Lima tahun berlalu dan mereka semua masih kekal sebagai kawan baik. Mungkin masing-masing telah mengambil haluan mereka, tapi itu bukan satu penghalang untuk mereka tidak berjumpa.
Chanyeol, Baekhyun dan Chen yang masih lagi dengan lawak bodoh mereka walaupun masing-masing dah ada pasangan mereka.
Kai, Luhan dan Tao yang mungkin dulu nampak agak innocent. Tapi, bukan sekarang..Mereka bertigalah yang paling digilai perempuan sekarang. Main tukar-tukar perempuan pula sekarang.
Suho dan Xiumin yang masing-masing baru bertunang. Ya, pelik..Tapi hakikat.
Kyungsoo dan Kris yang sedang berulang alik bekerja di sana sini tapi masih lagi cuba bekorban untuk berjumpa dengan rakan-rakan.
"Lepastu bos aku cakap..Kenapa tak susun je fail kat atas almari tu? Aku geramlah! Dah la pejabat kitorang punya almari dah penuh semua! Dia boleh pula buat lawan suruh susun kat almari tempat letak cawan kopi? Ish!" Chen berdecit. Tangan disilangkan sementara rakan-rakannya ketawa.
"Bagus apa kau dapat bos yang suka buat lawak macam tu? Cuba tengok bos aku? Moody 25 jam sehari, 8 hari seminggu," Baekhyun menyambung.
"Uish! Hebat betul bos kau ya? Semua benda dia terlebih satu. Entah-entah isteri pun terlebih sampai lima?" Chanyeol membuat lawak.
"Uish..Kalau tu macam payah ah..Aish," Mereka berdua membuat muka 'unbelieveable-betul-bos-Baekhyun-ni-' sambil ketawa.
"Oh, ya mana diorang ni? Salin baju ke jahit baju?" Xiumin mengerling jam. Mereka sekarang berada di Pulau Jeju untuk vacation dan masing-masing membawa partner. Tapi, sejak dari balik ke pantai tadi kelibat perempuan yang dikenali pun tak nampak. Makcik cleaner yang rajin tegur diorang sejak dari hari pertama ada lah.
"Kau macam tak tau perempuan.. Tambah-tambah dah besar ni. Cuma tengok Nahyun? Janji pukul 8, tapi 8.45 baru dia masuk kereta," Baekhyun bersuara. Mereka semua menggelengkan kepala. Faham sangat dengan perempuan.
"Hah! Syok betul dia kutuk eh kat belakang?" Pipi Baekhyun dipicit dari belakang.
"Lambat betul korang?" Kris memandang mereka semua.
"Lambat? 30 minit tu lambat? Ish!" Sophia, teman wanita Kris berdecit. Dia juga seorang English-Chinese yang berasal dari Vancouver, Kanada.
"Nah, ni baju awak." Minyoung menghulurkan sehelai t-shirt putih milik Suho.
"Korang nak pergi mana sekarang?" Mereka semua berdiri dan mula berjalan ke kereta masing-masing.
"Kita pergi makanlah. Dah pukul satu ni," Xiumin mengerling jam.
"Okayh! Suho hyung jalan, kita ikut," Chanyeol bersuara dari tempat keretanya diletak.
"Okay!" Mereka masuk ke dalam kereta masing-masing.
"Sebenarnya apa yang korang buat sampai 30 minit?" Sehun membetulkan aircond sambil memandang Joohyun.
"Huh? Siaplah. Kenapa?" Sehun menggelengkan kepalanya. Pedal minyak ditekan apabila kereta-kereta yang lain mula bergerak.
"Lambat betul. Tambah-tambah Minyoung dan Junghwa..Bukannya kongsi bilik dengan korang. Diorang dengan Suho dan Xiumin kan? Kenapa lambat?" Joohyun tersenyum.
"Dah diorang tunggu kitorang. Bukan macam korang! Sorang siap, keluar, sorang siap, keluar..Kitorang perempuan jalan sama-sama-"
"Okay, Joohyun..Okay," Sehun meletakkan satu jari dibibir Joohyun sebelum menarik kembali.
"Joohyun.."
"Hmm?" Matanya tertancap pada skrin telefon.
"Love you.."
"Okay." Sehun berdecit. Payah, perempuan macam ni. Orang cakap, kutlah nak balas.
"Hyun.."
"Apa?"
"Balaslah!"
"Balas apa?"
"Ish! Merajuklah macam ni." Sehun berdecit sekali lagi sebelum badan disandarkan pada seat. Genggaman pada stereng makin kuat.
"Hey, patah stereng tu nanti," Joohyun menegur. Langsung tak ada balasan. Dia tersenyum.
"Oh Sehun.." Mereka berhenti semasa lampu merah.
"Sehun.."
"Sehun, Sehun, Sehun, Sehun!"
"Sehun!"
"Sehun!"
"Se-"
"Apa?" Lelaki itu berdecit.
"Love you too!" Joohyun mencium sekilas pipi lelaki itu.
"Dah, lampu hijau dah, jalan cepat!" Sehun berdehem sebelum keretanya kembali bergerak.
Joohyun tersenyum.
So..Love is unexpected, huh? Siapa sangka mereka berdua akan bersama padahal dari awal tahun sekolah tinggi mereka selalu bergaduh?
Tapi tengoklah sekarang. As the saying goes, 'jangan benci..Nanti jadi sayang,'. Dulu Joohyung langsung tak percaya memandangkan dia benci sangat dengan anak Pakcik Oh ni. Tapi tengoklah sekarang.
Mereka dah bahagia...
-The End-
YOU ARE READING
My Bully, My Lover+OSH[Malay](C)
FanficKim Joohyun, seorang pelajar perempuan yang sangat baik dan peramah. Tapi, disebabkan hobinya yang suka sangat membaca, dia dibuli seorang pelajar lelaki bernama Oh Sehun. Atau lebih dikenali sebagai kingka sekolah. Maknae sebuah kumpulan yang diber...