. Kalau manager mereka ada, pasti member iKON yang lain juga ada. Hyerin terkaku apabila mata dia bertembung dengan Junhoe. Pandangan yang diberikan oleh Junhoe amat menakutkan dan Hyerin tahu yang dia sedang marah. Hyerin lihat Junhoe sedang membisikkan sesuatu pada managernya dan kemudian managernya mengangguk.
Junhoe berjalan ke arah Hyerin dan memegang erat pergelangan tangannya. Kemudian dia membawa Hyerin pergi ke bumbung. Di situ tiada orang jadi pasti ada sedikit privasi untuk mereka.
"Yah! Apa yang awak buat ni?!" jerit Hyerin sambil cuba melepaskan tangannya.
"Suruh lelaki tadi tu balik dulu" kata Junhoe lalu melepaskan tangan Hyerin. "Saya taknak lah!" bantah Hyerin lalu ingin pergi.
"Kalau awak taknak, saya terjun" balas Junhoe sambil berdiri di atas penghadang. Hyerin amat terjeut dengan aksi Junhoe yang boleh membahayakan nyawanya.
"Yahh Koo Junhoe! Turun!" marah Hyerin. Jantungnya seolah berhenti berdegup melihat Junhoe. "Tak selagi awak tak mesej lelaki tadi" kata Junhoe dengan gaya seperti bersedia untuk terjun. "Aish! Arasseo!" akhirnya Hyerin mengalah. Telefon bimbit dikeluarkan dan tangannya laju menaip mesej.
16:50, 26 Disember
Hyerin
Maaf lah, aku ada hal.
Kau balik dulu ye?Taehyung
Aku dah sampai dorm dah pun.
Apa apa pun goodluck ye.
"Dah. Puas hati awak?" kata Hyerin. Junhoe turun dan terus meluru ke arah Hyerin. Tubuh Hyerin dipeluk erat.
"Maafkan saya please? Saya tahu saya salah. Saya tak boleh hidup tanpa awak. Saya sayangkan awak, Hyerin-aa" luah Junhoe. Wajahnya yang kusut cukup untuk menjelaskan yang dia juga terseksa. "Saya nak awak semula. Kita mula dari awal ye?" rayu Junhoe. Sungguh dia tidak sanggup kehilangan Hyerin kerana Hyerin adalah segala-galanya bagi Junhoe.
Tanpa Hyerin di sisi mampu membuatkan Junhoe tidak waras. Air mata Hyerin mengalir. Tubuh Junhoe turut dipeluk erat. Dia rindukan Junhoe. "Tapi dengan satu syarat" kata Hyerin. Junhoe melepaskan pelukan dan memegang kedua belah bahu Hyerin. "Apa-apa je" balas Junhoe sambil tersenyum. Tangannya memegang pipi Hyerin kemudian menyeka air matanya.
"Saya nak Junhoe saya yang lama. Saya nak awak sayang saya sorang je" kata Hyerin dengan manja membuatkan Junhoe ketawa. Junhoe mengangguk. "Saya janji. Saya akan sayang awak seorang je" janji Junhoe lalu mengucup bibir Hyerin.
Kini Junhoe rasa sangat lega kerana deritanya sudah hilang. Dia sudah mendapatkan semula Hyerin. Seminggu tanpa Hyerin amat menyeksakan baginya dan dia berjanji tidak akan melukakan Hyerin lagi.
***
Rindu aku tk guyss? Lama kan tk update 💕 Ni special untuk CNY 🎉
Do read my other fanfics ⇩⇩
• King Of The School | EXO-K X GOT7
• Fake Love | Exo Kai
YOU ARE READING
[HIATUS] Imagines + iKON
Fanfiction+ Buku yang dipublished khas untuk iKONICs dan imaginasi datang dari diri aku sendiri / tukang request. Dibintangi oleh ahli iKON: ⇨ Kim Hanbin ⇨ Kim Jinhwan ⇨ Koo Junhoe ⇨ Kim Jiwon (Bobby) ⇨ Song Yunheong ⇨ Jung Chanwoo || 아이콘 ||