baju ungu #1

25 2 0
                                    

Hasya datang ke pintu kelas dalam keadaan gelisah dan terus menuju ke arah aku.

" Hera,kau nampak Fatin tak ? " Hasya menyoal aku sambil melabuhkan punggungnya ke kerusi sebelah aku.

"Tak.Kenapa? " muka aku terserlah menunjukkan aku masih BLANK.

" Kita dalam bahaya HERAAA !!! " Hasya memegang bahu aku lalu mengoncangkan badanku..
" Pengetua kita nak tengok prototype kita lusa. " sambung Hasya..

" HAH ??!! KAU NI BIAR BETUL ! KAU TAHU BENDA NI DARI MANA ? " terkejut badak aku.

Aku,Hasya,Fatin masuk pertandingan Innovators.Competition sabtu minggu depan,grup lain dah mula buat projek,siapkan coding,beli barang arduino yang diperlukan semua.Grup aku masih tak buat apa-apa dan tengah memikirkan sesuatu..Kalau tak kami ada je idea nak cipta apa tapi bila kami bagitahu mentor kami tentang idea tu,mentor terus reject sampai kami kehabisan idea untuk cipta sesuatu..Kami putuskan untuk menarik diri dari pertandingan,tapi hati kami berat untuk keluar dan mentor kami menyuruh kami untuk teruskan jugak sebab kami sudah buat kerja separuh jalan.
Jadi kami teruskan jugak.

" Kau tak baca ke Whatsapp semalam? Cikgu Maz cakap pengetua nak dengar presentation kita lusa.Sekarang pengetua suruh kita berkumpul di makmal 4.Tuan nak jumpa.."

"Tapi sekarang ni,kita tak buat apa-apa lagi,macam mana nak present ? Idea pun takda,macam mana nak cipta prototype ? " aku mengeluh kuat..

Aku dan Hasya tak tahu nak buat apa melainkan termenung melihat lantai kelas.

" HASYA !! HERA !! JOM PERGI MAKMAL 4 SEKARANG !! " Fatin memanggil kami berdua dari pintu masuk ke kelas kami.

Tanpa berlengah,kami pergi ke makmal 4..

Setibanya kami di sana,pengetua berdiri di hadapan memberi taklimat.Kami masuk memberi salam lalu duduk di tempat kami selalu duduk.

" Seperti kamu sedia maklum,lusa saya akan datang ke sini untuk melihat projek kamu.Jangan takut dengan saya,saya cuma datang untuk melihat dan memberi idea kalau perlu.Jangan bimbang..Harap semua memberi kerjasama,saya pergi dulu.Jumpa lagi lusa. " Pengetua menghabiskan peringatannya lalu keluar dari makmal.

" Baik tuan.Terima kasih tuan."

" So sekarang macam mana? Grup Eevolution,Sharpmind dah mula cipta projek.Grup Skyunit macam mana? " Cikgu Maz memandang aku dengan muka yang penuh persoalan.Mulut terasa berat untuk menjawab soalan Cikgu dan kami hanya senyap membisu dan memandang bawah tanpa melihat mata Cikgu..Cikgu hanya mengeluh kuat melihat kami.

" Kejap lagi balik,korang fikir la idea apa-apa,merepek ke simple ke takpa.Saya tak kisah asalkan kamu ada jugak projek untuk present.Saya takkan reject idea projek korang." Mentor kami iaitu kak Shangkari bersuara.

Dengan serentaknya kami membalas sepatah perkataan " Okay ".

ㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡ
Jam menunjukkan pukul 2.30 petang.Loceng pun sudah berbunyi menandakan masa untuk pulang ke rumah.
Dalam perjalanan pulang dari sekolah......

" Kak,nama kakak tu apa ? " Seorang junior lelaki Form3 menegur aku lalu menunjukkan jari telunjuknya ke arah Fatin.

Aku terus memanggil Fatin lalu mereka berbual sebentar.Aku dan Hasya hanya mnunggu mereka untuk tamat perbualan.

FATIN : Weiiii , ada senior form5 minta couple dengan aku.Junior tadi tu yang bagitahu.

HASHA : Aiicceehhh..Sapa nama senior tu ?

FATIN : Nama dia Akhmal..hihi.

" Ohhh..kau terima ke? " kening aku dijongketkan sebelah.Hasya menurun naikkan keningnya sambil memandang Fatin.

" Aku cakap taknak sebab aku nak belajar dulu tapi kalau dia nak jadi kawan aku,aku ok je." balas Fatin.

"Ooohhh.." aku dan Hasya membuat mulut bulat tanda faham.Kami meneruskan perjalanan pulang sambil meneka siapa senior form5 yang bernama Akhmal.

ㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡ

Sampai sahaja di rumah,aku menyalami ibu bapa ku yang berada di ruangtamu bersama kawan-kawan mereka,mungkinlahh. SEnyuman aku dilemparkan kepada mereka dan mereka membalas senyuman aku.Aku meluru masuk ke dalam bilik lalu merebahkan badan ke atas katil.

"Pengetua nak tengok prototype lusa ".Ayat Hasya masih terngiang-ngiang di fikiran aku.
Aku cuba mencapai Iphone aku yang berada di meja kecil di sebelah dan mencari nomber Afiqah.Alang-alang dia sekolah lain,bolehla bagi idea kat aku tentang projek ni.Kot la dia ada idea,kalau dia takda idea pun,dia boleh tanya kawan dia kat sekolah sana.Kat sekolah aku ni,semua nak mengelak dari aku sebab diorang takda idea.Sedihh.

#WHATSAPP

HERA :
Assalammualaikum,Fiqah.
Aku nak minta tolong kau.Kau boleh bagi idea tak kat aku? Aku masuk pertandingan Innovators,kau pun tahu tu pertandingan apa.Kau ada idea tak?

..sent..bluetick..

Afiqah :

Waalaikummussalam..Idea ??.hmm..Kau cipta la kerusi roda yang boleh bertukar jadi katil.

Hera :

Tu terlampau hebat sangat.Aku nak buat sesuatu guna arduino je.Kalau boleh nak simple2 je.

Afiqah :
Aku ada idea yg tu je.Jap aku tnya kawan aku.

...sent...bluetick...

*5minit kemudian.

Afiqah :
Kawan aku ni dia pun takda idea.Tapi dia suruh kau contact nomber ni 017-51820**..tu nomber kawan dia,Badrul..Kawan aku cakap,Bad ni selalu join competition pasal reka2 ni.So,dia suruh kau berbincang dengan Bad.

....sent..bluetick..

Hera :

Aku malu lahh..hmm..tengoklah macam mana nanti.Aku try chat dengan Badrul..Thanks Fiqah

Afiqah :

Welcome..Goodluck.Dah chat nanti,jangan tersangkut pulak.Just kidding..hihihiii.Aku nak kena pergi tusyen dah sekarang ni..Nanti kita chat lagi.Byeee.

Hera :
Hmm..yelahhh..kalau tersangkut pun tak salah kan..hahahx.ok bye..

..sent...bluetick..
#END

Aku tersenyum sorang-sorang apabila membaca ayat Afiqah tu.Ayat tu selalu digunakannya untuk memberi semangat kepada aku 'Goodluck' , sentiasa melawak dan aku seolah-olah dapat mendengar suaranya bila membaca semula ayat dia itu.Sejak dia pindah tahun lepas,kami tidak pernah berjumpa.Tetiba je rindu dia.

Kenangan aku bersama Afiqah terhenti apabila Ibuku membuka pintu bilik lalu...

" Hera,turun kejap.Kawan ibu nak jumpa Hera. " kata ibu.

Aku mengerutkan dahi. " Kenapa diorang nak jumpa aku tetiba ni ? Takkan arrange marriage kot ? " bisik hati aku..Hera ni penggemar baca cerita dalam WATTPAD,sebab tu dia berfikir sedemikian...hahaax.

CONTINUED...

ㅡㅡㅡㅡㅡ

HEY BAJU UNGU ! 143..Where stories live. Discover now