Izzah . Sahabat Fillahku . Setiap masalah , kami kongsikan bersama . Kami berkongsi cerita setiap kali bertemu . Tetapi , perlukah aku memberitahunya tentang penyakit yang aku hidapi ini ? Ya Allah , aku tak mahu dia bersedih apabila dia mengetahui penyakit yang kuhidapi selama ini .
Aiman . Suami yang amatku cintai . Suami yang telah banyak memberiku sokongan untuk aku meneruskan kehidupan . Suami yang gigih berusaha demi menyembuhkan penyakit ini . Entah bila aku dapat memberinya kebahagiaan yang dia inginkan . Aku tak sanggup lagi , lihat dia terseksa atas pemergian aku nanti .
*****
" Riana , aku nak jumpa kau petang ni boleh ? "
" Izzah , hari ni aku tak berapa nak sihatlah . Hari lain boleh ? "
" Kau sakit apa ? Setiap kali nak jumpa kau , mesti alasan yang sama kau bagi . " sedikit kerisauan melanda diri Izzah .
" Nanti je lah kite jumpa . Aku tak sihatlah , Izzah . Aku minta maaf . "
" Yelah , kalau dah sihat call aku . Aku nak jumpa kau ni . Takut tak sempat . "
" InsyaAllah . "
Tutt tutt tutt
Talian dimatikan .
Perasaan yang aneh . Petanda apakah ini ?
Aku merasakan sesuatu cecair mengalir dihidungku . Darah .
'Please jangan sekarang . Jangan sekarang .'
Deruman kereta suamiku kedengaran . Aku berlari ke bilik air untuk membersihkan darah .
"Sayang , abang dah balik ni . "
Senyap .
"Sayang . " kedengaran suamiku memanggil .
"Ya, bang . Maaflah , tadi saya dalam bilik air . " senyuman hambar kuberikan .
"Sayang dah makan ubat belum ? " soalan yan sering ditanyakan oleh suamiku .
"Dah . Abang , nak minum apa-apa tak ? Saya buatkan . "
"Tak perlulah , sayang . Sayang tak sihatkan . Abang nak sayang pergi rehat ."
"Baiklah bang . " aku mengiringi suamiku masuk ke dalam bilik .
*****
Keesokan harinya aku mengajak suamiku ke rumah Izzah .
Setibanya di rumah Izzah , kelihatan anak-anaknya sedang asyik berkejar-kejaran . Andainya , aku pun mempunyai kehidupan seperti Izzah . Mempunyai anak-anak yang comel . Tetapi , apa kan daya . Dengan keadaan aku yang berpenyakit , tak mungkin aku dapat memberi zuriat kepada suamiku .
"Riana ! '' lantas Izzah berlari mendapatkan aku . Aku memeluk Izzah . Bertapa aku rindu akan sahabat Fillahku ini . Kami berbalas pelukan .
"Izzah , kau sihat ?" aku bertanya kepadanya selepas Izzah mempelawaku dan suamiku ke dalam rumahnya .
"Aku sihat je , kau ? " Izzah mula bertanya .
"Alhamdulillah , sihat . " jawabku sedikit gusar .
"Aku tengok kau ni makin hari makin kurus . Muka pucat . Kau sakit apa sebenarnya ?" pertanyaan yang membuat aku sediikit tersentak .
"Errr.... aku..."
"Sayang, jom balik hari dah senja ni ." kata-kataku terhenti apabila suamiku mengajakku balik .
"Izzah, aku balik dulu . " kataku kepada Izzah sambil bersalaman dengannya .
*****
Beberapa bulan kemudian.....
Aku melihat suamiku menangis . Ibu mertuaku , emakku serta saudara-maraku meratapi satu tubuh yang terlantar diatas katil hospital . Itu aku ! Tapi bagaimana aku boleh melihat diriku terlantar , sedangkan aku disini . Roh . Ya, ini roh aku ,dan itu jasadku . Allahu....
Tutt...Tutt..Tutt..
"Assalamualaikum , Izzah"suamiku menjawab panggilan telefonku .
"Waalaikumussalam , Aiman . Riana mana ? Boleh aku cakap dengan dia ?"balas Izzah .
"Kau datang je Hospital Besar Melaka. Kami ada disini."jawab Aiman menahan tangisnya .
"Kenapa ? Riana sakit ke ?"tanya Izzah sedikit risau .
Tutt....Tutt..Tutt
Talian dimatikan .
Pelbagai tanda tanya yang dibelenggu Izzah . Sakitkah sahabatku itu ? Dia kemalangan ke ?
Ya Allah , selamatkanlah sahabat fillahku itu .
*****
Setelah tiba di Hospital Besar Melaka , Izzah dan suaminya sedikit hampa apabila petugas dikaunter itu mengatakan bahawa , aku telah dipindahkan ke Hospita Pakar di Kuala Lumpur . Izzah bergegas kesana untuk menyelesaikan persoalan yang berada didalam mindanya ketika itu . Nazri cuba menenangkan isterinya itu . Jiwa Izzah galau . Galau kerana sahabatnya itu mungkin sedang menahan penderitaan yang teramat .
Ketibaan Izzah dan suami disambut oleh esak tangis dari seluruh ahli keluargaku serta keluarga mentuaku . Izzah terus mendapatkan suamiku .
"Riana mana ? Kenapa semua menangis ? " tanya Izzah kepada suamiku .
Senyap.
"Aiman ! Jawab, Man!"Izzah menengking .
"Riana sakit ! Sakit tahu tak !"Aiman membalas dalam esak .
"Apa ?! Tapi , kenapa sampai ke pihak pakar ?"tanya Izzah menahan matanya dari mengeluarkan air mata .
"Leukimia."jawab suamiku perlahan .
Izzah terkedu dengan jawapan suamiku . Izzah menangis . Nazri cuba menenangkannya .
"Dia kat dalam tu . Doktor tengah lakukan pembedahan tulang sum sum " kata suamiku sambil menunjuk kearah bilik pembedahan .
"Doktor kata , peluang dia untuk hidup 50/50 " sambung suamiku . Kelihatan Izzah meraung apabila suamiku mengatakan tentang penyakitku itu .
Pintu terbuka . Kelihatan doktor berjalan menghampiri suamiku lalu berkata dengan muka yang mencuka ,
"Encik Aiman ."
"Ya, saya "
"Isteri encik berjaya diselamatkan . Isteri encik telah sembuh sepenuhnya . Ini disebabkan oleh doa kita semua . Alhamdulillah ." bertapa gembiranya semua yang ada disitu apabila mendengar kata-kata dotor .
"Alhamdulillah , Ya Allah . "ucap suamiku .
*****
"Abang !!!" kedengaran seseorang menjerit .
"EH, sayang . Kenapa menjerit macam orang gila ni . " balas suami kepada seorang wanita .
"Abang, Riana mengandung ! Dah 2 bulan . " aku memeluk suamiku .
"Really ? Alhamdulillah . Dapat abang nak timang anak . Tak sia-sia kita mencubakan ?" suamiku menyengih .
"Abang ! Eeii , gatal !" aku mencubit lengan suamiku .
"Sakitlah !" aku melarikan diri .
Alhamdulillah . Aku bahagia dengan kehidupanku sekarang . Ya Allah , kekalkanlah kebahagian kami sekeluarga dengan hadirnya amanahMu ini . Aku mampu melawan penyakitku yang dulu kerana setelah aku menyedari bahawa perjuangan suamiku untuk melihat diriku dalam keadaan sihat serta sahabat Fillahku yang berusaha memberiku semangat semasa aku sakit , sedangkan Izzah tidak mengetahui tentang penyakitku itu .
-Tamat-