Ini merupakan hari pertama Jung Na Ra bersekolah di SOPA Highschool walaupun sudah masuk pertengahan tahun. Semua ini disebabkan dia kerap berpindah sekolah. Bukan kerana daddynya berpindah tempat kerja bukan kerana dia mempunyai banyak masalah disiplin sehingga dia di buang sekolah. Ini kerana kelemahan dirinya sehingga memudahkan orang untuk membulinya.
Keluhan dilepaskan untuk kesekian kalinya.
"Aku harap ni kali terakhir aku pindah sekolah"
Katanya sebelum masuk ke perkarangan sekolahnya.
Seperti biasa dia akan mendaftarkan diri dahulu untuk mengetahui kelasnya selepas itu dia di bawa ke kelas oleh guru kelasnya dan gurunya memberi arahan untuk Nara mengenalkan diri.
"Annyeonghaseyo Jung Na Ra imnida. Sila beri tunjuk ajar"
Tanpa membuang masa dia memperkenalkan dirinya dan terus memberi tunduk hormat.
Selesai sahaja dia memperkenalkan dirinya hampir seluruh murid di dalam kelas itu berbisik sesama sendiri. Nara terasa seperti dia diperhatikan disebabkan dia berasa tidak selesa kerana diperhatikan dia terus menundukkan pandangannya ke bawah.
Nara tidak faham mengapa mereka begitu nak kata Nara gedik, Nara bukan jenis begitu. Nak kata Nara nampak sombong, itu juga bukan perangai Nara.
Jadi kenapa mereka begini? Seperti tidak menyukainya.
"Kenapa perangai korang macam ni ni!? tak tau nak hormat orang langsung. Dah Nara duduk di situ malas dah saya nak bebel panjang-panjang bukan korang nak dengar"
Kata Cikgu Hanjung sambil mengarahkan Nara untuk duduk ditempat yang telah ditunjuknya iaitu di depan sekali bersebelahan dengan Yoongi ataupun dikenali sebagai Suga.
"Kalau korang buat sesuatu kat Nara siap korang ehh cikgu tak akan teragak agak untuk panggil ibu bapa kamu untuk datang ke sekolah. Dah saya keluar dulu kamu jangan nak bising pula, kelas sebelah tengah belajar tu."
Sambung Cikgu Hanjung lalu keluar dari kelas itu.
Walaupun Nara sudah duduk mereka tetap memerhatikannya dan masih berbisik sesama sendiri.
Namun ada seseorang memandang Nara dengan senyuman yang manis seperti tertarik pada kelakuan Nara sewaktu di hadapan tadi dan berbisk sendiri.
"Haihh apalah malang nasib budak comel tu awal awal lagi dah dipalau"
Selang beberapa jam kini tiba subjek terakhir sebelum masuk waktu rehat. Sedang asyik Cikgu Namhee mengajar dihadapan Mark tiba-tiba menegur Jaemin.
"Amboii dari tadi aku tengok kau asyik pandang si Nara tu jaa. Aku tau la dia comel macam yang kau cakap tadi tapi janganla terlalu pandang dia sampai senyum senyum sorang"
Serperti yang Mark cakap. Memang benar Jaemin hanya memerhatikan Nara dari awal pagi tadi lagi sehingga sekarang. Dia memandang Nara sambil memikirkan sesuatu dengan senyuman yang masih mekar di bibirnya.
"Kannn dia memang comel "
"Sudah sudah lahh senyum tu Jaemin oii kang kalau cikgu tegur aku tak tau. Kau juga yang malu nanti. Baik ko fokus pandang depan tu"
Jaemin mengendahkan sahaja kata-kata Mark tapi Jaemin tak perasan yang dia sedang diperhatikan oleh Cikgu Namhee. Cikgu Namhee tersenyum lalu berkata.
"Cikgu tahulah Nara ni comel. Tapi tak payah la nak pandang lama-lama sambil senyum sorang sorang"
Merah padam muka Jaemin selepas mendengar kata-kata cikgunya itu dan ayat Cikgu Namhee itu telah berjaya membuatkan Jaemin fokus dengan kerjanya. Mark yang berada di sebelahnya sudah ketawa melihat muka Jaemin yang tengah tahan malu itu.
Pada masa yang sama ada yang sakit hati mendengar kata-kata cikgu yang menyatakan bahawa Nara comel dan dia benci melihat Nara hanya sebab Jaemin memandang Nara.
Ya dia.memang meminati Jaemin sejak dulu lagi jadi dia faham pandangan yang diberikan oleh Jaemin untuk Nara. Pandangan seperti orang telah jatuh cinta.
Story idea by - Hyunwonwoo__
YOU ARE READING
Thank You For Being My Friend
Fanfiction"PULANGKAN BUKU AKU BALKK SYAITOOONNN!!!" "ARGHHHHHH?!!EOMMAAAA!!!!" • • • Sebuah kisah tentang seorang yeoja yang bernama Nara yang pendiam tapi garang nak mati dia selalu disekat oleh seorang namja yang nakal membuatkan Nara benci dengan namja itu...