|| LONELY ||
°°greentaebearJuniel mula melangkah masuk ke kawasan sekolah,hari yang akan sentiasa melaluinya.
Seperti biasa,rutin hariannya bila disekolah hanya menumpukan pelajaran dan tamat sahaja dia akan balik ke rumah.
Tiada apa yang boleh membuatkan dirinya bahagia mahu pun sentiasa tersenyum,baginya itu sudah mati dalam kehidupan.
Sampai sahaja di dalam kelas,juniel hanya membiarkan sesetengah pelajar memandangnya.
Pungguh dilabuhkan dan membuka bag untuk mengeluarkan buku,hanya buku sahaja penemannya.
Semua pelajar bangkit dari tempat duduk apabila cikgu taehyung mula masuk ke dalam kelas,apabila selesai memberi ucapan semua pelajar kembali duduk.
"Baiklah semua,hari ini kita akan buat satu kumpulan dan awak semua boleh pilih pasangan masing² dan setiap pelajar dibenarkan 2 ahli sahaja"
Semua pelajar di dalam kelas itu mula mencari pasangan masing² tapi tidak bagi juniel,hanya dia seorang sahaja yang tidak mempunyai pasangan.
"Juniel?Awak takde pasangan?"
Juniel hanya menggeleng dan semua pelajar di dalam kelas itu memandangnya,ada juga sedang berbisik² dan ada juga memandang kosong padanya.
Taehyung menghampiri juniel dan berdiri di depan meja gadis itu,satu senyuman ikhlas diberikan.
"Takpe kalau macam tu awak pasangan dengan saya"
Juniel hanya menurut dan wajahnya ditundukkan,kedua tangannya digenggam erat dibawah meja.
Setelah selesai membuat experiment,sesetengah pelajar mula meminta kebenaran untuk pergi ke tandas mencuci tangan.
Juniel diarahkan untuk mengangkat peralatan kembali diletakkan ke dalam makmal,kerana terlampau banyak taehyung menolong juniel.
Waktu sains sudah pun tamat dan sekarang itu mula subjek lain,juniel segera meletakkan peralatan itu ke tempat asal di dalam makmal.
Taehyung hanya memerhatikan tingkah juniel yang seperti tergesa² menyusun,perlahan taehyung menghampiri juniel.
"Awak letak jek peralatan dekat sini,nanti saya mintak pembantu makmal yang uruskan"
"B..bbaik cikgu.."
Langkah gadis itu mula keluar dari makmal dan pantas menuju ke kelas,melihat cikgu jihyo sudah berada di kelas perlahan pintu diketuk dan juniel masuk ke dalam kelas.
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat tiba,semua pelajar mula berpusu² keluar dari kelas.
Roti yang berada di bawah mejannya diambil dan mengatur langkah keluar dari kelas,sedang juniel berjalan menuju ke tangga naik ke rooftop.Tubuhnya dilanggar dengan sengaja dan roti yang dipegangnya jatuh.
Tangannya memegang bahu yang terasa amat sakit,dia memandang roti yang sudah penyek dipijak pelajar lelaki tadi.
Badannya direndahkan sedikit untuk mengambil kembali roti tersebut tapi saat dia ingin mengbil,satu tangan menghalang juniel untuk mengambil.
YOU ARE READING
LONELY | KTH
De TodoDia tidak mempunyai keluarga dan tidak mempunyai kawan. Dia merasakan hanya dirinya sahaja yang berada di dunia. Dia tak suka bergaul mahu pun berkawan dengan sesiapa. Dia bukan sombong. Dia bukan gila. Dia cuma kesepian tanpa ahli keluarga. Dia mah...