BAB 2

4.9K 234 3
                                    

"YANA,aku nak pergi toilet kejap boleh tak? Serius dari rumah tadi lagi aku tahan",

Marlyana memandang Aqish dengan mata kecil."Isy.. masa ni lah kau nak buat hal.Dah pergilah cepat.Aku tunggu depan tu",

Dalam sekelip mata sahaja Aqish sudah ghaib dari pandangannya.Tu mesti kes dah tak tahan sangatlah tu.Aihh..

Marlyana menunggu Aqish di sebuah laluan yang menyambungkan kawasan kantin,padang dan kelas Pendidikan Khas.

Lima belas minit menunggu,Aqish masih tidak kelihatan.Ni sah-sah melepas.Aduhai.. dekat rumah tadi bukannya nak buang habis-habis.Kan dah tak pasal-pasal aku melanguk seorang diri dekat sini.

Ketika sedang menunggu kehadiran Aqish,Marlyana ternampak susuk tubuh seseorang yang sedang menuju ke arahnya.Disebabkan susuk tubuh itu agak jauh darinya,jadi dia terpaksa memandang agak lama sebelum dia tersenyum sendiri.

Mamat O.K.U tu lah!

Marlyana memandang ke arah lelaki itu lagi.Dia tersengih-sengih sendirian.Ternyata lelaki itu memang ringan tulang betul.Buktinya sekarang lelaki itu sedang membawa buku.Mungkin mahu di hantar ke bilik pengurusan pendidikan khas yang terletak di hujung sebelah kirinya.Banyak jugalah buku yang dibawa oleh lelaki itu.

Tiba-tiba..

Buk!!

Sekelip mata saja buku yang dibawa oleh lelaki itu terjatuh di atas lantai.
Marlyana yang menjadi saksi sedikit terlopong mulutnya.Tadi dia nampak ada seorang lelaki sengaja melanggar bahu mamat O.K.U nya itu dan telah menyebabkan buku di tangan lelaki itu terjatuh.Habis berterabur semuanya.Lepas tu boleh pula lelaki yang melanggar tadi melarikan diri tanpa cuba membantu.

Memang kurang ajar betul!!

Dalam spontan,Marlyana mendekati lelaki tadi dan terus membantu lelaki tersebut mengutip buku-buku yang sudah bertaburan di atas lantai.

"Awak okay?", tenang Marlyana menyoal lelaki tersebut.Luaran sajalah nampak tenang tapi dalamannya berdebar jugalah.

Lelaki itu tidak menjawab,dia hanya menghadiahkan secalit senyuman.

" Budak lelaki tu memang biadap sikit.Sakit hati saya ni tengok dia", omel Marlyana sambil mengutip buku yang terakhir lalu diserahkan pada lelaki tersebut.

"Terima kasih..", ujarnya tanpa memandang Marlyana.

" Sama-sama", Marlyana membalas dengan senyuman manis.

Eh.. nametag!!

Baru dia teringat! Lantas matanya dihala pada dada belah kanan lelaki itu namun malangnya lelaki tersebut sedang memakai t-shirt sukan.Jadi tiada nametag yang dipakai pada bajunya.

Arghh.. gagal!!

Tubuh lelaki itu hanya dapat dipandang dari belakang.Aduh.. sikit je lagi nak tahu nama dia.

Tak apa.. esok lusa masih ada!

"Hoi!! kau pandang apa?", sergah Aqish dari belakang dan membuatkan bahu Marlyana terhenjut.Nasib baik dia tak melatah.

" Kau ni.. apahal lambat?",

"Sorry lah.. dah nama pun membuang.Eh,kau tengok apa tadi?", Aqish memanjangkan lehernya melihat kiri dan kanan.Tak ada orang pun?

"Alah.. tak payah sibuklah.Dah jom..", Lengan Aqish ditarik sehingga ke kantin.

" KURANG asam keping punya Aqish! Sampai hati dia tak datang sekolah hari ni.Dah lah tak inform aku.Kan dah tak pasal-pasal aku lonely hari ni", omel Marlyana sambil menuju ke arah laluan susur tempoh hari.Waktu rehat begini memang dia tidak makan di kantin.Kebiasaannya dia akan duduk di suatu tempat dengan Aqish.

Crush Untuk Mamat 'O.K.U'✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang