Huda's POV
Aku bersiap hanya ala kadar. Sebelum keluar,aku kemas sedikit bilik aku yang macam kapal karam. Bunyi hon kereta Tasha mengejutkan aku,lantas aku keluar dan mengunci pintu rumah.
Aku meloloskan diri ke dalam kereta myvi milik Tasha.
"Ssup?" Tanya Tasha.
"Macam biasa,family problem." Jawabku ringkas.
"Patut muka serabut,chill..kau nak keluar dengan aku tak kan muka berkerut macam tu. Senyum sikit sayang." Pujuk Tasha.
Aku pun macam budak lurus,senyum tayang gigi.
"Ni baru my girl. Ok let's go."
Kereta berhenti di hadapan restoran mamak. Setelah memakirkan kereta,kami berjalan beriringan dan masuk ke dalam restoran.
"Sorry babe,hujung bulan. Biasalah tengah pokai,tak boleh bawak tempat biasa." Tasha memulakan bicara setelah mamat tadi yang mengambil order berlalu pergi.
"Aku tak kesah,lagipun kau yang payung aku. Tak kan nak demand pula. Lagipun dekat sini lagi senang aku nak lepas gian aku."
Tasha terus mengeluarkan barang yang aku pesan.
"Thanks."Reaksi spontan aku apabila Tasha mengeluarkan sekotak rokok. Jenama apa aku malas nak ambil tahu. Yang aku tahu,aku memang dah ketagih lepas Tasha bagi aku mencuba dulu.
"Aku dah agak,kau mesti minta benda ni punya. Nasib kau ketagih rokok je,bukan benda lain. Kalau yang lain,aku memang tak mampu la." Tasha tersengih.
"Aku tak kan minta lebih dari luar kemampuan kau." Jawab aku sambil menghembus asap rokok. Ada juga dua tiga mata yang memandang aku pelik. Ada juga yang kata aku ni cool. Lantaklah,asalkan aku tak kacau orang.
Tapi selama ni aku belum pernah merokok depan papa dan mama atau dalam rumah . Takut kena maki dekat situ juga,sebab tu aku happy bila dengan Tasha. Dia tak pernah persoalkan apa yang aku buat. Aku sayang dia.
"Ada apa kau ajak aku keluar ni?" Tanya Tasha.
"Saja,aku rindu kau."
"Malam ni free?"
"Free je,kenapa?"
"Stay rumah aku,macam biasa. Aku ajar benda baru." Tasha mengangkat kening sejurus menghabiskan ayatnya.
Aku dah boleh agak maksud tersirat dia.
"Untuk kau,semua boleh." Aku meneguk air yang ntah bila sampai pun aku tak sedar.
"Nanti aku hantar kau balik rumah,kau bawa lah baju untuk dua hari ke."
"Ok."
Mario's POV
"Mario,buka pintu ni." Suara itu berselang-seli dengan bunyi ketukan pintu.
Aku terus berlari dari dapur ke ruang tamu.
"Lambatnya kau buka pintu." Farish sudah berpeluh-peluh akibat kepanasan.
"Sorry farish,tadi aku dekat dapur. Tak dengar kau ketuk pintu." Mario merapatkan tangan tanda minta maaf.
"Aku tak kesahlah,asalkan kau buka pintu dah."
"Bawalah beg-beg kau masuk,aku tunjuk bilik tu." Ajak Mario,tak mahu berlengah.
Farish mengangguk,lantas mengangkat beg-begnya yang hanya berisikan baju.
"Ha ni bilik kau. Maaflah kalau tak selesa,aku baru kemas bilik ni semalam."
"Dah cukup selesa dah ni,terima kasihlah Mario. Kalau kau tak ada kau,mungkin sampai sekarang aku still cari rumah."
"Alah..tak ada apa pun. Aku sunyi tak ada member,kalau ada kau..tak adalah aku rasa bosan sangat dalam rumah ni."
"Nanti dah gaji,aku terus bayar bilik ni."
"Tak apa..aku faham. Dengan kau,aku bagi harga member je. Kau jangan risau."
"Thanks bro."
"Pleasure. Kau kemas barang-barang kau dulu,lepastu pergi dapur. Kita makan."
"Ok."
Huda's POV
Aku tersedar daripada lena apabila terasa muka ku disentuh lembut.
"Good morning." Tasha rupanya.
"Morning babe." Aku menjawab sambil menguap. Tak puas tidur,aduh ngantuknya. Dahlah badan penat pula tu.
"Aku nak kejut kau tadi,tak sampai hati pula. Tapi phone kau asyik memekak je. Check phone kau tu,mana tahu penting."
Aku hanya mengiyakan apa yang Tasha kata. Sebetulnya rasa ngantuk ni masih bersisa. Tapi nak tak nak kena juga check phone.
Dah pukul 12 tengah hari,lamanya aku tidur. Hmm.
Ada 20 missed call. Semuanya daripada papa dan mama. Ada dua messages.
From mama :
Huda pergi mana? Puas papa dengan mama cari Huda.
Balik sebelum lunch,ada something yang kita kena bincang. JANGAN CUBA NAK LARI,OK?
MATILAH AKU !
YOU ARE READING
Sesuci Cinta Mualaf.
RomansaCinta kerana Allah,cinta kerana Rasul dan bukan berlandaskan nafsu. Mati itu pasti,dunia ini fana' tapi In Shaa Allah cinta kita akan kekal hingga ke jannah dan yang pasti diredhai oleh-Nya -MUHAMMAD SAIFULLAH. Semoga hati ini tetap dan tidak akan b...