Sudah seminggu Tasha balik dari Terengganu, seminggu itu juga Tasha dan Firdaus tidak berhubung. Tidak berjumpa. Entah ke mana Firdaus menghilang. Tasha tidak mahu ambil kesah tentang itu. Biarla dia dengan kehidupan dia, Firdaus dengan kehidupan Firdaus.
Sedang Tasha duduk termenung di sudut tersorok di cafe kegemarannya, tiba-tiba telefonnya berbunyi sekaligus mematikan lamunan Tasha. Tasha menjawab panggilan itu setelah melihat nama pemanggil.
"Hello. Assalamualaikum, mama."
" Waalaikumsalam. Ayu dekat mana tu ?" tanya Datin Auni.
" Ayu ada dekat cafe. Tengah lunch. Kenapa, mama ?"
"Ouh. Hujung minggu ni Ayu balik rumah, boleh ?" pinta Datin Auni.
"Boleh je. Ada apa-apa ke suruh Ayu balik ni ?" tanya Tasha.
"Mama nak bincang pasal majlis perkahwinan kamu,"
"Hah ! Majlis perkahwinan ? Ayu ?" tanya Tasha hairan.
Masa bila pula aku kata nak kahwin ni ?
"Ya la. Majlis kahwin kamu. Ada orang masuk meminang kamu minggu lepas," balas Datin Auni.
"Masa bila pula Ayu kata nak kahwin ? Siapa yang gatal masuk meminang Ayu, ni ? Ayu kenal ke ?" tanya Ayu sedikit runsing.
" Memang la kamu tak kata nak kahwin. Tapi, future husband kamu kata kamu berdua dah berbincang untuk disatukan. Dia kata kamu berdua saling kenal dan pernah bekerjasama dalam syarikat. Papa pun kenal dengan dia," ujar Datin Auni. Suaranya jelas teruja untuk menerima menantu.
Tasha sudah mengerutkan dahi apabila mendengar kata-kata mamanya.
"Siapa, mama? Cuba mama beritahu nama dia ?" pinta Tasha.
"Nama future husband kamu, Ahmad..."
Kata-kata Datin Auni terhenti apabila mendengar Tasha bersuara.
"Firdaus ?"
Nama Firdaus meniti dibibirnya apabila dengan selamba Firdaus duduk di hadapannya. Kening kiri Tasha terjongket melihat Firdaus didepannya. Muka pelik jelas terlihat di wajah Tasha.
"Eh ! Kata tak kenal future husband sendiri ? Ni macam mana boleh tahu nama pula ?" perli Datin Auni.
"Maksud, mama?" tanya Tasha hairan.
Tasha kembali fokus kepada perbualannya dengan mamanya. Firdaus dihadapannya dibiarkan dahulu.
" Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula, " Datin Auni mengeluarkan peribahasa melayu.
Tasha sudah mengerutkan dahi. Dia sedang memproses kata-kata Datin Auni.
" Maksud mama, nama future husband Ayu, Ahmad Firdaus ?" tanya Tasha meminta kepastian.
" Ya. "
"What ?!"
Tasha mengerling Firdaus yang berada di hadapannya. Wajah selamba dan senyuman sinis jelas terpancar di wajah Firdaus.
"Wait. Wait. You mean Ahmad Firdaus, CEO FF Holding, anak Uncle Faris is my future husband?"
"Ya, sayang."
Jawapan Datin Auni seperti batu besar menghempas kepalanya. Dia sudah mahu pitam mendengar jawapan itu.
"Hujung minggu ni balik tau ? Mama tunggu. Ok la mama ada kerja nak buat. Jumpa hujung minggu ni. Bye. Assalamualaikum, "
YOU ARE READING
Lesbian Itu Isteri Aku
De Todo●TAMAT● WARNING🔞 Ayu Natasha, nama pun sudah ayu. Inikan pula orangnya. Disebalik keayuannya ada tersimpan perangai yang tidak diketahui oleh orang luar. Ayu atau lebih dikenali sebagai Tasha mempunyai keinginan terhadap kaum sejantina. Dia jadi be...