11 | Memory

828 100 14
                                    

Jin membuka matanya. Badannya terasa sangat lemah. Jin cuba bangun namun dia terjatuh kembali. Jin cuba bangun lagi dengan sekuat kudratnya.

" Kenapa badan aku rasa sakit ni. " soal Jin sendiri. Jin melihat sekeliling tempat itu.

Hutan. Yang tebal.

Jin mengerut dahinya.

Jin berjalan melimpasi beberapa pokok yang besar . Seram apabila melihat suasana yang suram disitu.

Sedang dia berjalan dia ternampak satu rumah . Rumah kecil. Jin berjalan kearah rumah tersebut. Dia mengetuk pintu itu namun tiada sesiapa yang buka.

" Ada orang tak? " soal Jin. Namun tiada yang menyahut. Jin memegang tombol pintu dan memusingnya.

Klik..

Ia terbuka! Jin menolak pintu itu dan masuk.

" Hello?? "

Tup!

Tiba tiba pintu tertutup dengan sendirinya. Jin agak tersentak.

Ting.. Ting.. Ting..

Jin terdengar suatu bunyi.

Ting.. Ting.. Ting..

" Bunyi ni.. Bunyi piano? "

Ting.. Ting.. Ting.. Tic.. Tok.. Tic.. Tok..

Bunyi piano yang diikuti dengan bunyi jarum jam yang berjalan.

Jin mencari bunyian tersebut.

Sehingga ke satu bilik..

Krekk..

Disitu Jin ternampak satu piano. Piano yang masih elok dan cantik.

" Seolah aku kenal piano ni.. Tapi-- "

" Jom la kita main!! " tiba tiba ada suara seorang budak. Jin menoleh kearah suara itu dan kelihatan ada beberapa budak berlari masuk kedalam bilik itu. Seolah olah Jin tiada disitu .

Jin memerhati mereka berlima.

" Budak budak ni.. "

" Mana dorang? " soal seorang budak yang berbaju oren.

" Tah dia.. Mungkin ambil adik dia tu. " balas budak yang berbaju merah pula.

Tiba tiba, ada dua orang budak lelaki berlari dengan tergesa gesa kearah mereka.

" Tunggu la kami! " kata seorang budak yang berbaju kelabu dan merah muda.

" Korang memang selalu lambat! Tak suka la! " marah pula budak yang berbaju biru itu. Mukanya agak dingin. Tangannya bersilang tepi piano.

" Dahlah tu! Yah, main la piano tu! " desak budak yang berbaju merah itu.

" Nae. " lelaki yang duduk dibangku itu mula meletakkan jarinya keatas keybroad piano itu.

Ting.. Ting.. Ting..

Jin seolah olah tidak percaya melihat mereka bertujuh yang berkumpul disitu.

" Ko-- korang.. Tak mungkin.. " Jin menekup mulutnya. Sungguh tidak percaya apa yang berlaku dihadapan matanya sekarang.

Dan matanya terpandang seorang budak lelaki yang berbaju ungu gelap yang berdiri disebelah budak lelaki yang berbaju warna kelabu. Tiba tiba sahaja budak itu memandang kearahnya. Memberikan satu senyuman.

Tup!

Suasana terus bertukar. Mereka yang budak budak tadi telah hilang entah kemana. Kini dia diatas bangunan.

Disitu dia ternampak satu adegan pergaduhan. Jin mendekati mereka perlahan dan melihat dengan teliti .

Dua orang lelaki sedang bergelut dan beberapa orang cuba menahan mereka dari terus bergelut. Dan tanpa ketidaksengajaan, salah seorang mereka tertolak oleh mereka dan dia terjatuh kebawah.

Air muka terus Jin berubah. Dia terjatuh ke atas lantai dan menekup mulutnya.

" Kena.. Kenapa... Ia berlaku semula ..?? "

This is our memories, hyung.

Tiba tiba bisikan itu menerpa ke telinganya. Jin menoleh dan ada seseorang memandangnya sambil tersenyum. Air mata Jin mengalir.

" Ne-- neo.. "

Mianhae, hyung.

Suasana bertukar lagi. Kini Jin berada didalam satu ruang. Suram.

" Jebal.. Lepaskan aku.. " rayu Jin sambil menangis.

" Jebal.. "

Tap. Tap. Tap.

Jin mengangkat mukanya. Kelihatan seorang lelaki berbaju coklat berbatik mendekatinya. Wajahnya tidak berapa kelihatan mungkin kerana ruang itu suram.

" Jebal.. Lepaskan aku.. Je-- erkkhhh.. " Jin menjadi sesak nafas . Tangannya memegang tangan lelaki itu yang sedang mencengkam lehernya. Badan Jin dihempas kedinding. Jin mengaduh kesakitan.

Lelaki itu menguatkan cengkamannya.

" Nu-- Nug.. Nugu se.. seyo .. Erkkhh.. " soal Jin tersekat sekat. Lelaki itu mendekatkan dirinya. Cahaya mula memancar kemuka lelaki itu.

Jin melihat wajah lelaki itu. Peluh mula menitik . Air muka Jin sangat terkejut melihat lelaki itu.

"Ji-- ji..min..? "

Lelaki itu hanya memberi senyuman sinis.

" Die. "

BAK!

- To be continued -

- To be continued -

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Vote & Comment! ❤

[C] Crazy Psycho ||  btsWhere stories live. Discover now