TUBUH Ariana tercampak ke tepi jalan. Perit terasa di seluruh tubuhnya. Beg tangan merah jambunya turut tercampak ke tepi.
Ariana bangun perlahan-lahan sambil menahan sakit di badannya. "Huh! Nasib baik tak patah riuk. Hisy... Pedih semacam aje tangan aku ni." Ariana melirikkan mata ke sikunya.
"Alamak, luka... Patutlah pedih." Desisnya lagi. Darah yang mengalir dari luka tersebut agak banyak juga. Dalam sibuk dia membelek-belek luka di tangannya, dia tersedar ada sekujur tubuh sedang menghampirinya.
"Awak okey ke?" Soal lelaki tersebut.
Ariana memandang tajam ke wajah lelaki itu seolah-olah mahu menelan. Hatinya benar-benar membara dengan perasaan marah.
Sedapnya dia tanya aku okey ke tak. Dia ingat best ke apa kena langgar? Dahlah tangan aku luka, beg pulak... Ariana tiba-tiba teringatkan beg tangannya.
"Awak okey ke?" Lelaki itu bertanya lagi setelah melihat Ariana tidak memperdulikan pertanyaannya tadi.
Ariana buat-buat tak dengar.
"Eh, saya tanya ni, awak okey ke tak? Awak ni pekak ke apa, hah?" Jerkah lelaki itu. Panas hatinya apabila pertanyannya tidak dijawab Ariana.
"Hoi, Encik! Sedapnya mulut Encik cakap ehh. Dahlah langgar orang, siap nak jerkah-jerkah pulak." Balas Ariana menyinga.
Huh! Boleh bercakap pun minah ni. Aku ingat bisu tadi. Desis hati Edzuary, lelaki yang melanggar Ariana.
"Dah aku tanya baik-baik kau tak jawab, aku ingat kau tak dengar!" Edzuary membalas sekali. Bahasa pun dah tukar 'aku,kau'. Mungkin kerana Ariana membalas dengan kasar maka dia pun terus membalas dengan cara yang sama.
Ariana pantas menhampiri Edzuary. Dia berdiri betul-betul di hadapan Edzuary sambil bercekak pinggang. Dipandang tepat ke wajah lelaki itu. Namun dia terpaksa mendongak kerana susuk tubuh Edzuary yang tinggi sedangkan dirinya agak rendah, lebih tepat lagi kecil molek orangnya.
Edzuary tidak mahu mengalah. Dia turut memandang tepat ke wajah Ariana. Tiba-tiba dia berasa aneh. Uii, cantiknya budak ni. Bicara hatinya sendiri.
Ariana semakin bengang apabila melihat gelagat Edzuary.
"Wah.. Wah.. Tenung-tenung nampak? Cucuk biji mata tu karang! Ha, tak pasal-pasal buta!" Marah Edzuary sambil jari tangannya mahu mencucuk mata lelaki itu.
Amboi, garang betul minah ni. Tukas hatinya. Hatinya mula panas dengan mulut celopar Ariana.
"Kau ni tak boleh cakap elok-elok ke, hah?" Edzuary turut mula menyinga.
"Ewah, nak suruh aku cakap elok-elok konon. Dah sedap kau langgar aku, nak suruh aku cakap elok-elok. Kau ingat best sangat ke kena langgar, hah?" Balas Ariana, juga garang.
"Aku bukannya sengaja nak langgar kau. Dah nak kena buat macam mana?"
"Dah nak kena buat macam mana?" Ariana mengajuk cara Edzuary bercakap. "Amboi, senangnya kau cakap ehh? Cuba aku pulak langgar kau, baru kau rasa best ke tak. Mata kau letak mana masa bawa kereta?" Sambungnya lagi.
"Woi, aku dah cakap kan aku tak sengaja... Tak sengaja! Kau ni tak faham bahasa ke? Tak sekolah ke?!" Suara Edzuary semakin meninggi.
YOU ARE READING
AWAS KALAU DAH SUKA!!
RomanceKisah Edzuary Safuan dan Ariana Elisya. Sejak pertama kali bertentang mata, bertegang urat adalah perkara biasa dan wajib apabila mereka bertembung. Ariana seorang perempuan cantik bertudung tetapi mulut, ya Tuhan! Mengalahkan machine gun! Setelah d...