Peminat Boboiboy

1.7K 111 10
                                    

Cuti sekolah sudah bermula, masa untuk berehat dan membazirkan masa dengan kerja-kerja yang tidak berfaedah seperti menonton cerita hantu. Itu Gopal punya rancangan. Boboiboy pula ingin membantu Tok Aba di kedai bersama dengan Ochobot. Yaya dan Ying ingin habiskan masa cuti sekolah mereka dengan membantu ibu mereka, mengulangkaji dan membuat benda-benda yang berfaedah. Fang pula mempunyai rancangan yang lain, dia ingin meluangkan masa bersama dengan abangnya. Entah kenapa bermulanya cuti sekolah, dia terus bermanja-manja dengan abangnya. Dari rumah sampailah ke angkasa lepas, dia akan mengikut sahaja abang dia pergi ke mana

"Kau ni kenapa? asyik ikut abang sahaja" kata Kaizo pada suatu hari ini. Fang hanya tersengih sahaja "Kenapa? kau ingat aku nak mati dah ke?"

"Mana adalah abang. Adik sudah lama tak manja dengan abang" Fang berkelip-kelipkan matanya kepada abang dia "Bolehkan kalau adik manja dengan abang sekali sekala"

"Hmmm..." Kaizo tidak berkata apa, dia cuma memotong sahaja roti sandwich dia dan belahkan kepada dua "Sudahlah, buang masa kau sahaja nak bermanja dengan abang. Selalunya kau yang suka sangat cari kesalahan abang, ini tiba-tiba pula nak bermanja dengan abang. Kepala kau sudah tidak betul ke?" Kaizo masih ingat lagi, semenjak akhir-akhir ini, dia selalu ketuk kepala adik dia. Mungkin sebab itu kot adik dia jadi tak betul, fikir Kaizo

"Ala, bolehlah adik nak manja dengan abang" Fang terus peluk abang dia dan melihat sahaja abang dia potong roti itu "Abang tengah buat sandwich apa?" tanya Fang dengan nada mengegada dia "Hah! abang mesti nak pergi berkelah dengan adik kan kan kan, betul tak?" Kaizo rasa adik dia sungguh menjengkelkan ketika ini "Kita sudah lama tak pergi berkelah"

"Kau nampak pisau ni?" Fang menelan ludah, terus dia lepaskan pelukan dia "Bagus! abang buat sandwich ini sebab abang nak makan sorang-sorang tanpa di ganggu oleh KAU!" Fang buat muka masam "Jangan nak buat muka masam"

"Yelah" Fang terus keluar dari dapur dengan perasaan sedih dia "KALAU ADIK LARI DARI RUMAH LAGI MACAM MANA?"

"APA ABANG PEDULIK! KAU NAK LARI DARI RUMAH, LARILAH!" Balas abang dia dari dapur

"Cheh! tak guna punya abang" Fang terus menghubungi kawan-kawan dia yang lain untuk bertanya apa mereka sedang buat sekarang ini tetapi mereka semua sedang sibuk kecuali Gopal. Dia sedang menonton cerita hantu bersama dengan ayah dia. Fang membuat keputusan untuk pergi ke rumah Gopal dan habiskan masa dia di rumah kawan dia "Cerita hantu pun, cerita hantu lah" Dia pergi ke bilik dia sekejap untuk mengambil jaket ungunya

"PANGG!" Kaizo memanggil adiknya. Fang terus keluar dari bilik dan melihat abangnya sedang berdiri dengan muka serius dia "KAU NAK SANGAT BERMANJA DENGAN ABANG, AKU AKAN BAWA KAU JALAN-JALAN DI BANDAR!"

"Betul ke abang?"

"KAU PEKAK KE"

"Tak, tak, adik tak pekak! Adik cuma tak percaya sahaja" Fang menyarung jaketnya dan cepat-cepat turun ke bawah "YEAHHHH! JALAN-JALAN! DENGAN ABANG! SAYANG ABANG!" Fang meloncat-loncat kegembiraan. Dia masih lagi tidak percaya abang dia yang garang itu akan membawa dia pergi berjalan-jalan di sekitar bandar Pulau Rintis "Terima kasih abang!" dia terus peluk abangnya

"Hmm.. sama-sama" kata Kaizo yang sedang fikirkan latihan tempur untuk adik dia pada besok hari. Dia sebenarnya malas nak melihat muka adiknya yang suka sangat bermasam muka, jadi hari ini dia akan memberikan sedikit atau banyak kegembiraan kepada adik dia. Lepas itu, bolehlah dia buli adik dia nanti, kebahagian kau hanya sekejap sahaja, fikir Kaizo "Sudah, mari kita pergi" Kaizo terus ke pintu rumah dan Fang ikut abangnya dari belakang. Apabila Kaizo membuka pintu, dia ternampak Rizu sedang makan kerepek pisang di hadapan pintu rumah dia

"ABANG KAIZO!" menjerit Rizu dengan nada ceria dia

"Rizu nak apa?" tanya Kaizo. Fang pergi ke tepi dan nampak Rizu

Aku Abang, Kau Adik (Season 2)Where stories live. Discover now