Telefon bimbit Shasya Afiqah berdering berulang kali, dengan mengantuknya shasya sempat mengomel, siapalah pepagi telefon ni, ganggu orang tidur je . Lalu Shasya mengapai "handphonenya" di atas kabinet yang terletak disebelah kanan katilnya . Tanpa melihat siapa pemanggilnya shasya terus menjawab telefonnya , "Hello? Nak apa ni pagi pagi call orang ni ' . Si pemanggil itu mula ketawa mendengar shasya mengomel begitu " Pagi apanya sayang, dah nak pukul 12 tengahari , anak dara apa ni tidur sampai tengahari. " Shasya mula terkejut apabila mendengar suara si pemanggil tu, suara yang amat dia rindui iaitu Syed Afiq kawan baiknya sejak berumur 16 tahun. "Fiq! Kau ni, tiba tiba muncul kenapa ? Dua minggu kau hilang tanpa berita, kau pergi mana? Kau ni selalu buat aku sedih tau. Aku ingat kau dah tak nak kawan aku dah. " balas shasya. Syed Afiq tergelak kecil mendengar luahan rakannya " argh, aku busy lah sha, kau macam tak tahu. Alololo, jangan lah sedih sayang, okay jum kita keluar jum. Rindulah , lepas solat zohor aku ambil kau okay? " Syed Afiq mula memujuk Shasya yang sudah pastinya merajuk. Shasya mula tersenyum dia tahu bahawa Syed Afiq pasti akan memujukya " hah okay aku nak mandi. Okaylah bye " Shasya mematikan panggilan itu dan terus mengeliat. Dia membuka phonenya dan melihat wallpapernya yang dihiasi gambarnya bersama Syed Afiq. Shasya mula bercakap sendiri ' afiq afiq, kau je faham perangai aku ni. ' . Ketukan pintu biliknya mematikan lamunan shasya . Dari luar Datin Syifa memanggil puterinya " Fiqah! Bangunlah, dah pukul berapa ni. Kamu ni bila nak berubah esok dah ada suami hah amalkan sikap macam ni. Memang lari suami kamu " bebel Datin Syifa. Shasya sudah biasa mendengar bebelan uminya "ye umi, fiq dah bangun dh ni, umi tunggu kat bawah fiq nak mandi. " . Tiada balasan dari uminya , 'pasti umi dah turun. Haih, dah pukul 12:15 tengahari dah ni kena mandi dah ni, nanti dengar lagi bebelan lagi sorang tuu
Dengan hanya secalit gincu dibibir, menyerlahkan lagi kecantikkan shasya. Dia membetulkan baju kemeja birunya lalu mengikat satu rambutnya, lalu dengan pantas Shasya turun kebawah sambil menyanyi kecil. Datin Syifa menegur anaknya ' hah fiqah nak pergi mana tu , tak pernah nak melekat dekat rumah tau. Kamu tu perempuan fiqah, duduk rumah tolong umi patutnya " Shasya menutup telinganya segaja mahu mengejek uminya yg selalu membebel itu. Datin Syifa dengan pantas menarik telinga anak perempuannya "amboi, ni lah kamuu, umi membebel kamu tutup telinga. Umi tanya kamu nak pergi mana? Dengan siapa?" . Shasya terjerit kecil "Umi, sakitlah ! Alaaaa fiq gurau je pun dah umi tu asyik nampak muka fiq mesti nak bebel. Fiq nak keluar dengan abang, nak g makan. " Datin syifa faham siapa yang dimaksudkan oleh Shasya itu. "oh yela , jangan balik lewat. Jaga diri tu , hah panjang umur afiq , dah sampai dah tu " kelihatan sebuah kereta Audi masuk ke perkarangan rumah mereka. Shasya dengan pantas menyalami tangan uminya "fiq pergi dulu umi! Umi jangan risau! "Datin Syifa mengelengkan kepalanya apabila melihat keletah anaknya.
Masuk sahaja kedalam kereta Shasya segaja mendiamkan diri , menunjukkan bahawa dia masih merajuk . Syed Afiq perasan perubahan sikap Shasya itu dalam hati dia berkata 'mesti dia merajuk lagi ni ' Syed afiq memandang Shasya lalu menarik rambut Shasya . Shasya terjerit kecil "eee apa ni main tarik tarik rambut orang, kau ni kan. " dush, satu penumbuk singgah ke bahu Afiq. Afiq tergelak besar " jangan lah merajuk lagi, kau fahamkan aku banyak kerja, kau tahulah papa tu sejak dapat projek besar dari Syarikat Global Bersatu tu, dia mula kawal gerak geri aku. Dia nak aku serious , taknak kami terlepas peluang tu . " Syed afiq memberi keterangan dengan beriya. Tetiba terbit rasa kasihan pada Syed Afiq , siapa tak tahu Syed Afiq adalah satu-satunya pewaris Global kenyalang. Pasti sibuk menguruskan kerjanya. Tanpa Shasya sedar Syed Afiq merenunginya masih menunggu butir butir bicara dari shasya. "Sha! Dengar tak ? Okay okay my bad, im so sorry. " Syed Afiq memohon maaf . "Yela, dengar . Aku tak pekak lagi wahai pakcik afiq! Jumlah pergi makan , laparlah" balasnya . Afiq mula tersenyum dia tahu mudah sahaja jika memujuk Shasya , sebab itulah persahabatannya kekal sampai sekarang, Shasya bukan perempuan yang selalu cari salah, Bagi Afiq, Shasya sahaja yang memahaminya . Kereta Audi meluncur laju membelah jalanraya.

YOU ARE READING
Kau Dalam Kenangan.
FantasySyed Afiq , siapa sahaja yang tidak kenal, satu satunya anak Tan Sri Syed Afizul dan juga satu satunya pewaris Global Kenyalang , syarikat yang amat gah dan tersenarai dalam 10 syarikat yang terkenal..Syed Afiq atau afiq seorang jejaka yang kacak d...