"Cinderella, cinderella adakah awak betul betul cinderella yang saya carikan?"
Seseorang yang berpakaian segak bak seorang putera dari golongan diraja meletakkan tangannya di dada dan berucap penuh emosi.
Kemudian si Cinderella keluar dari pintu lalu menolak kedua kembar tirinya dan menyarungkan sepatu gelas di tangan sang putera.
"Ya, saya-"
"Cut!"
Orang yang menjerit itu menggosok dahinya marah. Dan melontar skrip di tangannya ke lantai.
"T-tuan director..."
"Siapa yang bertanggungjawab dengan wardrobe pelakon-pelakon saya?!" Jerit director itu marah.
"S-saya, tuan director..." Seorang gadis perempuan mengangkat tangannya dan bergerak ke hadapan stage.
"Apa yang awak dah buat dengan pelakon saya?!"
"Itu...s-saya dah pun bagi dia baju yang untuk dipakai tapi..." Si penata rias itu menjeling sejenak terhadap Cinderella yang turut membalas jelingannya. "Dia pergi tukar dengan baju yang lain."
Director itu mengurut dadanya perlahan.
"Arin Sofia. Ke pejabat saya. Sekarang!"
*****
Director itu merenung ke arah perempuan yang duduk di hadapannya ini. Tiada raut kegelisahan atau kerisauan yang terpancar di wajah gadis itu, yang ada cuma kebosanan. Kebosanan yang pastinya disebabkan oleh kenapa dia perlu berada di ruangannya ini walhal banyak perkara lain yang boleh dilakukannya. Dan ini dapat dilihat melalui caranya meniup pengilat kuku dijarinya itu. Tuan Director yang bernama Zaus Mikhail atau juga merangap pensyarah bertauliah yang baru berumur 28 tahun dalam bidang lakonan di League Art Universiti itu menutup matanya sejenak sebelum menghembuskan nafas berat.
"Cik Arin apa yang awak fikir awak sedang lakukan?"
Gadis itu menopang dagunya sebelum menjawab dengan santai. "Menunggu pengilat kuku saya kering sementara tuan sibuk berceramah."
Pensyarah yang sudah terbiasa dengan sikap gadis itu hanya boleh menggeleng pasrah.
"Awak nak teruskan lagi dalam bidang lakonan ini atau tak sebenarnya."
"Tuan director, saya hanya nak lakukannya dengan cara saya. Maksud saya, cuba tuan fikirkan baik baik ada ke perempuan zaman sekarang yang berpakaian kuno sebegitu?"
Direktor itu memberikan sebuah tatapan pelik. "Tapi situasi dalam cerita itukan berlaku pada zaman dahulu,"
"Itulah maksud saya, orang orang lama ni takde taste. Langsung." Jawab gadis itu ketus.
"Cik Arin, saya takde hak nak tukar jalan cerita ni apatah lagi timelinenya. Jadi kamu hanya perlu berlakon sahaja seperti apa yang ditulis dalam skrip."
Gadis itu mendengus tidak setuju. "Kalau tuan tak boleh nak bersependapat dengan saya, takpe saya tarik diri sahaja dari theater musical ni. Adios!" Katanya sebelum berdiri dan membawa diri berserta handbag berjenamanya keluar dari ruangan pensyarahnya itu.
Director muda itu hanya mampu menghela nafas. Lagi.
****
"Yo, Rinnie!" Gadis berambut blonde itu berpaling.
"Oh, Nia," Nia Amalin, rakan karib satu semnya yang juga merupakan gadis penata rias tadi datang menyapanya.
"Jadi...macam mana?"
"Macam mana apanya? Aku tarik dirilah."
Intonasi gadis itu yang santai seolah olah berkata, 'langit itu biru' membuatkan gadis di tepinya itu memukul kepala blondenya. Membuatkan Arin mengaduh kesakitan dan menjeling gadis itu tajam.
YOU ARE READING
Mr.CEO & Aku (Hiatus)
Chick-LitTengku Izrian Hazizi, Ceo Leon group dijodohkan oleh ibu bapanya dengan Arin Sofia seorang gadis yang keras kepala dan bermasalah. Adakah semuanya akan berjalan lancar atau masalah akan melanda antara keduanya? By:lxdyhxtlink