56

3.7K 218 12
                                    

Iman Nadhirah melabuhkan punggung di atas rumput. Dia menongkat dagu dengan kedua-dua belah tangan. Terasa bosan kerana tiada seorang pun kawan-kawannya tiba di sekolah. Jam tangan jenama Guess yang melingkar pada pergelangan tangan dilihat sekilas. 8.00 pagi!

Keluhan berat dilepaskan. "Bongoklah kau ni, Iman! Apa ke hal lah datang sekolah awal sangat?" Marahnya pada diri sendiri.

Tangan kanan menyeluk poket track bottomnya. Telefon pintarnya dibawa keluar.

Hari itu merupakan hari koperasi dimana pelbagai aktiviti dan gerai jualan dibuka sekitar Sekolah Menengah Tunku Ibrahim. Semua orang luar dijemput untuk datang bersama-sama meraikan hari tersebut. Intan, Ainnur dan Darmia datang ke sekolah bersama-sama ibu bapa mereka. Mereka bercadang datang lewat sedikit dari kebiasaan.

Iman Nadhirah membetulkan kedudukannya. Tangan sibuk menyentuh-nyentuh skrin. Fokus pada permainan. Sesekali dia mendengus.

Tanpa gadis itu sedari, sepasang mata asyik memerhatinya sejak tadi. Suara dehaman menyentakkan Iman Nadhirah yang leka bermain telefon itu. Dia mendongak.

Kelihatan sekujur tubuh lelaki berdiri di sebelahnya. Tangannya dihulur meminta sesuatu. "Telefon. Bagi sini."

Iman Nadhirah memuncungkan mulut. "Alaaa... aku nak main game lah. Bukan buat apa pun. Lagipun kan harini hari koperasi, bukannya belajar. Aku rasa ramai lagi kut yang bawak benda alah ni." Ujarnya. Beralasan.

Zafriel Adrian mencerlung tajam. "Dia orang nak bawak tu, lantak dia oranglah. Lagipun aku tak nampak. Yang kau ni, dah terang lagi bersuluh aku nampak. Aku tak kira, bagi sini!" Tangan masih dihulurkan.

Muncung Iman Nadhirah semakin panjang. Dia terus memberikan telefon itu kepada Zafriel Adrian. "Nah, ambiklah! Nak sangat kan... Tak payah bagi balik pun takpe."

Kening Zafriel Adrian berkerut melihat skrin telefon milik adik kepada kawannya yang tidak dipadam itu. Diner Dash? "Tak sangka kau minat jugak main games macam ni eh?" Soalnya. Bibirnya mengulum senyuman.

Iman Nadhirah menjulingkan mata ke atas. "Suka hati akulah!" Desisnya geram. Dah ambik phone aku tu, ambik jelah. Tak payahlah nak tengok game apa aku main!

Zafriel Adrian menggeleng kecil. "Siapa lagi tau kau bawak telefon ni? Untuk apa kau bawak benda ni?" Soalnya ingin tahu.

"Aku bosan. Kawan-kawan aku semua datang lambat harini. Aku bawaklah telefon sebab nak main game. Itu aje. Tak ada siapa tahu pun termasuk abang aku," terang Iman Nadhirah.

Zafriel Adrian memegang telefon gadis itu dengan kedua-dua belah tangan. Dia memandang Iman Nadhirah yang sedang menguis-nguis rumput dengan kaki. Dia menghela nafas sebelum telefon itu dihulur semula kepada gadis itu.

Iman Nadhirah mengerutkan dahi melihat telefonnya dihulurkan kembali. Wajah lelaki yang tidak pernah disukainya itu dipandang meminta jawapan.

"Nah, simpan balik telefon kau ni! Aku takkan rampas tapi dengan syarat jangan bawa keluar dah telefon ni," ujar Zafriel Adrian dengan tegas.

Mata Iman Nadhirah bercahaya. "Betul ke ni?"

Zafriel Adrian mengangguk.

Iman Nadhirah mengambil telefonnya lalu disimpan sebaiknya di dalam poket seluar.

"Kau buat apa kat sini?"

Zafriel Adrian menyeluk kedua-dua tangannya ke dalam poket seluar. Dia kemudiannya duduk di sebelah tunang dalam diamnya. "Saja. Kenapa? Kat sini ada nama kau ke sampai aku tak boleh datang sini?"

Iman Nadhirah menggeleng.

Zafriel Adrian tunduk memandang rumput sekilas. Pandangannya beralih pula ke hadapan. "Fahmi dengan Taufiq belum sampai lagi. Abang kau pula kena jaga gerai. Lepas pukul 9 pagi baru dia free."

Iman Nadhirah mengangguk pula.

"Mesti kau bosan jugak kan? Sebab tu kau cari aku. Aku kan pengganggu ketenteraman hidup kau." Iman Nadhirah senyum meleret.

Zafriel Adrian menjeling si troublemaker sekolah itu. "Tau takpe!"

Iman Nadhirah sengih mendengar jawapan sang pengawas itu.

"Kalau kaulah kan... kau minat lelaki macam mana?" Soal Zafriel Adrian teragak-agak.

Iman Nadhirah tersentak. Wajah lelaki itu dipandang. "Kenapa tanya? Kau nak jadi lelaki idaman aku ke?" Usiknya. Keningnya dijungkit dua kali.

Zafriel Adrian menunjukkan reaksi hendak muntah. "Menyampah. Aku nak tau je. Kutlah aku dapat tahu siapa crush kau tu."

Iman Nadhirah ketawa kecil. Dia tergeleng.

"Kau memang takkan putus asa cari siapa lelaki tu kan?"

Zafriel Adrian hanya senyum kecil.

Gadis itu menghela nafas perlahan. "Okey, aku suka lelaki yang hormat orang tua aku, pandai ambil hati aku. Setia of course. Aku tak suka lelaki yang merokok. Siapa je yang suka kan? Lelaki yang penyabar..."

"Memang kau perlukan lelaki penyabar pun," celah Zafriel Adrian.

Iman Nadhirah mengecilkan matanya seolah-olah menunjukkan dia marah. Akan tetapi, lelaki itu hanya gelak dan langsung tidak takut.

Iman Nadhirah menjulingkan mata ke atas. "Whatever. Lagi... aku minat..."

"Wait! Apa kata kau bagi tahu ciri-cirinya, like penampilan ke... sebab sifat, semua perempuan minat benda yang sama," potong lelaki itu.

Iman Nadhirah menggeleng. "Tak semestinya. But, fine. Ermm... aku suka lelaki rambut kemas. Paling tidak pun macam Andrew Garfield. Oh my gosh! So handsome! Aku tak minat sangat lelaki yang berkaca mata. Entah, nampak skema maybe. Tapi kalau dapat jugak, aku tak nak dia pakai contact lens. Nanti macam-macam warna dia pakai. Urgh, tak suka!"

"Macam Taufiq?"

Iman Nadhirah mengangguk. Taufiq memang ada rabun mata tapi dia pakai kanta lekap. Katanya dia lebih selesa tak bercermin mata.

"Jap, apasal kita cerita pasal ni ha? Bosanlah. Asyik aku aje yang kena. Apa kata kau pulak beritahu perempuan macam mana kau suka?"

Zafriel Adrian menggaru belakang leher. Tidak sangka dia pula yang kena.

"Mesti kau minat perempuan yang bertudung labuh, stok-stok ustazah macam tu. Entah-entah orang arab, kau minat?" Tebak gadis itu

"Huh? Mentang-mentanglah aku ni anak Haji Umar, kau boleh buat andaian merepek tu?"

Iman Nadhirah menjungkitkan bahu. "Aku agak aje. Kenapa? Tak betul?"

Zafriel Adrian menggeleng. "Bukan macam tu. Tapi pada aku, aku tak kisah pun. Dah jodoh, buat apa nak tolak? Terima sajalah..."

Iman Nadhirah cebik. "Ayat orang pasrah. Macam tulah. Dahlah, malas aku sembang dengan kau! Bosan!" Dia bangun. Tangan mengibas-ngibas belakang membuang rumput dan pasir yang melekat. "Lebih baik aku jalan-jalan. Pergi archery pun best jugak ni!"

Zafriel Adrian ikut bangun. "Eh, tunggulah! Aku pun nak join!" Dia mengejar Iman Nadhirah yang sudah mula berjalan meninggalkan tempat itu.

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now