---
Tangan aku masih lagi berpaut pada batu sungai. Semakin lama , pegangan aku padanya kian longgar. Dengan keadaan arus sungai yang deras sebegitu , mana mungkin aku mampu bertahan dengan lebih lama lagi.
"Yooin!!"
Aku mendongak , perlahan-lahan membuka mata aku. Seperti yang aku harapkan , Hanbin datang untuk memberikan bantuannya.
Oleh kerana air sungai ini semakin dalam , Hanbin tentunya tak dapat terjun ke dalam air untuk selamatkan aku.
Tangan Hanbin didepakan. Sebelah tangannya kini berpaut pada dahan pokok yang agak tebal. Aku tak dapat bertahan lebih lama. Semua ni betul-betul memenatkan aku.
"Capai tangan saya , cepat!!"
Bunyi air sungai yang ternyata lebih kuat itu hampir menenggelamkan suara Hanbin.
Tapi syukurlah aku masih lagi mampu mendengar arahan dia. Cuma yang jadi masalahnya sekarang , aku tak yakin aku boleh capai tangan Hanbin tu.
Air sungai mula memasuki rongga mulut dan hidung aku. Membuatkan salur tekak aku terasa perit.
Aku terbatuk-batuk , masih lagi teragak-agak untuk bertindak. Kalau aku capai tangan dia , aku akan timbulkan lebih banyak masalah. Hanbin mungkin akan tergelincir dari situ.
Dan aku taknak itu berlaku.
"Yooin!! Cepatlah!!"
Tapi walau macam mana sekalipun , keadaan ni semakin memaksa aku.
"Saya tak boleh!!"
Aku rasa macam nak menangis. Makin banyak air yang masuk ke dalam rongga hidung aku.
Mata aku dipejam rapat , cuba untuk berfikir dengan rasional. Walaupun fikiran aku kusut masa tu , aku tetap beranikan diri untuk melepaskan batu sungai tu.
Aku menyangka usaha Hanbin ni mungkin takkan berjaya. Tapi aku silap. Hanbin cuba menarik tangan aku. Namun air sungai yang deras ni sepertinya mahu menghanyutkan aku pergi.
Nafas aku semakin sesak. Dada aku terasa sakit. Paru-paru aku turut dirasakan seperti telah dimasuki air. Mata aku hampir tertutup rapat. Dengan usahanya , aku ditarik keluar dari air deras itu.
Badan aku dirasakan begitu ringan , seolah-olah telah dibawa ke permukaan.
"Y-Yooin.. bertahanlah.."
Aku paksa diri untuk membuka mata. Hanbin .... dia dah ada di depan mata aku. Arus sungai hampir mematahkan usaha Hanbin untuk membawa aku ke tebing. Mujurlah dia juga selamat.
Kini Hanbin menindih badan aku. Kami berdua turut sama kehilangan nafas. Air mata aku mula mengalir tanpa sedar. Wajah ditoleh ke tempat lain.
"Yooin..."
"Kenapa awak bahayakan diri awak semata-mata untuk saya? Awak tak terfikir nak terus hidup ke?"
Makin laju air mata aku mengalir. Aku kemam bibir , cuba untuk menahan diri aku dari menangis lebih teruk.
"Masih ramai lagi orang yang sayangkan awak.. Tapi saya? Semua orang benci saya. Kalau awak tak buat keputusan bodoh ni , tentu mereka boleh lupakan kesilapan saya yang lepas. Tapi tengoklah sekarang , makin awak cuba berkorban untuk saya , makin ramai orang yang akan bencikan saya. Kalau saya mati , agaknya baru mereka akan berhenti bercakap pasal keburukan saya."
"Yooin.. janganlah cakap macam tu.."
"Berhentilah buat saya rasa bersalah , Hanbin.."
"Yooin.. saya tak tahu macam mana saya nak hidup tanpa awak. Jadi biarlah apa pun yang terjadi pada saya. Awak tahu tak sebab apa saya selamatkan awak? Semuanya sebab awak , Yooin. Awaklah penyebab saya jadi macam ni. Awak patut bersyukur , saya sayang awak lebih dari diri saya sendiri!"
Aku terkedu. Hanbin... tak pernah tinggikan suara macam ni. Raut wajahnya berubah lagi.
"You know how much I love you.. right?"
Aku memalingkan kepala. Ibu jari Hanbin menyeka lembut air mata aku.
"Yes I do. Hanbinㅡ I'm sorry.."
Hanbin mengucup bibir aku , lembut.
"No need to be sorry... I'll do anything to make sure that.. you're happy..."
---
[ Chapter 37 - Dying ]
YOU ARE READING
Kissable [ MalayFic ] ✓
RomansaTidak pernah aku lihat bibirnya merekah. Malahan , bibir dia nampak gebu pada pandangan aku. Bibir itu juga sentiasa kelihatan lembap , walaupun dalam cuaca sejuk ㅡ membuatkan aku teringin untuk merasainya. || 김한빈 ft. 문유인 || ( Untuk versi yang tela...