PART4

109 8 1
                                    



Huda's POV

Aku membuka daun pintu apabila terdengar bunyi ketukan dari luar. Mama rupanya. Menyesal pula terus buka pintu tadi.

Mama mengambil tempat di sisiku sambil memerhati tanganku yang ligat membersihkan luka dari tadi.

"Sakit lagi ke? Nak mama tolong sapukan ubat tak?" Aku naik hairan dengan sikap mama yang tiba-tiba mengambil berat.

"Tak apalah ma,dah memang salah Huda berlaku biadap dengan papa. Sendiri buat,sendirilah tanggung."

Suasana kembali sepi. Janggal.

"Huda masih marahkan mama?"

"Tipulah kalau tak marah,Huda nampak dengan mata sendiri. Depan kawan-kawan pula tu. Bukan main lagi mesra dengan orang tua ganyut tak sedar diri tu. Mana Huda nak letak muka ma?"

"Tapi itu hak mama. Huda tak boleh nak ubah pendirian mama kan? Huda minta maaf sebab dah malukan mama depan papa. "Sambungku lagi.

"Tak..Huda tak salah,yang salah mama dan papa. Mama cemburu buta dengan papa. Mama ingat,kalau mama ada skandal..mama dapat cemburukan papa."

"Childish." Aku senyum sinis apabila mendengar pengakuan mama. Memalukan.

"Mama tahu. Memang semua salah mama...."

"Dahlah ma,mama keluar. Huda tak nak dengar apa-apa lagi. Huda malas nak serabutkan kepala." Aku memintas kata-kata mama sebelum jadi lagi meleret dan panjang. Rimas.

Salah tetap salah. Tak guna nak tegakkan benang yang basah. The most important,aku benci dengan alasan-alasan yang tak munasabah. 


Mario's POV

"Hujan lebat pula,menyesal tak bawak kereta tadi. Ini semua sebab nak elak traffic jam punya pasal,leceh betul." 

"Yang kau bercangkung dekat sini dah kenapa Mar? Tak balik lagi?"

"Aku tak tahu nak balik macam mana. Pagi tadi aku datang sini naik motor." Aku menjawab pertanyaan Firash.

"Kau ni ada kereta bukan nak bawak. Biar tercongok dekat halaman rumah."

"Aku nak elak jam pagi tadi,yang kau nak membebel dekat sini dah kenapa?"

"Lain kali bangun awal macam aku ni. Jomlah naik kereta aku,hujan lebat lagi ni. Motor kau tinggal je depan tu."

Firash menyuruh aku masuk ke dalam kereta kancilnya. Aku dah tak fikir panjang,baik aku terima pelawaan dia,kalau hujan tak reda juga..aku yang susah nanti.

"Kereta ni je aku mampu Mar." Firash tiba-tiba bersuara setelah aku meloloskan diri ke dalam perut keretanya.

"Ada juga kereta,lagipun kancil kau ni cantik lagi. Pandai kau jaga Fir."

"Mak ayah aku cuma tinggalkan kereta ni dengan rumah pusaka dekat kampung tu. Aku kena jaga baik-baiklah. Kenangan ni."

"Rumah pusaka?"

"Mak ayah aku dah tak ada Mar."

"Sorry Fir,aku tak tahu."

"Macam mana nak tahu,kita pun baru kenal dua bulan."

"Fir,kita singgah dulu mana-mana gerai,restoran ke..bungkus lauk untuk makan. Aku belanja kau malam ni."

 Aku menukar topik kerana berasa kurang selesa untuk meneruskan perbualan tentang ibu bapa Firash. Bukan apa,aku takut dia sedih. Ya,aku memang seorang rakan yang baik lagikan penyayang. Tak kan aku nak biarkan Firash bersedih kan?


"Serious eh kau nak belanja? Suara Firash berubah menjadi ceria."

"Ada nampak macam aku ni main-main ke?" Aku mengangkat kedua-dua belah keningku. Ala-ala Ziana Zain.

"Ok,aku cari tempat mahal-mahal. Merasa juga aku makanan mahal sebelum gaji."

"Boleh je pergi tempat mahal,tapi bayar asing la."

"Kedekut!"

Lalu,kami pun bergelak sakan apabila gurauan semakin menjadi-jadi,masing-masing bergurau tak ingat dunia.  -_-

"Mar,aku rasa macam nak ambil cuti lah."

"Kenapa?"

"Aku nak balik kampung,bersihkan apa yang patut dekat rumah tu. Dah lama aku tinggalkan rumah,takut lalang makin tinggi. Kalau bukan aku yang bersihkan,siapa lagi nak buat."

"Ouh..berapa hari kau nak cuti ni?"

"Dalam 3 hari. Mungkin bulan depan aku baru apply untuk cuti. Aku nak siapkan semua kerja-kerja yang berlambak dekat office tu."

"Cerita macam nak ambil cuti esok. Hampeh betul kau ni."

"Hehe..aku inform awal je. Mana tahu aku terlupa nak beritahu kau nanti."

"Yelah. Sambung makan. Nanti terus tidur,esok nak kerja lagi. Hujan-hujan maacam ni memang sedap tidur."

"Kau tahu tidur saja,esok lusa badan gemuk gedempol baru tahu."

"Baik sikit mulut,aku setiap pagi bangun awal. Workout dulu baru mandi Aku bukan macam kau,badan keping."

Firash mencebik lalu membuat muka. Poyo si Mario ni.


Huda's POV


Unknown :

Please angkat call I,Huda.

Aku membaca sekilas lalu sahaja mesej yang dihantar oleh seorang stranger. Nombor ini juga yang call aku tanpa henti dari tadi. Apa masalah dia ni? Aku terus menjawab panggilan daripada stranger tadi. Kasi basuh sikit dia ni!

"Kau nak apa hah? Aku kenal kau ke gila?"

"Wooh garang betul,kenapa kau ni? Tak kan tak save contact aku?"

Aku terus tergamam apabila mendengar suara si pemanggil.

"Zack?"

"Ya,ini aku..Zack."

" Kau beritahu aku sekarang,macam mana gambar-gambar bodoh tu boleh sampai dekat rumah aku."

"Gambar? Ouh..maksud kau,gambar kita yang tengah bermadu kasih tu? Memang aku yang hantar ke rumah kau."

"Bermadu kasih? Kau dah hilang akal ke?"

"Tak..aku masih waras,sayang. Kalau aku gila pun. Aku gila sebab kau."

"Pergi mati!"

Aku dapat menangkap hilaian tawa Zack sebelum mematikan talian dengan kasar.

Manusia gila! Serabut aku dibuatnya.

Unknown :

Nanti I datang rumah you ok? Nak berkenalan dengan bakal mertua. Ok sayang,bye. ;)

Arghhhhh!!!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 02, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sesuci Cinta Mualaf.Where stories live. Discover now