RUMAH AGAM

14 1 0
                                    

Sebulan sebelum berpindahh...

      Ketika itu aku baru pulang dari sekolah. Seperti biasa aku akan pulang dengan perasaan dan mimik muka yang mencuka. Aku bukan seperti remaja lain. Yang pandai bergaul dan riang. Aku mulai menjadi seperti ini sejak kematian ibuku. 10 tahun yang lalu ketika itu umurku masih 6 Tahun. Dan sejak itulah aku lebih suka bersendirian. Seperti mayat hidup. Walaupun ayahku kahwin untuk kedua kalinya. Aku tak kisah.

    "Lisa jom sayang kita makan"
Aku berdiam diri. Meletakkan komputer riba di atas katil. Aku turun bawah dan mengambil makanan. Aku tidak betah bersama mereka. Baru selangkah kakiku melangkahh...
"Lisa,kamu nak kemana tu?"kata ayah.
"keatas".  aku ingin terus melangkah tapi mama tiri ku mula bercakap. " jomlah lisa. Kita makan sama-sama,Lisa tak pernah makan bersama mama. Lagipun ayah ada nak beritahu sesuatu" Aku baru sedar, walaupun sudah lebih lima bulan ayah dan mama bersama tetapi tidak pernah sekali aku makan bersama mereka. Aku akur dan mengambil tempat duduk disebelah ayahku.

       Aku ingin lari dari rumah ini tapi apakan daya. Aku masih belum mampu. "Ayah ade nak cakap sesuatu ini" khayalan ku hilang serta merta. "apa dia ayah?" "sebenarnya ayah akan dipindahkan bekerja di sabah" "jadi?" aku menyoal. "kita akan berpindah kesana dan meninggalkan tempat ini, tetapi jangan risau . Rumah ni ayah takkan jual. Rumah ni banyak kenangan" lega hatiku saat ayah katakan begitu. Aku akur lalu mengagguk. Malam tu entah mengapa aku sangat pilu. Sedikit demi sedikit air mataku membasahi pipiku.Sebenarnya aku sedih kerana berpindah. Malamtu aku mula sedar. Hidup ku sunyi. Aku mulai berazam tibanya di bumi kenyalang aku akan menyerikan semula hidupku dan membuang kisah hitam lalu....

Rumah Agam Where stories live. Discover now