1

65 8 2
                                    

Aisyah POV

Aku terbangun pada pukul 3:30 pagi. Lalu, aku terus mengambil air wudhu', memakai kain telkungku dan meletakkan kain sejadahku menghadap kiblat. Niat ku untuk bersembahyang Tahajud.

Selesai sahaja aku menunaikan sembahyang sunat, aku berdoa kepada Allah dan memohon sesuatu kebaikan yang akan datang.

"Ya Allah, aku memohon kepadamu agar hari ini tiada halangan dan rintangan yang akan datang," aku berdoa sepenuh hati dan jiwa ragaku.

Aku tidak sanggup menahan marah apabila dihina oleh kawan sekelasku, Arman Hilmi.

Mengapakah aku selalu dikacau? Hodoh sangat kah aku ini? Bodoh ke aku ini? Sesungguhnya, semua ini adalah dugaan yang harus aku harungi.

Waktu sudah menunjukkan 6:40 pagi, aku duduk di meja dan makan roti kosong yang hanya disaluti dengan Nutella yang dihidang di atas meja. Ayah sudah pergi bersama adikku, Arif Mikael. Ibu aku pula sedang berada di dapur, membersihkan dapur kesayangannya itu.

Aku pergi ke dapur untuk bersalam dengan ibu, tapi aku melihatnya sedang membasuh piring-piring. Aku cuba untuk mengejutkannya dari belakang.

"BUH!" jeritku.

"EYH MAK ENGKAU!!" melatah ibuku.
"Ya Allah, Aisyah! Apa awak buat ini? Astaghfirullahalazim... kejut ibu tau!" teriak ibu dengan kuat dan comel.

"Hehe minta maaf, ibu. Ni hah Aisyah nak pergi sekolah dah ni. Ibu baik-baik di rumah okay?"

"Ye lah tu. Meh, sini salam ibu."

Aku peluk ibuku dengan erat dan mencium tangannya.

"Ingat tau pesan ibu. Kalau budak tu kacau Aisyah lagi, abaikan je dia dengan kawan-kawannya tu. Fokus je apa yang patut okay, anak ibu?"

Aku tersenyum sedikit dan terus keluar menaiki basikalku. Sekolahku tak berapa jauh dari rumahku.

Setelah sampai ke sekolah, aku menghembus nafasku dengan kuat dan dalam. Dengan lega, aku terus berjalan menuju ke kelas. Tiba-tiba ada seseorang menjerit namaku, "Aisyah! Aisyah!" rupa-rupanya Nora sahabat baik ku memanggilku.

"Hei! apa hal kau ni Nora?"

"Takde papa lah, rindu sangat kat kau." sambil peluk lenganku dengan kuat.

Manja betul kawan aku ni, tapi sungguhpun manja macam kucing, aku tetap sayangkan dia walau apapun terjadi.

"Jom lah masuk kelas, dah nak waktu ni. Nanti marah pula Cikgu Faizul." arah Nora kepadaku.

"Okay, jom." Aku berjalan dan juga berasa takut tentang kawan-kawan sekelasku.

Setibanya aku masuk ke dalam kelas, aku dah agak semua ni. Pasti Arman dan kawan-kawannya sedang menunggu aku datang.

Nora sudah duduk di tempatnya, di depan dan aku pula duduk di hujung belakang. Manakala tempat duduk Arman disebalahku.

"Weii korang, budak nerd dah datang!" Caci Arman sekuat hati.

*Ingat tau pesan ibu, kalau budak tu kacau Aisyah lagi, abaikan je dia dengan kawan kawannya tu. Fokus je apa yang patut okay anak ibu*

Pesan ibu bermain dimindaku, aku ikut cakap ibu dan terus mengabaikan mereka.

"Apasal diam? Selalu kau reply kiteorang je. Haha! bisu ke apa dia ni? Mungkin kot! Hahahahah!" Hina mamat poyo, Arman dan kawan-kawannya.

Amyra, penolong ketua kelas, nampak apa yang terjadi lalu dia pergi ke tempatku.

"Korang ni sudah-sudahlah mengusik Aisyah. Aisyah tak buat apa-apa dekat korang. Mengapa korang jahat sangat  kat dia ni?"

Bangganya aku dapat seorang kawan yang memahami aku. Aku rasa sangat bersyukur. Aku langsung tak memberi pandangan kepada Arman, dia pasti akan terus mencaci diriku yang tidak serba sempurna ini.

Arman POV

Apesal diam je si Aisyah harini? Selalu membebel je membalasku. Boring la macam ni! takde siapa nak aku usik. Eh takpelah, waktu rehat nanti aku usik.

  Kelas Fizik pun sudah tamat. Kini sampai waktunya untuk waktu rehat. Aku dan geng-geng aku merancang untuk membuat sesuatu untuk si Aisyah ni.

Aku pergi ke kantin dan membeli milo, tapi bukan untuk minum. Malah, untuk satu perkara yang aku sangat suka. Ha Ha Ha.

Aku bersama geng terus mencari meja Aisyah. Mana pulak budak nerd ni duduk eh? aku tak tercari.

Aisyah POV

Pesan mak itu berhasil. Dia langsung tidak membuat apa-apa kepadaku. Syukur Alhamdullilah.

Aku dan Nora duduk di meja hujung, lambat lah sikit kena pergi tandas tadi.
Aku beli milo je dan satu botol air untuk Nora. Tiba-tiba, aku ternampak Arman dan gengnya sekali. Dia menghadap ke meja ku.

'Ya Allah, apa agaknya dia nak kali ni? Tak habis-habis nak kacau orang ni.'  aku berfikir.

Arman melintas di hadapan meja ku dengan membawa milonya sekali. Dia membuka dan menumpahkan milonya dengan SENGHAJA ke kainku.

Habis basah kain aku! Apa hal dia buat ni? Nora terkejut melihat perbuatan Arman sebegitu. Geng dia gelak sekali dengan kuat. Aku sangat malu. Ramai orang melihat dan mengelakkan aku. Terus sahaja aku berlari ke tandas untuk mencuci kainku.

"Ya Allah! Mengapakah dia harus membuat begitu kepadaku? Ibu....! Ibu tolong Aisyah! Aisyah nak ibu sekarang." Aku menangis seorang diri di tandas.

Nora datang masuk ke tandas. Dia sangat hiraukan aku dan aku terpaksa bermanja kepadanya. Kalau takde Nora, kepada siapa lagilah aku nak lepaskan kesedihan ku ini?

Mudahan kau berubah nanti, Wahai Arman Hilmi......

Benci Jadi SayangHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin