Nashir dan Izha kembali ke Istana Kaca si Aina dan Alien pun menyambut kedatangan mereka.
"Selamat datang, wahai Pahlawan dan Ahli Sihir? Kekeke" Alien tersengih.
"silakan masuk silakan masuk" ujarnya lagi. Nashir senyum menyampah dan Izha mengulingkan matanya keatas gitew.
"Em, aku nak tanya.. Mana pahlawan air?" tanya Alien. Sambil menghidangkan air teh dan Kitkat perisa Greentea kepada mereka berdua.
Nashir menghirup air tersebut.."Entah, aku tak pasti. Yang aku pasti, Aina tuh suruh aku pergi Timur Fairyland je.. Lepas tu lesap entah kemana"
Tiba tiba, Pintu ajaib Doraemon muncul..
Dan dengan serentaknya, Nashir dan Izha tersembur air teh beserta air liur ke muka Alien.
"Mak aiii.. Kalau nak muncul guna pintu ajaib tu, biarlah bagi salam mak cik oiii" Tegur Nashir sambil memandang Nurul dan Ellya dengan pandangan maut. Izha pula meminta maaf terhadap Alien yang menangis tersedu sedu akibat semburan air teh bersama pakej air liur sekali. HashtagHaha.
"Okey maafkan kami, tapi... Ni memang mengejutkan plus memeranjatkan tau!!" ujar Nurul sambil menepuk tangan. Ellya cuma gelak HAHAHA di sebelahnya.
"apa perkara tu? Tsk tsk" soal Alien
Tiba tiba... Keluar seorang lelaki yang boleh dikatakan Hensem (bagi Nurul).
Dengan muka cool. Berkulit putih, mata tajam tapi bulat dan tinggi lampai tak setinggi tiang lampu.Izha memberikan reaksi biasa manakala, Nashir terleleh air teh yang belum ditelannya. Alien pula...
"oh my god, Mungkinkah ini Pahlawan kilat? Wuuuu.. Amazing!" kata Alien sambil menepuk tangan. Semua memandang Alien.
"Maksudnya sekarang tinggal seorang pahlawan lagi untuk melengkapkan Tujuh Pahlawan Lagenda Fairyland yang akan menewaskan The Black Queen wahahahahah!! Fairyland akan bebas dari genggaman The Black Queen!!!" ujar Alien dengan gembiranya sambil membaling kek ke muka semua Pahlawan dan Ahli Sihir itu.
Prak pacss Boom!! (anggap je ni bunyi kaca pecah okey (= )
Semua memandang kearah dinding Kaca yang dipecahkan. Rupa rupanya Fitri yang memecahkan dinding itu--'
"weyh asal kau pecahkan dinding kaca tu? Pintukan ada jalan untuk masuk. Ni nak jugak masuk ikut dinding" Nashir membuat muka.
"yela.. Pintu besar lagi luas tahu tak?! Dinasour pun boleh masuk. Tapi Dinasour kurus jelah. Gemok takleh. Keke" kata Nurul lagi.
"Pintu tu susah nak buka. Siap ada kata laluan lagi. Lepastu bagi check sana sini la, bagi kod itu ini la. Ee rimaslah!" kata Fitri sambil membersihkan kaca yang melekat dibajunya.
"haah apa apa jelah. Btw, kau dari mana?" Soal Ellya
"ouh. Aku dari Utara Fairyland dan Aina.. Aina..ehh macam kenal je?" mata Fitri memandang lelaki yang macam dikenalinya. Matanya membesar menandakan Fitri terkezuttヽ(´∀`)ノ
"Ha..Hafiz??¡¡!" Ujarnya terkejut.
"ahh.. Biarlah, yang penting sekarang Aina diaadadiutarafairylandberadadidalampokokyangditengelamiairdanrantaidiarantaidiadiatakpakaipunhaddiadalamairGawattttttt!!!" kata Fitri.
Semua mempamerkan muka yang blur.
"kau dengar apa dia cakap?" Soal Nashir kepada Hafiz. Hafiz mengangkat bahu.
"aku dengar gawat je" ujar Nurul.
"aku dengar pokok" ujar Izha pula.
"hehe. Aku tak dengar apa apa pun" ujar Ellya.
"ouh tidak. Pahlawan air keluar tanpa memakai rantainya..." kata Alien.
"itu dia itu dia" ujar Fitri sambil mengambil nafas. "dia dalam air huh huh" sambungnya lagi.
Semua memberi reaksi muka terkejut kerana amat memahami maksud itu. Kerana, tanpa rantai berlambangkan kuasa masing masing... Nyawa mereka boleh diancam.
"Dan, Aina ada cakap.. Kalau 30minit selepas itu dia tak muncul.. Cari dia" Terang Fitri. Alien mengangguk. "tak apa.. Pahlawan Air takkan apa apa" ujarnya sambil tersenyum.
"Tapi,..." Ellya mengerutkan dahinya.
"Aku dan Nurul ke Selatan. Nashir ke Timur dan Aina dan Fitri ke Utara. Siapa yang ke barat dan kenapa apa mengapa? Kena pergi ke tempat macam tu?" Tanya Ellya.
"Tiada siapa yang boleh ke Barat Fairyland sebab... Barat Fairyland dah dikawal sepenuhnya oleh bala tentera The Black Queen. Sebenarnya, yang bagi arahan tu adalah penjaga pintu Fairyland." terang Alien.
"korang perlu semua hapuskan The Black Queen sebelum Si Perempuan Durjana berlagak cantik muka macam itik itu pergi ke dunia sebenar.." terang Alien
"siapa penjaga pintu Fairyland" soal Nashir pula
"aku.. Aku salah seorang dari penjaga pintu itu" jawab Izha.
Semua memandang Izha. "kau ke yang bagi arahan?" soal mereka. Izha mengeleng.
"bukan aku tapi, Aina. Dia pun penjaga, tapi masih baru" kata Izha
"ouhhuhuhu"
"dan, Hafiz? Macam mana kau boleh kesini?" soal Nurul.
"entah. Aku secara tiba tiba ada di sini." jawabnya. "Tapi, semua ni biasa. Sangat biasa" kata Hafiz lagi.
"itu sebab kau memang ditakdirkan untuk menjadi Pahlawan Fairyland. Kamu semua adalah yang terpilih untuk melindungi dunia Fantasi ini." kata Alien.
"Maksudnya, kita ada pahlawan baru iaitu Pahlawan kilat!" kata Ellya.
"itu berita baik. Tapi, berita buruknya guys. Aina tak balik lagi. Kita kena ke Utara Fairyland sekarang juga!" kata Fitri lalu terbang sambil membawa rantai yang berlambang air milik Aina itu.
Yang lain pun mengangguk dan lesap menuju ke Utara Fairyland.
----
Barat Fairyland:
Someone's pov
Oh tidak.. Keseimbangan Fairyland terganggu. Kalau macamni, pintu ke dunia sebenar boleh terdedah. Ini berbahaya.
Aku kena ke Utara Fairyland!
---
Tbc.
Tadaaaa~ Hampir 10 bulan saya tak update. Maafkan saya eh. *tunduk 180 darjah* lol hahahak. Apa khabar readers semua? Maaflah kalau hambar. Inshaallah. Part 9 saya akan update secepat mungkin ><.
Pesanan author: Kita ni manusia. Dia pun manusia. Ada hati jiwa raga rasa perasaan. Sebab tu, kita kena jaga kesihatan emosi diri sendiri dan org disekeliling kita juga :) yeh peace all!
YOU ARE READING
Adventure in The Fairyland
AventuraEmpat sekawan yang mempunyai imaginasi terlampau, gila gila, pelik, dan sangat peramah walaupun ada yang tak peramah. Disebabkan oleh imaginasi terlampau, mereka telah membuat hajat yang tak masuk akal terhadap 'Bola Kristal' yang dijumpai oleh mer...