Ash ingin memanfaatkan cuti yang berbaki selama 5 hari lagi dirumah sebelum dia melangkah ke alam universiti dengan baik. Setelah berkejar kesana ke mari bersama-sama ibunya menyiapkan segala persiapan untuk ke universiti, akhirnya mereka berdua mampu menghela nafas lega dan bernafas dengan lebih teratur.
"Fuhh, akhirnya bu. Semua dah beres kan?", ujar Ash seraya memeluk bahu ibunya dengan erat sekali. Mana taknya, jelas-jelas Puan Mazu yang terlebih teruja menyiapkan segala kelengkapan yang diperlukan anaknya di universiti nanti. Al-maklumlah, Ash adalah putri sulungnya yang bakal melanjutkan pelajaran ke universiti. Tambahan pula, mereka tidak pernah berenggang sedari Ash kecil. Memang sekilas pandang, tidak ubah seperti seorang kakak dan seorang adik.
"Ha ah, alhamdulillah. Lega sikit hati ibu ni nak melepaskan kamu jauh di negeri orang. Huhuhu" luah Puan Mazu sambil mengusap-usap kepala putri sulung kesayangannya itu.
"Ibuuu"
"Ye sayang?"
"Ash ingat nak release tension jap la esok,bu. Ash nak jenjalan dekat pantai Moknik esok boleh tak bu? Lama tak p pantai. Hehehe pleaseeee", rayu Ash sambil menampakkan sebaris giginya yang putih suci murni itu.
"Haa, yela. Ibu izinkan. Tapi ada syarat"
"Alaaa buuu, nak jenjalan kat pantai pun ada syarat eh bu?"
"Nak ke tak nak ni?"
"Haa, yela yela. Hehehe. Haa, ape syaratnya bu? Untuk ibu, syarat yang terakhir pun Ash sanggup ikut, muehehe"
"Banyakla kamu punya syarat yang terakhir. Hahaha. Haa, syaratnya balik sebelum azan maghrib. Nak-nak anak gadis macam kamu ni. Ibu tak nak kejadian-kejadian yang tak diingini berlaku pulak. Okay?
"Lahh, itu je. Ingatkan syarat nak suruh Ash kawin sebelum p jenjalan kat pantai. Barulah lagi aman dan nyaman kan bu? Ihiks"
"Eiiii, gatai punya budak bertuah! Jangan nak mengada. Kamu tu baru lepasan SPM bukannya lepasan Diploma lagi. Universiti pun tak jejak lagi" Puan Mazu memulakan sesi leteran sebaik sahaja mendengar perkataan 'kahwin' dari mulut anaknya itu. Pantang betul.
"HAHAHAHAHAHA! Eh ibu ni, orang memain jela. Eii kalau gini gayanya, membujang sampai kertu la anak ibu yang kiut miut sorang ni. Hahaha aduii"
Lantas tangan ketam ibunya hinggap di paha sedang-sedang gebu Ash.
"Ibuuuuuu!" Ash mengaduh.
"Haaa, sekarang kamu nak ke tak p pantai esok ni? Kalau tak jadi takpe, ibu boleh cancelkan je"
"Hahahaha alaa, takci ah ceni bu! Okay okay. Ash janji Ash akan balik sebelum maghrib. Eh, lepas sunset keluar ah bu. Cun sikit Ash nak snap gambar. Hehehe. Promise!"
"Haaa, yelaaa. Ikut suka hati kamu la jang oii"
"Yeay! Ni sayang ibu ni! Muah bertepek-tepek!"
Mereka dua beranak ketawa setelah Ash membuat gaya ala-ala romeo sedang tackle juliet.
'Haila Ash sayang, ibu will miss u so much my dear', Puan Mazu berkata-kata di dalam hatinya.
--------------------------------------
"Assalamualaikum!", terdengar suara garau seorang lelaki memberi salam. Ash dan ibunya saling berpandangan.
"Ayah!"
"Amboi amboi amboi, rancak eh dua beranak ni kalau dah start berbual. Haa, ni sape je yang kome gosipkan tadi?" Encik Hashim iaitu ayah Ash bertanya seraya Puan Mazu menyalami tangan suaminya itu.
"Hahahaha gosip pasal ayah lah! Kan ibu kan" Ash berkata sambil mengjongket-jongketkan kening kanannya kepada ibunya.
"Ish! Ni mesti korang gosipkan pasal kenapalah ayah kamu ni kacak sangat kan? Dah lah kacak, ada anak yang pandaiiiii sangat bergurau senda kan"
"Eh, ada satu lagi tertinggal yah!"
"Eh, ada lagi?"
"Sure! Ada bini yang super duper cantik, awesome, gojes, memang perghhhh ahh! Kan ibu kaa..."
"Haa, korang kalau dah merepek tu menjadi-jadi eh. Depan pintu masuk ni pun jadi kan? Eii dah dah. Jom masuk dalam. Ibu nak masak. Haa, Ash tolong ibu masak" Puan Mazu memotong percakapan Ash yang makin melalut itu.
Ash dan ayahnya sudah ketawa besar.
"Eiii, pipi ibu merah laaa! Rasanya tadi kita borak-borak je kan bu? Masa bile pulak ibu taruk blusher tu bu?" Ash masih tidak puas menyakat ibunya.
"Ashhhh! P dapur pat!"
"HAHAHAHA! Alaaa, ibuuu. Yela yelaa. Aip aip madam! Muah cikettt!" Ash terus berlari kedapur sambil tergelak-gelak setelah puas menyakat ibunya itu.
"She tells the truth" terdengar satu bisikan di telinga kanan Puan Mazu.
"What?"
"Haha. I love u, sayang" ringkas, tetapi amat bermakna buat si isteri.
"I love u more, Encik hubby" jawab si isteri dengan suara yang cuba dibisikkan juga persis gaya suaminya sebentar tadi.
Tiba-tiba.
"Ibuuuuu! Ayahhhh! Jangan duk buat la sarang semut depan pintu tu. Habislah nanti kami duk kena diabetes haa."
Ash bersuara dari arah dapur. Dia sudah ketawa mengekek disebelah sana.
"Eiii, potong line betul anak sayang sorang ni. Ikut perangai sape la yang nakal sangat tu" kata Encik Hashim sambil berjalan beriringan dengan isterinya kedalam rumah.
"Perangai abang la"
Mereka berdua ketawa sambil memandang satu sama lain. Dalam hati mereka berdua, mereka bersyukur kerana dikurniakan sebuah keluarga yang sangat bahagia, lengkap dengan kehadiran cahaya mata sulungnya, iaitu Ash serta lagi dua anak mereka yang sedang berada di sekolah asrama penuh.
YOU ARE READING
POTRET (In The Making)
Teen FictionAsh seorang perempuan berperangai boyish yang gila kamera. Baginya, setiap gambar yang dirakamnya mempunyai cerita yang tersendiri. Sekeping potret yang masih tersimpan rapi di dalam sebuah kotak miliknya, seringkali membuatkan hatinya terluka apab...