58

3.4K 215 21
                                    

Iman Nadhirah bermain dengan jari-jemarinya. Rasa takut dan resah serentak menyelubungi diri. Air liur sudah berkali-kali ditelan. Jantungnya berdetak laju. Langkah kaki kekal mengekori kawan-kawannya di hadapan.

Blok C itu dipandangnya resah. Serta-merta terbayang kejadian beberapa tahun lepas di fikiran.

_______________

"Abang, Ian, jomlah! Irah nak masuk rumah hantu tu," ajak si kecil itu.

Pandangan Iman Nadzir dan Zafriel Adrian bersatu. Riak wajah mereka risau. Tidak tahu mahu ikut atau tidak permintaan kanak-kanak yang berumur tiga tahun itu.

"Ta... tapi, tempat tu seram lah, Nadhirah. Nanti malam-malam dia ikut Nadhirah balik." Zafriel Adrian cuba menakutkan Iman Nadhirah supaya niatnya ingin masuk ke rimah hantu terbatal serta-merta.

Iman Nadhirah memandang kanak-kanak lelaki itu kemudian wajah abangnya. "Ya ke, abang? Ian tipu, kan?" Dia bertanya tidak percaya.

Iman Nadzir mengangguk. "Betul. Nanti waktu Irah tidur, dia tarik kaki Irah."

Wajah Iman Nadhirah berkerut. "Tipu! Tipu! Abang dengan Ian saja tak nak bawak Irah masuk tempat tu. Irah benci abang! Irah benci Ian!" Dia menghentak-hentak kakinya di atas jalan tar itu. Air mata mula mengalir deras. Kemudian, dia berlari ke arah bangku yang tidak jauh dari situ.

"Eh, Irah!" Panggil Iman Nadzir. Memang habislah dia kalau budak kecil itu mengadu pada ibu bapa mereka.

Zafriel Adrian memandang Iman Nadzir yang cemas. Dia terus berkata, "Kita pergi jelah. Asalkan kita pergi bertiga."

Iman Nadzir mengangguk setuju. Mereka berdua menghampiri Iman Nadhirah yang sedang menangis teresak-esak itu.

"Nadhirah, janganlah menangis, Ian gurau je tadi." Zafriel Adrian membuka bicara.

"Haah, kita orang gurau saja. Kita orang nak pergi rumah hantu ni. Kalau Irah tak nak ikut, takpe lah. Abang pergi dengan Ian aje," pancing Iman Nadzir.

Terus terhenti esakan gadis itu. "Nak ikut!"

"Ha, kalau nak ikut, kenalah berhenti nangis." Ujar Zafriel Adrian.

Iman Nadhirah mengangguk. Air mata diseka. Dia terus tersenyum. Zafriel Adeian dan Iman Nadzir menghela nafas lega melihat gadis kesayangan mereka sudah boleh tersenyum.

Mereka bertiga berjalan bersama-sama ke rumah hantu.

Zafriel Adrian dan Iman Nadzir sudah pun menghampiri pintu keluar. Akan tetapi, mereka berhenti berjalan apabila menyedari Iman Nadhirah tidak bersama mereka.

"Irah mana?"

"Tak tau!"

"Macam mana boleh tak perasan dia takde?" Soal Iman Nadzir mulai resah.

Tiba-tiba...

"Ian! Ian!"

Iman Nadzir dan Zafriel Adrian berpandangan. Suara Iman Nadhirah! Tanpa melengahkan masa, mereka terus beredar mencari arah suara itu.

Iman Nadzir pergi ke kiri. Zafriel Adrian mencari di kanan. Suara esakan semakin kuat menyapa gegendang telinga. Zafriel Adrian memanggil Iman Nadzir. Jari telunjuk ditunding ke arah suara yang didengarinya.

Perlahan-lahan mereka menghampiri suara itu. Dan...

__________

"Oi! Mengelamun jauh nampak!" Sapa Ainnur. Terus hilang bayangan rumah hantu di taman tema yang dikunjungi Iman Nadhirah 12 tahun yang lalu.

"Kau ni buat terkejut aku aje." Berkerut dahi gadis itu memarahi kawannya.

Ainnur menyeringai. "Relakslah. Ni ha, bukak beg kau tu. Tinggalkan kat sini. Intan dengan Mia dah tunggu kat depan tu." Mulutnya dijuihkan pada Darmia dan Intan yang sedang beratur menunggu giliran untuk masuk.

Iman Nadhirah lantas membuka beg sandangnya. Diletakkan beg itu bersebelahan beg Ainnur. Tiba-tiba dia teringat akan telefon yang dibawanya. Tangannya menyeluk poket seluar lalu dikeluarkan telefon. Dia menyimpan telefob itu di dalam poket kecil yang berada di dalam beg sandang.

Usai itu, dia melangkah menghampiri kawan-kawannya.

_______

Iman Nadhirah berada di belakang sekali. Dia resah. Jantungnya berdegup kencang seakan mahu pecah. Dia takut melihat makhluk-makhluk yang ditemuinya. Meskipun sudah separuh jalan mereka berjalan, rasa takut tetap ada.

Tiba-tiba, Darmia yang berada di hadapan sekali menjerit seraya jatuh ke belakang. Serentak Intan, Ainnur dan Iman Nadhirah yang berada di belakang Darmia terjatuh.

Kedengaran suara Ainnur dan Intan menjerit bersama-sama Darmia. Lama-kelamaan jeritan itu semakin tidak kedengaran. Iman Nadhirah yang masih terlentang akibat terjatuh tadi berasa takut.

Dia terasa seperti kawan-kawannya sudah lari meninggalkannya di belakang.

Tiba-tiba ada satu cahaya. Kelihatan seperti api. Di sebalik cahaya itu ada sesuatu yang berwarna putih.

Iman Nadhirah yang ketakutan terus menyepak sesuatu itu. Cahaya itu terjatuh dan menghasilkan api. Sesuatu itu terkejut lalu melarikan diri. Sempat dia menjerit, "Api, wei! Api!"

Mata Iman Nadhirah terbuntang melihat api yang semakin marak itu. Rupa-rupanya dia menyepak cahaya itu ke arah sehelai kain. Api itu menyambar kain itu.

Iman Nadhirah cemas. Dia tidak dapat fikir apa yang patut dilakukannya. Akhirnya, dia duduk memeluk lutut. Matanya tidak lepas dari memandang api yang kian membara itu.

Dan entah mengapa, hanya satu nama terlintas di mindanya.

"IANNN!!!"

____________

Dalam pada masa yang sama, Iman Nadzir dan kawan-kawannya menghampiri Intan, Darmia dan Ainnur yang baru sahaja turun dari tingkat dua blok C.

"K... kau orang," panggil Ainnur.

Serentak enam pasang mata memandang gadis itu. Mata mereka jatuh pada beg sandang jenama Converse milik Iman Nadhirah yang berada di tangan Ainnur.

"Iman mana? Kau orang dari mana ni?" Soal Iman Nadzir cemas. Sempat dia mengerling wajah Zafriel Adrian yang juga kelihatan resah.

"Rumah hantu," jawab Darmia teragak-agak.

"APA?" Mata Iman Nadzir terus terbeliak mendengar jawapan daripada mulut gadis yang berjaya menambat hatinya.

Serentak itu, ramai pelajar berlari turun dari tingkat tiga blok C. Mereka seakan baru dikejar hantu.

Lantas Fahmi bertanya kepada pelajar junior yang baru sahaja turun, "Ada apa hal ni?"

Wajah pelajar itu pucat. Dia tercungap-cungap akibat lari tidak cukup tanah tadi. "Ru... rumah hantu dah terbakar. Api makin marak!"

Tambah terbeliak mata Iman Nadzir. Wajah adiknya terbayang di fikiran. "Siapa lagi kat atas?" Soalnya berlagak tenang.

Pelajar itu menggeleng. "Tak tahu, bang. Mula-mula saya adalah nampak cahaya. Tapi saya tak dapat fikir cahaya apa sampailah ada orang jerit, api. Terus kami semua kelam-kabut lari keluar dari rumah hantu tu. Saya tak pasti pula siapa yang ada lagi di atas," terangnya.

Jantung Iman Nadzir berdetak laju. Dia berasa amat risau. Rasa menyesal dan takut menghuni diri.

"Err... Nadz, mana Zafriel?" Tanya Taufik selepas tangannya mencuit bahu Iman Nadzir.

Iman Nadzir memalingkan tubuhnya ke belakang mencari kelibat si ketua pengawas itu. Kemudian, baru dia dapat fikir ke mana lelaki itu pergi. Tingkat tiga blok C yang sudah berasap dan kebakaran itu dipandang.

"ZAFRIELLL!!!"




✩✩✩✩✩

Fuh, berjaya juga buat part ni. Mula terbayang tu ada lah jugak rasa tak yakin buat part ni. Sorry kalau part ni K.O. aku dah cuba sehabis baik.

Nak tahu apa jadi seterusnya? Adakah Iman dan Zafriel berjaya melepaskan diri dari hangus terbakar? Uish, dahsyat kalau terbakar tu. Hihi...

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now