Chapter 4

225 19 3
                                    

"Aku bencilah diorang tu,Haziq halau aku kau tau tak?!"Fauzi.
"Ya,ya aku tau...kan aku dah cakap jangan naik.Haa kan dah jadi camni."Hazim cuba menenangkan Fauzi."Meh sini aku ajar kau buat tempat tidur."Hazim menarik tangan Fauzi.

Setibanya mereka di bawah dua pokok,Hazim mengambil satu kain dan dua utas tali dari belakang pokok tersebut.Fauzi hanya melihat apa yang dia lakukan.Dia mengikat dua utas tali itu di antara pokok tersebut.

Sementara dia menyiapkan tempat tidur Fauzi,"Jangan risau,kau buat lagi baik dari aku,aku bukak seluar tiga kali sebelum diorang keluarkan aku dari kotak tu."Hazim menoleh ke belakang,tetapi Fauzi tiada di situ.

Dia ternampak Fauzi sedang berjalan menuju ke pintu gerbang pagar sesat itu.Dia berlari mendekati Fauzi yang sedang meninjau pintu gerbang tersebut.

"Dude,apa kau buat ni?Kau nak pegi mana?" Hazim menarik bahu Fauzi.

"Aku nak tengok je" Fauzi menepis tangan Hazim."Jangan dekat sangat"Hazim kelihatan risau."Takpe,aku tengok je,aku tak masuk pon."Fauzi.

Tumpuan Fauzi terganggu apabila seorang remaja lelaki tiba-tiba muncul dari dalam pagar sesat,memasuki glade dari pintu gerbang tadi.Dia berlari ke arah Fauzi dan Hazim.Dia dibasahi peluh,mukanya merah, pakaiannya kelihatan kotor.

"Hey piz," Hazim menyapa.
"Hey zim,new greenie huh?" kata Nafiz sambil menjeling Fauzi.Dia terus berlari melepasi mereka.

Fauzi terus memandang Nafiz sebaik sahaja dia meninggalkan mereka.Matanya seakan akan dirivet untuk memandang runner yang letih itu.Kenapa ada orang masuk dalam pagar sesat tu?Kemudian tiga orang lelaki memasuki glade dari arah yang sama.Mereka juga kelihatan letih seperti Nafiz.

Fauzi terus mendekati pintu gerbang itu."Kau cakap tak de sape boleh masuk dalam tu."Fauzi."Aku cakap,kita tak boleh masuk dalam tu.Diorang lain,diorang tu runner."Hazim.

Fauzi terus menghampiri pintu gerbang tersebut.

"Kau tak boleh masuk dalam maze tu,lagi-lagi time macam ni." Hazim cuba menghalang.

"Apa?Maze?"

"Haa?Maze?Aku ada sebut maze ke?" Hazim cuba berdalih.

"Ye" Fauzi terus berjalan menuju ke pintu tersebut.Ketika dia sedang merenung ke dalam pintu gerbang tersebut,Stefanus menolak Fauzi dengan kuat hingga dia tejatuh ke tanah.Dia berdiri dengan segera.

"Woi!" Stefanus menjerit.

Remaja lain berlari ke arah mereka.Semua kerja yang sedang dilakukan.dibiarkan begitu sahaja.

Fauzi bernafas dengan laju."Hey,hey relax,greenie."Stefanus cuba menenangkannya.

Fauzi dikerumuni remaja lain sekali lagi."Apa jadi dekat sini?"Harun bertanya dengan nada yang kasar.Hazim hanya terpaku di situ."Ken-kenapa korang ni hah?!Korang tak boleh sembunyikan semua dari aku.I deserve to know!Korang tak boleh simpan aku kat sini selama-lamanya."Fauzi menjerit.

Angin kencang dari dalam pagar sesat itu tiba-tiba masuk ke dalam glade.Ia menerbangkan pasir-pasir dan dedaun layu."What the hell..."Fauzi berbisik.Mereka menghalang muka mereka menggunakan tangan,tetapi Fauzi terus melihat ke dalam pagar sesat itu.Kedengaran bunyi gear sedang berputar.Fauzi terkejut.Dia melangkah setapak ke belakang sambil melihat bahagian atas pintu gerbang itu.Pintu tadi perlahan-lahan tertutup.Fauzi ternganga melihat kejadian itu."

Mereka semua pergi meninggalkan Fauzi dan Hazim.

"Next time,aku biar kau masuk dalam tu." Stefanus menyindir Fauzi lalu berlalu pergi.

Malam pun menjelma...

Lilin dinyalakan bagi menerangi Glade.Semua orang sibuk membuat persiapan terakhir untuk acara malam itu.

Run AwayWhere stories live. Discover now