t h r e e

376 71 14
                                    

Taehyung's POV

"Geojitmal." Kata Haeun sambil berkerut.

'Ish, degil betullah yeoja ni.' Rungutku di dalam hati.

"Pergilah. Kau mengganggu aku." Kataku sambil menahan tangis.

"Jeoldae andwae. Saya takkan berganjak walau seinci pun selagi awak tak jujur yang awak tak okay." Katanya dengan tegas.

Akhirnya air mataku gugur. Air mata yang selama ini aku cuba pertahankan gugur begitu sahaja di hadapan yeoja yang dungu ni. Dia panik melihat aku menangis. Dia menoleh kiri dan kanan sambil memaksaku untuk berhenti menangis.

"Uljima!" Katanya panik.

Aku ketawa kecil melihat kelakuannya. Dia hairan. Dia memang dungu. Tak pernah lagi ada yeoja yang sanggup mendekati aku mahupun bercakap. Dialah yeoja pertama yang tak berputus asa untuk bercakap denganku.

"Err a-awak okay tak? Kenapa menangis? K-kalau saya buat awak menangis, m-mian. S-saya pergi sekarang." Katanya gagap lalu berdiri.

Sebelum sempat dia memulakan langkah, aku menarik tangannya dengan kuat sehingga di terduduk. Aku menarik nafas panjang dan mengusap air mataku. Dia hairan dan takut.

"Gomawo." Ucapku.

"Nae?" Dia membuat wajah pelik.

"Gomawo sebab kau tak berputus asa nak bercakap dengan aku." Ucapku lagi.

skip

"Jadi, dalam diri awak tu ada 'satu' lagi diri awak?" Soalnya sambil keningnya dinaikkan sedikit.

"Ya." Jawabku lemah.

"Ahh... tapi.." Dia tersengih.

"Tapi?" Soalku.

"Saya tak faham sebenarnya. Hehe." Jawabnya sambil membuat wajah innocent.

'Dia ni saja buat-buat dungu atau memang dungu?' Soal hatiku geram.

'Huh. Buang masa kau je nak cerita dekat orang. Takda siapa akan percayakan kau.'

"Diamlah kau." Gumamku.

"Nae? Awak suruh saya diam?" Soal Haeun.

"Ani." Aku menggeleng lalu berbaring.

"Cubalah terangkan betul-betul. Saya tak fahamlah." Katanya merungut.

"Kau tak perlu fahamlah." Kataku lalu memejamkan mata.

"Err awak..." Panggilnya.

"Mwo?" Soalku tanpa membuka mata.

"B-butang baju awak terbuka." Kata Haeun.

Terus saja mataku membulat. Aku menukar posisi baring kepada duduk. Pantas aku membutang semula baju. Haeun langsung tidak berpaling ke arahku. Aish. Buat malu je.

'Aku akan buat dia benci dekat kau.'

"Buatlah. Itukan yang selalu kau buat." Kataku perlahan.

"B-buat apa?" Soal Haeun yang masih tidak menoleh ke arahku.

Telinga dia ni memang hebatlah. Aku cakap perlahan pun dia boleh dengar. Pelik.

"Err mian Taehyung. S-saya pergi dulu." Katanya lalu berlari pergi.

Aku bingung. Apa yang dia fikir? Punya merah muka dia tadi. Entah apa lah yang dia fikir agaknya. Haih. Aku akan cari jalan supaya Haeun faham pasal diri aku yang lagi satu ni. Sebab aku pasti, dia seorang je yang boleh bantu aku.

Haeun's POV

Aku menekup muka. Panasnya pipi aku. Ish! Apa yang kau fikir ni Haeun?! Kau dah gila ke?! Otak kau dah kotor! Argh! Segera aku berlari menuju ke arah tandas.

Paip diputar beberapa kali sehingga air keluar. Aku melihat ke arah cermin. Mukaku merah membahang. Aish! Hajima! Jangan fikir pasal tu! Aku terus menadah tangan pada air. Aku mencuci muka beberapa kali.

Aku mengeluh. Sewaktu aku melihat ke arah cermin, alangkah terkejutnya aku. Dia tersenyum sinis.. T-taehyung..

"Argh!" Aku menjerit sekuat hati sambil menutup mata.

Aku terduduk. Perlahan-lahan aku mengalihkan tanganku dari terus menutup mataku. Kosong. Tiada sesiapa di dalam tandas. T-tapi... tadi Taehyung... Aku terus berdiri dan melihat cermin semula.

Cermin hanya memantulkan wajahku sahaja. Aku benar-benar dah gila. Kau suka Taehyung ke Haeun?! Andwae! Kau tak suka dia! Dia tu pelik! Tersangat pelik!Aku segera keluar dari tandas. Takut.

"Heh. Aku akan pastikan takda sesiapa percayakan kau.. termasuklah yeoja dungu tu."

"Aku akan buat dia percaya pada aku supaya dia dapat hapuskan kau dari dalam diri aku!"

Dalam perjalanan nak ke kelas, aku ternampak Taehyung... cakap sorang-sorang. Depan...cermin. Bula romaku meremang. K-kenapa dia bercakap dengan cermin?

Aku pantas menyorok dibelakang tiang. Aku melihat Taehyung lama. Pantulan c-cermin tu.. dia balas apa yang Taehyung cakap! Tiba-tiba, pantulan wajah Taehyung di cermin itu memandang ke arahku. Begitu juga Taehyung!

Disebabkan panik bercampur terkejut, aku segera berlari menuju ke arah kelas. Aku takkan menoleh lagi. Aku rasa aku memang dah gila! Betul ke aku baru je nampak Taehyung bercakap dengan diri dia sendiri dekat cermin ataupun aku dah gila?!

"Haeun!"

TBC

Hambar right? Author xde idea niyh 〒▽〒 huhu. Hope y'all enjoy! 사랑해! ♡

Vote: [✔]
Comment: [✔]

[ Hana_AlienV ]

[re-edit] your other side ➽ kthWhere stories live. Discover now