Macam ni pun boleh ke?

514 3 0
                                    

Aku dan Yuyu tiba di red light district lagi. 3 malam berturut-turut. Mamat Libya yang jual cocaine tepi jalan pun dah kenal muka kami berdua. Siap panggil sister sebab dia tahu kami muslim. Ye lah, asyik singgah dekat depan kedai kebab lepas beli bahan terlarang. Abah dia lah sister!

Disebelah Sex Museum ada sebuah kedai menjual souvenir. Macam-macam. Fridge magnets, t-shirt, keychains, wooden shoes, windmill replica, benih ganja, dildo dan bermacam-macam lagi.  Ya. Ada benih ganja dan dildo tulis I love Amsterdam besar-besar.

Aku beli lolipop berperisa ganja, t-shirt dan fridge magnet untuk koleksi diri sendiri. Yuyu pun sama. Misi kami belum habis lagi. Aku dan Yuyu memang sudah aim satu kedai yang menjual barang-barang erotis. Boleh la kami jenguk-jenguk untuk panduan masa hadapan.

*********

Dengan kehangatan buku Fifty Shades of Grey yang baru sahaja diterbitkan, kedai ini dihiasi dengan phrasa-phrasa ayat dari buku ini. Dan sebuah bahagian khas dihadapan kedai yang memperagakan barang-barang di dalam buku itu. Aku ada jugalah cuba membaca satu dua bab. Namun ceritanya tidak ubah seperti cerita drama lame di TV3 yang mengisahkan seorang perempuan kampung yang suci,dara dan naif yang digilai lelaki bilionair yang hensem nak mampus. Bezanya buku ini dengan drama melayu adalah BDSM. Seks yang sebat-sebat,ikat-ikat dan tutup-tutup mata. Tanpa bahagian itu, buku ini hanya seperti buku novel cinta yang membuaikan kau untuk tidur tiap malam. Boringggg.

Cerita buku fifty shades of grey ni tak realistik. Kau nak tahu kenyataan lelaki kaya dalam realiti? Kau tengok Donald Trump. Nama dah la Donald Trump, mulut pun muncung macam Donald Duck. Kau tengok Taib Mahmud dan bini Kim K middle east. Taib Mahmud tu, dia nak henjut pun aku tak tahu lah berapa biji ubat libido yang dia harus ambil. Yang paling OK aku tengok hanyalah Umie Aida dan Eina Azman. Bukan lah wajah lelaki tipikal yang boleh buat kau merembes terbayangkan dia. Macam Fahrin Ahmad atau Channing Tatum. Tapi not bad lah suami diorang. Ada rupa. 

So girls, you can't have everything in life. Lelaki hensem mungkin kedekut atau bimbo jantan atau gay atau pengotor. Lelaki kaya mungkin playboy atau kerepot atau mati pucuk atau dah ada bini. Lelaki baik pulak mungkin tak hensem atau kerja biasa-biasa atau kekok atau pemalu. Kau nak lelaki hensem, setia, memahami, rajin buat kerja rumah, romantik, boleh bagi kau orgasm dan duit berkodi sila meninggal. Meninggal sebab kalau kau baik dekat dunia, ikut perintah Tuhan, mungkin dia akan makbulkan permintaan kau di syurga nanti. Itu kalau kau baik lah kan.

Ah. Berbalik kepada kedai sex toys tadi. Sex toys disusun mengikut jenis barang. Dildo dan vibrator diletak di bahagian hadapan kedai. Sebuah jelmaan kote yang akan bergetar dan memberikan kau sensasi di Cik Bedah kau dan membuatkan kau klimaks tanpa bantuan orang lain. Ada yang menggunakan bateri ada juga yang menggunakan plug dan ada juga yang memerlukan tenaga tangan sendiri. Tapi yang best seller adalah 2 in 1 vibrator. Rupa macam jari kau dibuat bentuk pistol. Jari telunjuk dan tengah masuk dalam Cik Bedah. Ibu jari masuk dalam lubang dubur atau bak kata Yuyu pungkok. Materialnya pula ada yang besi, ada yang plastik dan ada juga yang disaluti silikon atau getah untuk memberikan natural feel. Aha! Ada juga vibrator yang datang dalam panties. Bentuknya bukan seperti kote. Ia disimpan dalam lining panties. Ia agak kecil. Namun getarannya cukup untuk meruntun jiwa dan memberikan seorang wanita 'O'. Pakai dan kau boleh control tahap getaran dengan remote. Hands free. Warna? Pelbagai!

Bahagian BDSM. Di sini banyak barang pelik yang akan kau jumpa. Latex suit yang menutup hampir setiap inci tubuh. Cemeti. Tickler. Spanker. Dan bermacam bondage. Bondage dari gari yang berbulu-bulu, dari tali kulit dan dari tali kapal. Bahagian ini yang paling dark bagi aku.

Bahagian butt plug. Ewww dan yuck. Kenapa kau nak sumbat bontot kau macam sinki? Butt plug ni telah merosakkan zaman kanank-kanak aku kerana rupanya seperti gula-gula cincin dengan 'diamond' yang besar tu. Pangkal dia pula ada pelbagai. Yang paling menarik adalah pangkal ekor serigala. Jadi bila kau sumbat butt plug tu, kau akan bertukar menjadi manusia berekor. Tapi, kalaulah ekor itu terputus sewaktu kau menarik keluar butt plug dan benda itu tersangkut di dalam. And to make thing worst, kau nak terberak pulak! Oh My God!

Bahagian lubricant. Macam-macam perisa, warna dan jenis. Dua jenis adalah berasaskan air dan berasaskan gel atau minyak. Dan lubricant juga ada yang biasa dan ada yang mempunyai agent peransang. Yang 2 in 1 pun ada. Massage oil plus lubricant. Perisa memang pelbagai. Ada yang tak ada apa-apa perisa dan warna. Ada juga yang ada glitter dan berperisa seperti minuman berkarbonat.

Bahagian paling besar dan terakhir sexy costumes. Kau mahu jadi apa yang sexy? Just name it. Polis sexy? Nurse sexy? Maid sexy? Yang paling mind fuck sekali adalah Minie Mouse sexy. Macam whatdepap gile. Merosakkan memori zaman kanak-kanak betul! Yuyu mengambil satu kostum berwarna hitam. Seperti jumpsuit lengan panjang di bahagian display. Namun yang kelakarnya, bahagian dada, Cik Bedah dan bontot berlubang.

"Macam ni pun boleh ke?" baju yang menutup semua kecuali kemaluan. Macam bongok.

"Hang mau? Aku beli untuk hang?"

"Kalau kau mampu." Aku tarik tanda harga dan tunjukkan pada Yuyu. Jangan main-main. Baju berlubang harga dekat 50Eu! Baik aku sambar Levis sebiji dua!

Sudah-sudahlah aku sekolahkan korang pasal benda tak berfaedah ni. Esok nak balik dah.








Destinasi Si JalangWhere stories live. Discover now