"Eh, Aqma dah sedar? Alhamdulillah, syukur ya Allah."Puan Leha yang baru sahaja selesai membeli makanan teruja sekali melihat anaknya sudah duduk bersandar.
Bungkusan itu diletakkan di atas meja. Lantas tubuh tinggi lampai anaknya dipeluk. Aqma berasa tidak selesa lalu menolak perlahan tubuh wanita tua itu.
"Kenapa ni, sayang?"soal Puan Leha, hairan. Aqma tidak menjawab. Hanya matanya saja bekerja memerhati wanita itu dari atas hingga bawah.
Puan Leha berasa pelik dengan pandangan Aqma pada dirinya. Sesekali barulah dia sedar Azrul tiada lagi dalam bilik itu.
"Azrul mana, Aqma? Dia dah keluar ke?"soal Puan Leha. Aqma mengerutkan dahi.
"Azrul? Siapa?"soal Aqma pula. Puan Leha terkebil-kebil mendengar pertanyaan dari anaknya.
"Makcik ni siapa?"soal Aqma lagi. Puan Leha menekup mulutnya menahan tangis.
"Ya Allah..."
_Puan Leha berdebar menunggu kemunculan Doktor Rasyid yang sedang memeriksa keadaan anaknya.
Ya Allah, kuatkanlah hambamu ini untuk menempuhi ujian ini.Tidak lama kemudian, Puan Leha menoleh sebaik mendengar pintu yang terkuak dari dalam. Langkah dituju pada doktor tersebut.
"Doktor, macam mana anak saya? Dia betul-betul hilang ingatan ke, doktor?"soal Puan Leha, risau. Doktor Rasyid menarik nafas panjang. Rasa simpati mula bercanggah pada wanita tua ini.
"Setelah apa yang saya periksa tadi, saya dapati bahawa.. Anak puan mengalami masalah dalam otak dan menyebabkan dia amnesia. Dia perlu banyak rehat,"ujar Doktor Rasyid.
Puan Leha sudah tidak dapat menahan tangisnya lagi.
"Sabar, puan. Tawakal lah kepada Allah. Dia maha adil. Berdoalah banyak-banyak agar anak puan cepat sembuh. Buat masa ni, anak puan ditahan dulu di sini sebab keadaannya masih belum mengizinkan."sambungnya lagi.
"Baiklah, doktor. Terima kasih banyak-banyak. Saya minta diri dulu,"
"Ya, sama-sama. Kalau keadaan anak puan dah okay sikit, nanti kami akan panggilkan puan untuk bawa anak puan ke rumah,"sempat Doktor Rasyid berpesan.
Puan Leha sekadar mengangguk lemah.
_Sebulan berlalu..
Masih tidak ada perubahan. Azrul masih setia menunggu. Setiap minggu dia akan pergi ke rumah Puan Leha untuk menjenguk Aqma yang sedang sakit. Hati Azrul sangat pedih.
Aqma juga sudah berubah sikap. Dia sering bersikap dingin bila setiap kali lelaki itu datang menjenguknya. Azrul merasakan dirinya dijauhi.
Sedaya upaya dia cuba memulihkan ingatan Aqma namun setiap kali itulah Aqma memaki hamunnya. Aqma berasa rimas dengan kehadiran lelaki itu.
Azrul tekad. Dia tidak mahu berputus asa. Dia tetap ingin memulihkan ingatan Aqma. Dia tidak boleh hidup dengan kebencian Aqma pada dirinya.
Tapi dengan cara apa?
Ya! Azrul akan mengahwininya.
"Betul ke, Azrul nak kahwin dengan Aqma? Kan Aqma tengah sakit,"soal si ibu. Ragu dengan keputusan Azrul yang tiba-tiba.
"Disebabkan Aqma tengah sakitlah Azrul nak kahwin dengan dia, ma. Azrul nak pulihkan ingatan dia."ujar Azrul.
"Kalau yang tu papa boleh terima. Tapi masalahnya, perkahwinan ni bukan untuk main-main, Azrul. Takkan sekadar kamu nak pulihkan ingatan dia, kamu sanggup kahwin dengan dia,"
"Tak, pa. Mungkin mama dengan papa salah faham. Salah Azrul juga tak bagitahu mama dengan papa sebelum ni. Sebenarnya Azrul cintakan dia dari dulu lagi. Azrul kahwin dengan Aqma bukan sekadar nak sembuhkan dia, Azrul nak kahwin dengan dia pun sebab Azrul sayangkan dia. Azrul taknak kehilangan dia,"
YOU ARE READING
Love You Mr. Under Age
Teen FictionBlom ready synopsis Harap enjoy read cerita ni, okay?