Ku Tunggu Mu Di Tandas

29 2 2
                                    

- Ku Tunggu Mu Di Tandas - #SERAM_NAU

Kat hostel maktab baru aku rasa hendak terkucil di tengah malam. Oleh kerana tandas agak jauh aku mengajak Shiha. Namun Shiha tidak terkutik tidur mati. Kerana x tertahan lagi aku keluar sendirian ke tandas. Dalam perjalanan, aku terserempak dgn Mandy budak cina kelas matematik. Mandy menegur ku dan setuju menemani aku ke tandas. Sampai di tandas Mandy ikut sama masuk. Katanya perutnya memulas. Aku pun setuju memandangkan aku merasa seram seorg diri. Selesai melepaskan hajat aku keluar menghampiri pintu tandas Mandy. Sambil mengetuk pintu aku terdengar bunyi merengus di Dalam bilik tandas Mandy. Aku memanggil nama Mandy Sambil mengetuk pintu. Tiba2 pintu itu terbuka. Dgn perlahan aku menolak pintu tandas itu. Memastikan Mandy ada atau tidak. Namun..... sebaik saja pintu tandas itu terkuak luas. Satu lembaga,sedg mencangkung di depan lubang tandas sambil merengus dan teresak. Bukan itu yg membuatkan mataku terbeliak tetapi belakang lembaga itu yang terkoyak hingga menampakkan tulang belakangnya. Aku tidak mampu bergerak. Lutut mengeletar, akhir nya aku pengsan di situ juga.

👻 Gud nite semua. Selamat malam 💀

SERAM NAUWhere stories live. Discover now