Keesokan harinya...
"Fika,tepat jam 2 petang,datang rumah aunty.Aunty ada benda nak bincang dengan kamu,"kata Datin Suraya kepada Fika,rakan subahatnya.
"Kenapa aunty,pasal Hafiz ke?"tanyanya kembali.
"Will you just follow my orders without asking anything?!I'm not in a good mood right now.Just come and you will know.Hang up,"ujar Datin Suraya.
'Eh orang tua ni!Aku tanya tu jawab jelah!It's not that hard to answer my simple question,' gumamnya sejurus selepas talian dimatikan.
________________________
2 petang,banglo Datin Suraya...
"Yes aunty,what do you want from me?"soal Fika dingin.
"Look,I am sorry for scolding you just now.I really didn't mean it.I was angry with my husband because he objected my plan.Will you forgive me girl?"tutur Datin Suraya sambil memandang ke arah Fika,yelah kalau dia dengan Fika sendiri gaduh,tak jalanlah plan dia nanti.
"Okay,"balas Fika sambil tersenyum.Kalau dia tak maafkan orang tua itu,memang tak dapatlah dia miliki Hafiz,or in simple words,harta family itu.
"Okay,good then.Ni,semalam Hafiz datang rumah,bagitahu yang Qayra pregnant,so aunty dah nak start my plan,and I need your help,"tutur Datin Suraya.
"Oh sure,I will help.What's your plan?Do you want me to sit in a room together with him and you call Jabatan Agama Islam?"tanya Fika,lebih kepada memberi idea.
"No!That's too cliché.I want to..."sambungnya dalam bisikan.Kemudian,masing-masing tersenyum penuh makna.
______________________
Rumah Fika...
"Like seriously Fika?Kau sure ke nak ikut cakap orang tua tu?"soal Icha,housemate Fika.
"Yes I am sure.Kenapa?Do you want to object?Kau sendiri tahu kan yang aku memang nak khianat semua orang bila aku dah dewasa?Except for orang yang aku percaya.You know my past right?"kata Fika kepada Icha dengan matanya yang bergenang.
Fika teringat sewaktu dia kecil dahulu,keluarga dia merupakan keluarga yang merana.Semasa umur dia menjangkau sepuluh tahun,ayahnya memukul ibunya menggunakan kayu besbol sehingga ibunya mati.Ayahnya buat begitu kerana ingin mendapatkan harta ibunya yang diwarisi turun temurun dari moyangnya.Selepas itu,ayahnya membuang dia dan abangnya ke rumah anak-anak yatim.Bila dia tujuh belas tahun,ayahnya membawa dia pulang ke rumah tanpa abangnya untuk dijadikan pengedar dadah.Sebulan selepas itu dia didera oleh ayahnya kerana tidak lagi ingin mengedar dadah.Akibat deraan diterimanya itu,dia stres dan cuba membunuh diri dengan terjun dari bangunan.Nasib dia lain daripada yang dia harapkan,dia tidak meninggal malah koma sebulan sehingga hilang ingatan.Apa yang dia masih ingat ialah kisah hidupnya dan pasal dirinya sahaja.Kat mana asal usul dia pun dia tak ingat.Muka mak ayah dan abang dia pun dia tak ingat.Tapi dia selalu rasa yang abang dia sangat dekat dengan dia.Tak tahu kenapa.
"Weh beb jangan nangis,"ujar Icha sambil mengusap-usap belakang rakannya itu yang menangis.
"Aku okeylah.Cuma aku sedih sangat je bila terfikir balik pasal kehidupan aku.Sebab itulah sekarang aku akan balas dendam kat lelaki.Mana-mana lelaki pun," kata Fika yang penuh dengan dendam.
"Takpelah,sekarang kau ikut je kata hati kau tu.Tadi kan beb,Shafiq cari kau,dia kata nak jumpa kau kat tempat biasa malam ni,"ujar Icha.
"Okay babe,thank you for telling me.Now I want to prepare myself,"kata Fika sambil bangun dari sofa menuju ke biliknya.
_________________________
Malam tersebut,kedai mamak,sebelah pub...
"Hai Shafiq,"sapa Fika.
"Hai Fika,lama tak jumpa kau,kau kerja apa sekarang?"sindir Shafiq.
"What the heck?!Dah tahu tanya lagi.It's better than you of course,"balas Fika sambil menjeling ke arah best friendnya itu.Shafiq merupakan orang yang dia jumpa mula-mula dia start jadi pelacur.Pernah sekali dia goda Shafiq,tapi dia tak tergoda pun.Dia acah tergoda je.Fika pun mula merasakan yang Shafiq sesuai dibuat kawan.Akhirnya mereka berkawan.
"Lek ah kau ni!Aku saja je.Ni,aku dengar kau nak tolong Datin Suraya musnahkan rumah tangga anak dia.Betul ke?"soal Shafiq.
"Yelah,kenapa?Kau nak bantah ke?"kata Fika mulai naik angin.
"Takdelah,aku tanya je.Janganlah ambil serius sangat.Tapikan kau buat macam ni,tak fikir dosa pahala ke?"soal Shafiq perlahan-lahan,takut ditengking di khalayak ramai.
"Pergi mampuslah dosa pahala.Aku kencing setan tu pun aku minum,takkan musnahkan mahligai orang aku nak kisah?Lagipun aku tanggung dosa sendiri.Bapa aku,aku rasa dah lama mampus.Mak aku dah reput dah agaknya dalam kubur tu.Abang aku?Lagi aku tak tau.Muka dia pun aku tak kenal.Ah pergi mampuslah semua benda tu.Yang aku tau aku bahagia hidup macam ni,"katanya,kemudian gelak terbahak-bahak.
"Tapikan,apa perasaan kau kalau kau tahu yang abang kau ada dekat je dengan kau selama ni?"tanya Shafiq.
"Apasal kau tanya macam tu?Tapi kalau betul abang aku ada dekat-dekat je kat sini,baguslah.Sebab aku rindu dia.Aku nak tahu apa nasib dia lepas bapa aku ambil aku balik dan tinggalkan dia seorang kat rumah anak yatim tu,sebab aku rasa yang kalau dia sayang aku,mesti dia akan cuba cari aku,"tuturnya sebak.
"Weh Fika,jangan sedih.Sorry kalau apa yang aku tanya tu buat kau sedih.Aku just nak tahu je.Weh kau tak kerja ke malam ni?"soal Shafiq.
"Kerjalah.Hmm oklah aku gerak dulu.Bye,"kata Fika.Tanpa menunggu Shafiq membalasnya dia sudah pergi dahulu.Tak tau kenapa,tapi naluri dia kuat mengatakan bahawa Shafiq tu merupakan seseorang yang...istimewa untuk dia.Tak taulah istimewa macam mana.
__________________________
Keesokan harinya,hadapan Kafe Slurrpp...
"Eh,I'm sorry,are you alright?"soal Fika kepada wanita yang sengaja dilanggarnya tadi.
"Yeah,I'm sorry too,by the way,saya macam pernah nampak awaklah.Tapi kat mana ya?"soal Qayra.
"Entahlah,jom saya bawa awak ke dalam.Boleh kenal-kenal.Kot boleh teringat siapa saya,"kata Fika sambil senyum.
"Boleh,come,let's sit here.Emmm nama awak siapa ya?Sebab saya yakin sangat yang saya pernah nampak awak,"kata Qayra dengan riak kehairanan.
"Nama saya Farah Syafika,awak?"jawab Fika.
"Nama saya Anis Qayra,"jawab Qayra kembali.
Dan mereka pun meneruskan perbualan mereka.Yelah,orang perempuankan.Tak lupa juga...
"Uhuk-uhuk,"batuk Fika sambil mengeluarkan sapu tangan dari poketnya.
"Eh awak kenapa Fika,awak sakit ke?"soal Qayra yang sudah cemas melihat Fika yang tiba-tiba sahaja terbatuk di hadapannya itu.Tambahan pula,di permukaan sapu tangan itu terdapat sedikit 'darah'.
"Hmm saya minta maaflah ya.Ya, saya ada penyakit, kanser perut."dan mereka pun terus bercerita mengenai penyakit tersebut.Tidak lupa juga,Fika juga menceritakan bahawa kanser tersebut merebak setelah cintanya tak kesampaian.
'Plan A,done!'jerit Fika dalam hatinya sambil tersenyum sinis setelah keluar dari kafe tersebut.
KAMU SEDANG MEMBACA
Cinta Bersalut Dendam
RomanceMengisahkan tentang Anis Qayra yang dipaksa kahwin dengan Hafiz Mikael,seorang lelaki yang dibenci hanya kerana satu insiden.Insiden tersebut telah menyebabkan Qayra bertemu dengan Datin Suraya iaitu ibu kepada Hafiz.Pertemuan itu juga telah membuat...