bab 1

33 6 3
                                    

Bang !!! Bang !! Bang !!!

Bunyi tembakan tidak lepas kedengaran di suatu gudang. Seorang lelaki yang berbadan sasa sedang mengelak daripada ditembak. Penjahat itu menembak satu tong minyak berdekatan lelaki bertubuh sasa itu.

Boom !!!

Minyak itu meletup. Lelaki bertubuh sasa itu melompat untuk mengelak daripada letupan tersebut lalu berguling di belakang sebuah kereta. Dia menyorok disebalik kereta tersebut.

Dia mengintai sedikit dan nampaknya penjahat itu tidak tahu dimanakah dia berada. Dia menggunakan peluang ini untuk keluar dari tempat persembunyiannya lalu menembak lelaki yang mencarinya tadi.

Buk !!

Lelaki penjahat tadi rebah. Setelah dia rebah, lelaki bertubuh sasa itu mendekati penjahat tersebut. Dia memeriksa nadi penjahat itu. Tiada degupan. Dia dah meninggal.

Niii nooo !!! Nii nooo !!!!

Kedengaran bunyi kereta polis sudah sampai di tempat kejadian. Lalu lelaki bertubuh sasa itu beredar sambil tersenyum sinis. Dia berjalan menuju ke kereta sportnya.

Baru sahaja dia ingin membuka pintu kereta, sesorang telah menepuk bahunya. Dia menoleh.

"Good job Asyqil" kata lelaki tersebut.

Lelaki bertubuh sasa yang bernama 'Asyqil' itu tersenyum.

"Thanks Izz" balas Asyqil atau lebih dikenali sebagai Qil. Izz sahabatnya atau nama penuhnya Ahmad Faiz.

Asyqil atau nama penuhnya Muhammad Asyqil merupakan seorang inspector yang sangat handal. Pelbagai misi dia telah jalankan. Dia lebih terkenal dengan nama 'super cop'.(ok. Ni amik dari cite polis evo).

"Kau dah nak balik ke ?" soal Izz.

"Haah, kenapa?" balas Asyqil sambil bersandar pada kereta sportnya.

"Tak nak lepak dulu ke ?" soal Izz.

"Aku penat lah nak rehat. Esok-esok je lah kita lepak. Lagipun dah malam aku nak tidur ni." balas Asyqil. Siapa yang tak penat kalau baru lepas berlawan ?

"Takdelah aku gurau je. Esok malam datang lah rumah aku. Kita raikan kejayaan kau. Nanti aku ajak yang lain." kata Izz.

"Insyaallah aku datang. Emm oklah aku gerak dulu paper roger." kata Asyqil.

Mereka berjabat tangan dan kemudian Izz beredar pergi. Asyqil masuk ke dalam keretanya dan mula memandu menuju ke rumahnya sambil mendengar radio.

Semasa di simpang 4, dia telah bertembung dengan sebuah motor berkuasa tinggi.

Semasa di simpang 4, dia telah bertembung dengan sebuah motor berkuasa tinggi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dan kereta sport milik Asyqil sedikit calar. Asyqil berasa sangat marah lalu dia turun dari keretanya.

Pemandu motor tersebut sedang mengangkat motornya.

"Woii kau ni buta ke apa ?!! Tak nampak ada kereta ?!" tengking Asyqil.

Pemandu motor tersebut membuka helmetnya lalu mengibas-ngibaskan rambutnya. Ternyata pemandu tersebut seorang perempuan.

"Kau cakap aku ni buta ?!! Heyy ni jalan aku !! Kau tu yang buta !! Jalan tak tengok dulu !!" tengking perempuan itu semula.

"Ehh aku pulak !! Kau tengok apa kau dah buat dekat kereta aku !! Kau tau tak kereta aku ni mahal !!!" balas Asyqil.

Perempuan tersebut memandang atas bawah terhadap Asyqil dan keretanya.

"Huh, audi jee pon. Bukanya mahal sangat. Motor aku lagi mahal" sindir perempuan tersebut.

"Aku tak kira !! Aku nak kau ganti juga !!!" desak Asyqil.

"Kau ingat aku nak ganti ke ? Dah lah salah kau. Memang tak arr aku nak ganti" balas perempuan tersebut lalu memakai helmetnya semula. Dia naik ke atas motornya lalu beredar pergi.

"Biadap punya perempuan !!! Habis kesayangan aku dah calar !!" kata Asyqil sendirian.

Asyqil masuk ke dalam keretanya dengan perasaan sangat marah lalu beredar pergi.

Rumah Asyqil.

Asyqil masuk ke dalam rumahnya dengan perasaan marah lalu memberi salam.

"Assalamualaikum !!"

"Waalaikumsalam. Eh abang dah balik dah ? Tak nak makan dulu ke ?" soal adik Asyqil, Amyra.

"Tak lapar" jawab Asyqil dingin. Dia sebenarnya lapar tapi disebabkan perasaan marahnya membuak-buak, lapar pun dia kata tak lapar.

"Dah kenapa dia tu ? Badmood semacam je. Whatever." kata Amyra sendirian lalu menyambung menonton drama kegemarannya iaitu 'love in the moonlight'. Amyra seorang peminat drama korea. Pelakon korea kegemarannya ialah Lee JongSuk, Song Joong Ki dan Park Bo Gum.Amyra juga peminat setia kumpulan kpop 'exo' dan biasnya ialah Byun Baekhyun.

-------------

End bab satu. Vote and coment.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 12, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mr And Mrs InspectorWhere stories live. Discover now