part 1

1.2K 37 0
                                    

Jarum jam di dinding menunjukkan pukul 1 pagi , namun aku masih lagi terjaga . Sibuk menyiasapkan tugasan sebagai seorang pelajar MARSAH , assigment berlambak ! Ini lah aku , suka siapkan kerja last minute , aku sering dimarahi oleh Ummi kerana buat kerja macam siput , itu kata Ummi . Aku iyakan sahaja .
Bukan apa , aku terlalu kuat semangat berlatih mengulang hafazan untuk pertandingan Hafazan Quran akhir Semester nanti .

Kopi panas ditepi meja aku mencicip perlahan . Sedap , tapi dah sejuk , puji air tangan sendiri . 'Boleh dah ni jadi suami , heheh'.

Telefon aku masih bising dengan perbincangan untuk pembentangan esok dalam group whatsapp. Aku abaikan kerana aku sedang bertukus lumus menyiapkan tugasan.

Sedar tak sedar , aku tertidur di meja belajar . Aku dibangunkan oleh jam loceng yang bingit memekak pada pukul4 pagi . Selesai tahajud , aku sambung assigment aku yang masih lagi terdampar . Aku memang seorang yang agak suka buat kerja last minute , sebab , bila ada masa terluang , aku tak sentuh buku buku aku , aku asyik menghadap komputer riba , buat apa? Main game .. hehe , aku seorang Gamerz yang tegar .

Pagi ini aku agak terlambat ke kelas kerana aku terlupa iron baju untuk dipakai semasa ke kelas pagi ini . Ah ! Menyesal aku tak iron malam tadi . Rungut aku .
Dalam keadaan bertukus lumus aku berjalan ke kelas dengan buku buku aku , aku terlanggar seorang muslimat .

Dush! Muslimat tadi dan aku terjatuh dengan buku buku dalam genggaman kami .
Aku yang dah Too Late ni , main kemas je apa yang terjatuh , tolong sekali la muslimat tu , tanpa sempat periksa satu satu barang yang jatuh , tanpa sempat pandang muslimat tu , aku betul betul terlambat . Tapi aku terasa dia pandang aku. Tapi aku tak ambil peduli.
Tanpa aku sedar , kad pelajar aku dan dia tertukar semasa aku sibuk mengemaskan buku buku aku yang terjatuh tadi.

Dalam kelas , aku tak boleh fokus , sebab aku terlambat dan aku telah dimarahi lecture , dengan terlanggar muslimat nya.

Kelas tamat , aku kemaskan barang barang aku. Kawan aku , Busyra' menepuk kuat bahu aku sampaikan kad pelajar terjatuh ke bawah meja. Busyra' meminta maaf lalu menghulurkan kepada aku , berkata .

"Kau ni , tengah bercinta pon agak agaklah , takkan la , sampai kad pelajar pon nak tukar?"

Aku blur. "Hah? Bercinta? Hey , kalau aku ada suka kan sesorang , aku rasa kau orang pertama aku cerita tau !"

"Cuba kau tengok pemilik kad pelajar dalam tangan kau siapa sekarang ni , ke kau tertukar?"

Aku tergamam , aku tertukar kad pelajar dengan muslimat tadi😱. *rasanyalah , sebab aku tak pandang muka muslimat tu.

Aku gelisah , macam mana aku nak pulangkan kad ni? Sem berapa pun aku tak tahu , entah dia sedar ke tak dia tertukar dengan aku.

Aku terus pecut lari ke tempat yang aku terlanggar dia tadi , mana tahu kalau dia pun tercari aku. Sebab aku nak balik kad aku ! Sangkaan aku tepat , muslimat tu tengah tunggu aku.

Jantung aku berdebar laju , kali pertama nak bersuara dengan muslimat . Dengan keberanian yang senipis kulit buku latihan , aku menyapa salam.

"Assalammualaikum , enti ni , Nadya Afiqa ke?"

Muslimah itu berpaling ....

_*BERSAMBUNG*_

Still baru lagi, kalau ada salah ke. Typo or anything maaf lah yaa 😄

Dalam Mihrab Cinta (completed)Where stories live. Discover now