[1]

22 0 0
                                    

"Zara!!! Bangunlah cepat! Semalam kamu juga yang suruh mak kejut pagi-pagi." Bebel Puan Suraya sambil menggegarkan tubuh anaknya yang sedang lena diulit mimpi. Bukan main payah lagi nak bangun. Ada juga yang basah lencun kena simbah ni kang!

"Ala kejaplah mak. Bagi orang lima minit. Nanti orang bangunlah. Ngantuk sangat ni." Dalih Zara. Selimutnya ditarik apabila dirasakan Puan Suraya cuba untuk merungkaikan belitan selimutnya yang serupa macam kepompong aje kalau tengok.

"Eh, Zara! Kamu sedar tak kamu tu nak pergi interview pagi ni. Mak tak kira, kamu bangun sekarang jugak atau mak suruh abah yang kejut kamu." Tutur Puan Suraya sambil telinga anaknya dipiat. Dah besar panjang pun kena dikejut macam budak-budak. Tak senonoh betul perangai.

"Aduh... duh... duh... Sakitlah mak. Orang bangunlah ni." Zara mengaduh kesakitan apabila jari tua milik ibunya selamat mendarat di telinga kanannya. Nak tercabut rasanya telinga ni. Apalah ke bisa benar jari Puan Suraya ni kan? Huih, naya!

"Hah, tahu sakit. Dah pergi mandi, solat lepas tu turun sarapan. Cepat sikit. Nanti terlambat kamu jugak yang melepas." Sempat Puan Suraya menitip pesan lalu keluar menuju ke dapur bagi menyediakan sarapan.

Zara yang masih terpisat-pisat hanya mengangguk bak lagu 'Ku Relakan Jiwa by Hazama'.

Jam dinding dikerlingnya. Baru pukul 6.15 pagi. Sempat lagi kalau nak sambung tidur lima belas minit ni. Lagipun dia bendera merah hari ni. So, why not? Pukul 6.30 pagi kita bangun ye.
Dan akhirnya...

Gedebusshhhh... Selamat jua dia membenamkan kepalanya di atas bantal gebu lagi empuknya itu.
Good night semua...

●●●●●

"Mak!!!" Segar terus biji matanya apabila muka putih lagi mulusnya itu seakan-akan basah. Basah? Dia meraba-raba wajahnya. Mak! Kenapa simbah Zara dengan air?!

"Kamu ni memang cari pasal lah Zara! Kamu tengok jam tu pukul berapa?" Jerkah Puan Suraya sambil bercekak pinggang merenung anak bertuahnya itu.

"Pukul 6.30 pagikan? Awal lagilah mak. Orang interview pukul 8.30 pagi. Tengok muka Zara ni, habis lencun. Nasib baik cadar tilam ni tak basah sekali tau. Kalau tidak penat orang nak membasuh." Sempat lagi si Zara ni membebel dengan mata yang terpejam rapat. Confident aje si Zara ni cakap pukul 6.30 pagi. Padahal tengok jam pun tidak.

"Kepala heck kamu pukul 6.30! Kamu tahu tak sekarang dah pukul 8.00! Kalau jarak tempat interview kamu tu sekangkang kera boleh lah kamu nak bangun pukul 8 pagi. Ini dekat tengah-tengah bandar tu hah. Dengan jam segala macam. Eiii, rasa nak aja mak piat-piat telinga kamu nilah, Zara!" Tempik Puan Suraya. Haih dah macam ketua platun kawad dah ni. Gawat!

"Eh yeke mak?!" Tanya Zara yang masih terkejut. Apalagi, berdesup bak kereta formula 1 lah si Zara ni berlari. Kalau dengar Puan Suraya membebel, mahu sampai ke esok tak habis.

●●●●●

"Mak! Zara pergi dulu tau. Doakan kejayaan anakmu yang tercinta ini. Sayang mak ketak-ketak!" Laung Zara sambil tangannya lincah memakaikan kasut bertumit tinggi di kakinya.

"Banyaklah kamu punya ketak-ketak. Hah, jangan lupa apa yang mak pesan semalam. Baca surah apa yang patut. Selawat tu paling penting. Baca bismillah sekali!" Tempik Puan Suraya sambil melihat kelibat zara yang sudah memboloskan diri ke dalam keretanya. Kabut sungguh! Entah perangai siapalah yang diikutnya.

Enjin Volkswagen Beetle berwarna merah hati kepunyaannya dihidupkan. Dengan lafaz bismillah, selamatlah kenderaan tersebut disemadikan. Eh! Gurau-gurau. Selamatlah kereta tersebut membelah jalan raya menuju ke destinasi yang dituju.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 29, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

EMIR'SWhere stories live. Discover now