Dia Di Bawah Katil Ku

11 0 2
                                    

#SERAM_BENO

Malam pertama di quarter sekolah yg agak usang Jemima berbaring selesa selepas seharian sibuk mengemas dan membersihkan rumah itu yg sudah lama tidak di huni. Quarters guru yg lain terletak di seberang jalan di jarakkan oleh padang sekolah. Jam sudahpun menunjukkan pukul 12 malam.
Bunyi cengkerik, katak serta bunyi pelik lain malam itu terlalu asing dipendengaran Jemima. Namun dek kepenatan akibat memerah tenaga seharian itu membuatkan Jemima tidak peduli semua itu.
Mata Jemima terkatup rapat. Menyelimut dirinya dengan selimut hingga ke leher. Suasana desa dengan hutan rimba yg masih merimbun menambahkan kedinginan malam. Lampu tidur berbateri terpasang terang di tepi katil.
Sedang Jemima beradu selesa memeluk bantal busuknya tiba2 dia terdengar bunyi di bawah katil. Bunyi org mengengsot. Mulanya Jemima merasa pelik namun cuba berfikir secara logik. Mungkin ada kucing  Org di bawah rumah.
Jemima sekali lagi mengemaskan selimut di kakinya.
Sambil memejamkan mata kembali Jemima meletakkan senaskhah al Qur'an di atas meja tulisnya dan senaskhah kecil surah Yassin di bawah bantalnya.
Kira-kira lima minit selepas itu bunyi mengengsot kedengaran lagi kali ini katilnya turut bergoyang. Seolah-olah digoncang. Jemima tergamam dgn mata terbuntang. Dia tidak berani hendak menjenguk ke bawah katilnya.
Seketika kedengaran bunyi desah nafas kasar dari bawah katil. Bunyi mengengsot semakin kasar dengan bunyi seolah berbisik.
Jemima masih kaget dan terdiam kaku. Rasa mengantuknya hilang begitu saja. Tangan Jemima mencapai surah Yasin di bawah bantal Sambil mulutnya melafazkan ayat ruqyah yang diingatinya.
Sesaat selepas itu Jemima terhidu bau hanyir dan busuk yg menyengat pernafasannya. Jemima semakin tidak keruan. Bunyi di bawah katil semakin menderam Sambil menyeru namanya. Katil juga turut bergoncang kuat.
Saat Jemima terlihat ada tangan berdarah yg berulat muncul dari bawah katilnya serta mengawang ingin mencapainya Jemima tidak menunggu lama untuk bangun meluru ke muka pintu Bilik nya sambil menjerit histeria. Sebaik sahaja membuka pintu bilik utama Jemima melihat sepasang suami isteri separuh umur berdiri dgn lampu suluh di tangan.
" Cikgu tidur di rumah kami malam ini ya," pujuk isteri tukang masak sekolah itu sambil memeluk bahu Jemima erat.
Jemima hanya menurut langkah sepasang suami isteri itu ke rumah mereka dan tidur di situ malam itu.
Esoknya riuh cerita Cikgu baru kena kacau di quarter lama guru. Guru besar sekolah juga turut memarahi guru yg memandai memberikan rumah quarter lama itu kepada cikgu perempuan bujang.
Pengalaman pertama itu satu pengalaman yg sukar Jemima lupakan.
" Rumah itu pernah terjadi kematian di mana seorg budak lelaki darjah 6 anak kepada Cikgu Darus mati di bawah katil selepas tersalah makan. Budak itu mati muntah darah di bawah katil itu. Puncanya akibat meminum air berkarbonat selepas mengambil ubat sawannya." Penerangan Cikgu Tammy sedikit sebanyak membuatkan Jemima terfikir. Bunyi pada malam itu memang bunyi org sedang,menahan kesakitan.
" Mungkin kerana arwah meninggal dlm keadaan sedemikian membuatkan rohnya tidak tenang." Ujar cikgu Herald.
Semua mata ketika itu memandang ke arah rumah quarter guru yg nampak sudah usang itu. Kejadian begitu hanya Allah yg tahu. Waallahua'lam....

Cerpen pendek seram beno - Nour Q...

#Salam_malam_Jumaat

SERAM BENOWhere stories live. Discover now