Part 2

564 40 4
                                    

"Jimin! Kau lambat lagi ke?!" Ji Hae di luar bilik menghentak-hentakkan kakinya. Aku rasa dia yang mandi dan bersiap dulu tadi. Ji Hae merengus. "Cepatlah! Aku taknak lambat first class" dan akhirnya Jimin pun keluar.

"Lambat!" Ji Hae geram. "Chill la" Jimin relax. Dia memaut bahu Ji Hae dan bergerak menuju ke kelas.

Dalam perjalanan ke kelas, semua orang memandangnya dan Jimin. Ada yang terkejut, ada yang buat muka annoying, muka marah pun ada, muka nak pitam pun ada. Pahal?

"Kau kelas mana?" Jimin bertanya. Ji Hae menunjukkan sekeping kertas yang tertulis nama kelasnya. "Lah.. sama kelas ngan aku je" Jimin senyum. "Jom masuk"

Ji Hae masih terpinga-pinga sementara Jimin sudah masuk ke dalam kelas. "Bukan dia senior aku ke? Cane boleh same kelas?" Dia melihat sekeliling.

"Kau buat ape lagi tu Jae? Eish." Jimin memegang tangannya masuk ke dalam. Masuk je, semua orang pandang. Sebab? Mestilah sebab Jimin pegang tangan dia. Lelaki pegang tangan lelaki, cuba bayangkan. Padahal aku dah berbunga-bunga dah kat dalam. Jap. Erkk. Back to real world Ji Hae!

Ji Hae segera melepaskan tangannya. "Tak perlu la pegang tangan aku" Jimin senyum dan menunjukkan tempat duduk pada Ji Hae. "Kau kena duduk sebelah aku" Jimin berkata sambil duduk ditempatnya.

"Wae?!" Ji Hae tak puas hati. "Aku tak nak! Roommate pun kau, kelas pun sama ngan kau, takkan la duduk pun sebelah kau. Kalau asyik ngan kau je, bila aku nak dapat kawan?" Ji Hae membebel.

"Abis kau nak duduk mana?" Jimin bertanya sambil menongkat dagu memandang Ji Hae. "Dah takde tempat kosong."

Ji Hae memerhatikan kelasnya. "Alah........." Dia akhirnya duduk di sebelah Jimin. "Sedihnya.. Sob sob" Ji Hae mencebik. "Woi. Aku yang hensem ni kau tak sudi nak jadikan kawan ke? Sengal" Jimin mencubit pipi Ji Hae.

"Kau tu memang dah kawan aku. Aku nak kawan lain jugak" Ji Hae menepis tangan Jimin. Pipinya merah. Malu.

"Oppa." Satu suara menegur. Ji Hae berpaling ke arah suara itu. Seorang perempuan sedang berdiri dihadapan meja Jimin. Jimin buat tak layan. "Nah. Macaron ni saya buat sendiri" katanya sambil meletakkan sebuah bekas diatas meja Jimin.

Jimin masih senyap. Ji Hae memandang kearahnya. "Um.. bawah meja oppa ada something. Gift sempena birthday oppa semalam" Perempuan itu senyum.

Melihatkan Jimin yang tidak memberikan sebarang reaksi, dia berlalu. "Ceh. Aku yang macho sebelah kau ni dia tak nampak ke?" Ji Hae bersuara. "Weh Jimin. Sape tu?" Dia bertanya.

"Hmm? Salah seorang fans aku" selamba dia menjawab. Ji Hae angkat kening "Oh ya? Wow." Entahlah. Nak buat reaksi lebih-lebih pun aku dah tau mesti dia ramai peminat sebab dia hensem. Fuh! "Pastu asal kau tak layan dia? Dah macam cakap ngan tunggul dah aku tengok perempuan tu tadi"

"Malas" Ringkas dan padat. Ji Hae mengalah. Lantak kau lerr.

"Jimin, Jimin" satu suara menegur. Ji Hae berpaling. Sekarang ape? "Woah! Hari ni macaron!" Sekumpulan lelaki mengerumuni meja Jimin dan membuka bekas berisi macaron daripada perempuan tadi.

"Ehem ehem!" Ji Hae terpaksa berdehem. Bukan sebab dia inginkan perhatian daripada lelaki-lelaki yang memang hot pada pandangannya itu tapi lelaki-lelaki hot tu dengan senang lenang duduk di atas mejanya. Semak!

"Eh? Kau sape?" Tanya salah seorang daripada lelaki tersebut. Tertulis Hoseok pada tag namanya.

"Min Jae. Boleh korang kosongkan meja aku?" Ji Hae bertanya. Lebih kepada memberi arahan. "Yah Jimin. Kau bawak sape ni?" Seorang lagi lelaki memakai tag nama Teahyung bertanya.

"Newbie. Baru masuk semalam. Roommate aku" Jimin menjawab.

"Pardon?" Hampir serentak keenam-enam mereka bertanya. "Salah seorang daripada lelaki itu menariknya jauh daripada Jimin. "Kau roommate dia? Satu bilik?" Lelaki bertag nama Yoongi bertanya.

MATEWhere stories live. Discover now