"3,2,1, SMILE!!!", arah Ash selaku jurukamera mereka sekawan dan zasss dia mengelincir untuk menyertai rakan-rakannya yang sedang elok membuat pelbagai lagak itu."One more! 3,2,1, KEJUUUU!!!" Setelah beberapa aksi yang telah dilakukan, akhirnya mereka berlima terlepas tawa akibat pipi yang sudah kejang menahan tawa sedari tadi.
"Wahh! Ash, lawa la sehh", ujar Wieyng sambil menekan button next pada kamera dslr Canon Ash itu.
"Ash, one word. Mavelessss!", ucap Hanah dengan senyuman yang melebar.
Nanad dan juga Fafa hanya membuat double thumbs up tanda mereka amat teruja melihat gambar-gambar yang cantik itu.
Ash hanya mengeleng kepala memandang rakan-rakan baiknya itu sambil acah-acah malu menutup mukanya. "Eiii apa korang ni, beshe beshe jerp. Sebab korang ada dalam ni tu yang puji melambung kan? Heh!" Ash buat gaya menyampah.
"HAHAHAHAHA!" pecah tawa mereka berlima melihat kelakuan Ash itu.
"Eiii, dah la gelak. Aku sebak ni", ujar Hanah selesai mereka bergelak ketawa.
"Chill chill! Pahal lak kau tetiba sebak nie woi? Dramatis betol." soal Fafa yang kebingungan melihat Hanah.
"Hm, tak la. Sekolah dah tamat wei. Bila lagi la kita nak kumpul-kumpul gelak-gelak ceni lagi. Huhuhu." ujar Hanah seraya mengelap air matanya yang terkeluar sedikit.
"Wei, SPM dah habis. Tapi sayang aku kat korang tak pernah habis tau, remember that one thing okay?" Ash yang dikenali dengan panggilan QP a.k.a Queen Pick-up line berkata dengan penuh makna. Mereka berlima berpelukan buat seketika.
Sejurus kemudian kedengaran Wieyng memulakan korus lagu kegemaran mereka berlima. "Give me some sunshine, give me some rain." Diikuti dengan yang lain. " Give me another chance, i wanna grow up once againnn!"
"ALL IS WELL!" laung mereka berlima.
"Korang, dah jumpa member baru jangan lupakan aku yang comel ni tau!" Ucap Fafa sambil buat muka comel.
"Eiiii, ngengade ah kau! Kau orang pertama aku amnesia, welkkk!", ujar Ash seraya menjelir ke arah Fafa. Sekali lagi mereka ketawa sehingga otot-otot pipi mereka kekejangan.
YOU ARE READING
POTRET (In The Making)
Teen FictionAsh seorang perempuan berperangai boyish yang gila kamera. Baginya, setiap gambar yang dirakamnya mempunyai cerita yang tersendiri. Sekeping potret yang masih tersimpan rapi di dalam sebuah kotak miliknya, seringkali membuatkan hatinya terluka apab...