Sabtu , 15/10/2016Title : Teah jumpa anak tuceng! ^--^
Harini kita bawak balik anak tuceng. Kita jumpa dia dekat tempat buang sampah flat rumah kita masa kita balik dari main tadi. Kita bawak balik sebab anak tuceng tu asyik miau miau je, kita kesian kita amik la. Dia warna kelabu tapi macam kelabu biru kot? Entahlah kita pun taktau tapi kita rasa kita nak bela dia. Harap-harap ibu kita taktau.
Ahad , 16/10/2016
Title : ibu dah jumpa anak tuceng kita :(
Harini ibu mengamuk sebab dia nampak kita main dengan anak tuceng kita. Dia tarik telinga kita lepastu dia pukul kita. Sakit sangat :( ibu amik anak tuceng kita lepastu campak dekat dalam tong sampah. Ibu dah keluar lepas dia pukul kita. Kita sakit. Hidung kita keluar darah. Anak tuceng, Teah sakit :'( :'(
Isnin , 17/10/2016
Title : Nama anak tuceng kita... MASTURAAAA !
Harini anak tuceng kita tido dengan kita. Bila kita bangun dari tido je kita tengok dia ada kat sebelah kita, kita taktau macamana dia keluar dari tong sampah tapi kita tak kisah. Kita tau anak tuceng kita pandai. Dia pandai macam kawan kita, nama kawan kita Mastura. Tapi kita taktau mana Mastura pergi, mak Mastura kata Mastura kena culik. Culik tu apa? Tapi Mastura selalu datang jumpa kita lepas seminggu dia hilang tapi sekarang dia dah hilang balik. Kita rasa kita nak bagi anak tuceng kita nama Mastura lah. Harap-haraplah anak tuceng kita tak hilang macam Mastura....
Ps; ibu tak balik harini. Kita taktau dia pegi mana...
Khamis , 20/10/2016
Title : ibu tak balik
Harini ibu tak balik. Dah lama ibu tak balik. Kita taktau dia pergi mana. Kita lapar, kita makan semua telur kat dapur. Tapi tak sedap. Mastura pun lapar, dia bawak balik tikus besar. Busuk. Mastura bagi kita, kita tak makan. Kita tak suka. Kita harap ibu cepat balik. Lapar :(
Jumaat 21/10/2016
Title : Mastura, Teah takut
Harini ibu balik, tapi malam. Ibu bawak kawan, kawan lelaki. Kita takut, kawan ibu tengok kita macam nak makan kita. Ibu suruh kita masuk bilik. Kita ikut je. Kita takut ibu marah. Masa kita tido, kita ada dengar ibu jerit-jerit. Lepastu kita dengar kawan lelaki ibu marah-marah, kita dengar bunyi kaca pecah. Ibu menjerit lagi. Kita takut! Kita peluk Mastura. Tapi Mastura takde, mana Mastura pegi? Kita duduk dalam selimut. Kita takut!
Sabtu , 22/10/2016
Title : ibu?
Harini ibu tak keluar bilik. Dari pagi sampai malam. Kita panggil ibu keluar makan, ibu taknak. Kita kesian tengok ibu. Kita sayang ibu, ibu je yang tak sayang kita. Mastura hilang lagi. Kita taknak Mastura kena culik!
Rabu , 26 /10/2016
Title : busuk!
Harini satu rumah bau busuk. Bau busuk tu datang dari bilik ibu. Dah lama ibu tak keluar sejak kawan dia datang haritu. Ibu terberak dalam bilik ke? Bau busuk sangat sampai kita muntah-muntah. Mastura balik semalam tapi dia macam taknak kawan kita. Mastura kenapa?
Khamis , 27/10/2016
Title : Mastura ?
Harini satu rumah busuk, kita dah taktahan. Kita lapar, Mastura bawak kita satu daging. Tapi tak masak, berdarah. Busuk! Kita taknak! Mastura paksa kita makan! Kita taknak! Mastura sumbat daging dalam mulut kita. Kita menangis. Kita nampak Mastura berdiri dua kaki. Tak macam kucing biasa. Mata dia merah. Mastura cakar muka kita. Mastura... dia macam ibu....
Jumaat , 27/10/2016
Title : ta kuajajajBqjam
Harini.. Mastura pukul kita.. Dia paksa kita makan daging busuk ada rambut. Kita makan sampai habis. Kita takut, rumah makin busuk... ibu... Teah nak ibu... Mastura jahat ibu.. Teah takut...
Sabtu , 28/10/2016
Title : mastura
Harini Mastura tak balik. Kita taktau dia pegi mana. Kita dengar bunyi benda jatuh dari bilik ibu. Kita nak pergi tengok tapi kita tak larat. Kita sakit. Sakit kat perut, kepala, kaki.. satu badan sakit..sakitttt.. kita dengar bunyi pintu terbukak... Mastura... dia dah balik
Ahad , 29/10/2016
Title :
Harini kita dengar orang ketuk pintu depan kuat kuat. Kita dengar suara banyak depan rumah. Kita nak bukak tapi kita betul-betul tak larat. Kita pening, badan kita kebas.. Kita nak bukak mata pun tak boleh. Kita sakit... Ibu... kita.. kita nampak Mastura... Mastura dengan ibu... Mastura.. Mastura berdiri sambil.... dia.. dia.. ibu... sakit... kita sakit... kita nampak Mastura datang depan kita.. dia.. Mastura.. dia angkat benda tajam yang dia tusuk kat ibu kat kita
.. dia angkat tinggi depan muka kita.... sikit lagi.... kita dengar pintu depan terbukak... ramai lelaki baju biru masuk... kita nampak jiran kita, mak mastura, kak siti pegang hidung... Mastura.. Mastura..? Dia dah hilang........ kita tak larat... kita
... . .
.
..
--
Ibu bunuh diri, anak mati kebuluran
Isnin, 31.10.2016
KL - Seorang wanita berusia 31 tahun,Nurin Fatimah binti Zakri ditemui reput membunuh diri dengan mengantung dirinya pada kipas syiling didalam bilik. Seorang kanak-kanak, Fatin Fatihah, 6tahun ditemui mati kerana kebuluran. Kedua-kedua mangsa dijumpai dalam keadaan yang menyayat hati dengan berlumuran darah bukan milik mereka. Disyaki darah itu milik seekor kucing peliharaan mereka. Turut dijumpai beberapa ketul daging misteri disekeliling mayat Fatin Fatihah yang pihak polis yakin dimakan oleh kanak-kanak itu sebelum dia mati. Kes masih di dalam siastan.
--
Hai! Nak bagitahu ni, saya baru publish novel baru. Tajuk dia Hostel California. Kisah 4 budak lelaki yang cuba nak biasakan seorang budak baru, Amzar dengan hostel mereka. Hostel California. Macam-macam sejarah tentang Hostel California sehingga nama tersebut melekat sehingga kiamat. Kisah Amzar jatuh hati dengan Bunga Cinta Kasturi, tentang John dan macam-macam lagi ragam budak-budak hostel yang memang konfem la mengarut tahap dewataraya. So, sudi sudilah baca dan vote yeee xc Dan selamat Deepavali! Hahahaha bye !