EDZUARY terus menghenyakkan punggungnya di atas kerusi pejabatnya. Disandarkan tubuhnya di kerusi. Matanya dijeling seketika pada jam yang tersarung di tangannya.
Hatinya tiba-tiba kembali panas apabila teringat wajah perempuan itu. "Dasar minah sewel!" Hamunnya.
"Kalau aku jumpa lagi, siaplah kau aku kenakan!" Ujarnya lagi menahan geram di dada.
Entah kenapa, dia gerambenar dengan perempuan itu. Mulut comel yang lancang berkata-kata itu membuatkannya sakit hati.
Tiba-tiba ketukan pintu kedengaran. Pantas Edzuary menjawab. "Masuk.."
"Encik Ary, pukul 2:00 petang ni Encik Ary ada meeting dengan Dato' Azfar.."
Edzuary mengangguk. "Okey, thanks Eva.."
Eva merangkap PA Edzuary tersenyum manis. "Sama-sama Encik Ary.." Daun pintu ditutup cermat.
Fikiran Edzuary kembali menerawang. Sumpah ini kali pertama dia jumpa perempuan yang berani gila macam perempuan itu. Selalunya perempuan memang akan mengalah dengan dia. Muka kacak kot.. Takkan tak cair.
Serta-merta daun pintu dikuak dari luar. Sekujur tubuh menghampiri Edzuary. Mahu terperanjat Edzuary dibuatnya. Masuk tak tau nak ketuk pintu!
"Wah.. Jauh termenung?" Perli Edry, kawan baik Edzuary. Kini, punggungnya dihenyakkan di atas kerusi menghadap Edzuary.
Edzuary merengus. "Kau ni boleh tak kalu nak masuk tu, ketuk pintu dulu?" Geram betul dia melihat kawan baiknya itu.
"Heh, sorry bro.. Lepas ni kalau aku nak datang, aku ketuk pintu 10 kali siap diiringi PA kau.. Amacam?" Selamba Edry bergurau di hadapan Edzuary. Dilihat raut wajah temannya itu, dia dah agak.. Ini mesti tengah stress.
Edzuary tersengih senget. "Perli nampak?"
"Takdelah.. Ha, kau ni kenapa jauh sangat aku tengok mengelamun?" Soal Edry ingin tahu.
Edzuary membuang pandangan ke arah luar tingkap pejabatnya sebelum menjawab soalan Edry. Satu keluhan dilepaskan. "Kau tau tak? Masa aku balik lepas lunch tadi, aku terlanggar minah sewel. Huh! Geram betul aku!" Marah Edzuary.
Edry yang mendengar terus tergelak. Sakit betul hati Edzuary bila tengok kawannya itu tergelak-gelak. Aku ada buat lawak jenaka ke? Desis hatinya. "Hey, aku serious ni!" Edzuary sudah ketuk meja.
Terus termati gelak Edry. "Okey, okey.. Ni apesal kau cakap dia sewel ahh?" Rasa kelakar bila Edzuary menggelar gadis itu 'sewel'. Sempat lagi Edry tersengih-sengih menahan tawa.
"Memang padanlah dengan dia. Orang tanya baik-baik, dia balas kasar-kasar. Eee! Memang sewellah minah tu!" Edzuary mendengus geram. Tidak semena-mena fail di mejanya dihempas.
"Woo, rileks bro.. Alah, biasalah tu. Dia tu kan pompuan. Mungkin kau langgar dia masa dia datang bulan kot? Sebab tu garang giler." Balas Edry bagi menenangkan Edzuary. Kemudian Edry tersengih.
Edzuary makin bengang. "Dah lah, kau tak payah nak cover dia sangat! Kau ni kawan aku ke, kawan dia?"
"Dah sahlah aku kawan kau." Edry menyilangkan kedua belah tangannya di dada. Terpaksa juga dia melayan karenah Edzuary.
"Ha, aku nak tanya ni. Pompuan tu ada cedera tak?" Sambung Edry lagi. Bukan dia tak tahu perangai Edzuary, bawa kereta mengalahkan F1!
Serta-merta Edzuary menelan liur. Aduh, macam mana ni? Macam mana aku boleh lupa yang minah tu cedera hah? Mungkin kerana dia sibuk bertekak dengan Ariana membuatkannya terlupa bahawa gadis itu cedera. Rasa bersalah timbul dalam hati Edzuary.
YOU ARE READING
AWAS KALAU DAH SUKA!!
Любовные романыKisah Edzuary Safuan dan Ariana Elisya. Sejak pertama kali bertentang mata, bertegang urat adalah perkara biasa dan wajib apabila mereka bertembung. Ariana seorang perempuan cantik bertudung tetapi mulut, ya Tuhan! Mengalahkan machine gun! Setelah d...