Thanks.... For Being With Me For 1 Day. [ Kim Mingyu Seventeen ]
"Mianhae... Mianhae.." Ujarnya sambil menundukkan badan berulang kali pada orang yang baru sahaja dia langgar.
"Nae.. Tapi saya yang salah bukan awak. Saya yang berhenti tiba-tiba depan awak." Kata lelaki itu pada gadis tersebut.
"No.. Saya yang salah.. Mianhae.. Ini bukan salah encik. Mianhae.." Gadis tersebut berulang-ulang kali menundukkan badan.
Sampailah seorang gadis memanggil lelaki itu.
"Mingyu oppa!!" Gadis yang memanggil itu berjalan menuju ke arah teman lelakinya sambil menarik bagasi.
"Hoi! Lain kali jalan tengok depan! Bukan tengok tempat lain!" Gadis itu memarahinya.
"Mianhae..."
"Mianhae, mianhae.. Pergi sana!" Kata gadis itu.
"Dahlah... Dia tak salah, oppa yang salah. Oppa berhenti tiba-tiba kat depan dia tadi, tu yang dia terlanggar oppa."
"Yalah.."
Lelaki itu mengeluarkan dompetnya dan mengeluarkan kad. Dia memberi kepada gadis tersebut.
"Ini kad saya.. Kalau ada apa-apa boleh call saya. Awak orang sini ke?" Tanyanya pada gadis tersebut.
"Tak.." Gadis itu menggelengkan kepala dan mengambil kad tersebut.
"Dahlah oppa... Jom." Gadis itu menarik tangan teman lelakinya pergi dari situ. Gadis itu sempat memandang gadis yang sudah melanggar teman lelakinya.
Bukan cantik sangat pun... Cantik lagi aku...
Setelah mereka hilang dari pandangan gadis tersebut dia melihat kad itu.
"Kim Mingyu... Hmmm... Handsome tapi dah berpunya. Eh? Apa aku cakap ni??" Gadis tersebut terus menyimpan kad itu ke dalam beg tangannya dan berlalu pergi.
---------------------------
Petang... Jam menunjukkan tepat pukul 6:20 pm.
"Aaarrrhhhh~"Orang-orang yang berada disitu terus memandang orang punya suara. Mereka dengan pandangan hairan memandang gadis tersebut.
"Aku benci kau! Aku tak suka kau!" Luah gadis tersebut ditepi pantai mengadap laut yang biru itu.
Orang-orang yang berada disitu hanya memandang saja dan mendengar.
"Wae? Wae, wae!! Kenapa kau buat aku macam ni? Apa salah aku? Kenapa kau curang dengan aku? Aku selalu dengan kau... Apa yang kau nak aku bagi... Tapi kenapa kau buat aku macam ni? Aku tahu aku tak cantik macam yeoja tu... Tapi kenapa kau buat macam ni?" Air mata yang di tahannya akhirnya jatuh ke pipi. Dia berasa sangat sedih. Sangat-sangat sedih.
"Kenapa, Kai? Kenapa kau buat macam ni kat aku?"
"Nah. Lap air mata tu." Gadis tersebut memandang ke sebelah kiri. Tidak ada orang dan mengalihkan pandangannya ke sebelah kanan. Ada seorang lelaki yang menghulurkan sapu tangan kepadanya.
"Nah?" Gadis tersebut menggeleng kepala dan mengalihkan pandangannya ke arah laut semula.
Lelaki itu pun terus mengelap air mata gadis tersebut membuatkan gadis tersebut terkejut.
"Kenapa ni?.. Ada orang sakitkan hati awak ke? Siapa dia? Nanti saya cari dia saya ajar dia." Lelaki itu bertanya sambil mengelap air mata gadis tersebut.
YOU ARE READING
Thanks... For Being With Me For 1 Day. [Kim Mingyu Seventeen] (ONESHOT STORY)
FanfictionDia datang buat seketika.. Dan dia pergi buat selama-lamanya.. Kenangan manis bagi Kim Anna Yeon di ingati buat selama-lamanya dalam ingatan. Kim Mingyu adalah satu-satunya yang ada dalam hidup Anna.