Lee Hyera.
Siapa tak kenal? Seorang wattpader yang berjaya dan disanjungi. Dengan pengikutnya yang mencecah 19 juta, buku buku yang ditulisnya selalu menjadi #top1 viral list dan tiada cacat cela juga boleh dikatakan PERFECT la! Terbaik!
Dia diminati kerana buku bukunya bermutu dan memang tak rugi kalau baca. Dan satu lagi...
...dia tak pernah ada kesalahan ayat mahupun ejaan di dalam ceritanya.
So, what you give you get back, right?
Sebagai balasannya, buku bukunya mempunyai viewers lebih daripada 100 juta.
Bukan tu saja. Dia juga dikenali ramai di instagram, twitter, snapchat, youtube dan boleh dikatakan dia amat terkenal di semua laman sosial yang dia ada.
Dan bukan tu saja,
dia juga popular di sekolahnya.
Wajahnya yang cantik. Dengan sikapnya yang lembut dan peramah.
Fuh!
Pakej LENGKAP!
Siapa taknak?
~
Klink!
"Done!" Dia menghembuskan nafas leganya. Sebuah lagi bahagian ceritanya sudah diterbitkan.
Jadi, sekarang...
...hanya perlu tunggu komen pembaca setianya.
Hyera tersenyum sambil tangannya ligat menscroll feeds penulis pujaannya, Martinloveme. Atau nama sebenarnya, Jane.
Penulis terhot bagi edisi bahasa english dan mempunyai viewers lebih daripada 999 juta.
Percaya tak?
Tapi ini kenyataannya.
Hyera mengeluh lalu menutup laptopnya. Dia berjalan ke katil lalu membaringkan tubuhnya.
Memang cita citanya.
Jadi terkenal.
Dan dia dah capai cita citanya.
Rasanya macam dah dapat segalanya.
Matanya perlahan dikatup dan akhirnya dia terlena dibuai mimpi.
~
KLINK!
"Dia dah update?" Seorang gadis dengan rambut perang kehitaman segera menekan noti yang tertera pada skrin komputernya.
Setiap bait ayat dibaca dengan tekun dan diteliti habis dan akhirnya dia mengeluh lega.
"Heh, kejatuhan kau bakal menjelma." Senyuman sinis terukir di bibirnya sambil tangannya ligat mengawal tetikus komputernya meng'highlight' sebaris ayat yang dirasakan 'perfect'.
"Lee Hyera. Kita tengok, sampai bila kau boleh jadi popular."
Klik!
Sekali lagi, dia tersenyum sinis.
~
"Hai, semua!" Hyera menyapa mesra. Senyuman lebarnya menghiasi wajah.
>sunyi<
Eh? Dah kenapa ni? Selalunya cepat je balas.
Senyuman Hyera pudar sedikit demi sedikit. Terasa kekok apabila sapaannya tidak terbalas.
Hyera menunduk hormat lalu berjalan ke tempat duduknya.
Tak guna korang.
Tunggu aku balas nanti.
Sorang sorang aku palau.
Dia mengeluh sambil membebel di dalam hatinya.
"Hyera." Dia pantas menoleh dengan senyuman. Ya, itu yang penting! Senyuman!
"Kenapa nak kena cium lipas dengan rakus pulak?" Gadis berambut perang, Mirae, bertanya.
Eh? Lipas?
"Pahal nak cium lipas pulak? Ei, kau tak geli ke?!" Hyera membuat muka geli.
Lipas suka bajet macam butterfly, terbang sana sini. Dan buat rumah orang macam taman bunganya. Tapi dia tak sedar yang dia sebenarnya dah transform dari lipas ke babi. Ya. Binatang mughalazah tu haruslah dijauhi juga seangkatannya.
"Eh? Kami taknak cium lipas." Nana menyampuk dari jauh.
"Kami tak ada bela lipas." Mei pulak nak cari pasal.
"Lainlah kau kan, Hyera?" Jia berkata sinis.
Seisi kelas ketawa.
Hyera bingung. Sebelah keningnya diangkat tanda masih tertanya tanya.
Kejap. Dah kenapa tetiba lipas ni?
"Eh, guys, dia mesti tak perasan. Maklumlah. Kan PERFECT sangat. So, lepas tulis terus publish. Ye, tak?" Ayien bersilang tangan sambil merenung Hyera sinis.
Eh? Maksud kau?
"Tengok ni, sayang." Minjae berkata dengan nada menyindir lalu menghulurkan telefon bimbitnya ke arah Hyera.
Hyera fokus.
Eh? Ni story aku. Kan?
"Baca yang aku highlight tu." Sekali lagi Minjae berkata.
Hyera sekali lagi fokus.
Eh? Apa masalahnya dengan part ni? Betullah aku tulis.
'Taehyung mara ke hadapanku. Melihat jauh kedalam mataku. Aku menghampirinya. Pipinya aku sentuh dan semakin ku bawa wajahku hampir dengannya. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Aku mencium lipa-'
Okay wait a minute.
Kenapa aku rasa macam ada yang tak kena?
Hyera sekali lagi membaca ayat itu.
'-lipasnya dengan rakus.'
Ehhhhhhhhhhh???!!!!!
Aku TYPOOOO??!!
Hyera tergamam.
"Dah baca?" Minjae mengambil semula telefon bimbitnya sambil tersengih.
"Wah, lepas ni kita jangan cium lips. Kita cium lipas." Mei berkata sinis membuatkan seisi kelas ketawa.
Hyera tertunduk.
"Eh, Hyera. Ratu laman sosial. Rasanya kau kena tarik balik gelaran tu, kan?" Myungjoo berkata sambil bermain dengan rambut Hyera.
"Betul tu. Macam yang kau cakap sebelum ni, takkan ada orang boleh lawan kau sebab kau perfect. Ahahahah!" Nana menyindir padat.
Eh? Bila masa aku kata macam tu?!
Krekkk!
Hyera bangun. Masih tertunduk.
"Apa...APA YANG HINANYA DENGAN SATU TYPO TU JE HAHHHHHHH?!!"
BANG!
Mejanya terbalik.
"Yahhh!" Seisi kelas terkejut dengan tindakan itu.
"Kalau setakat typo kecil macam tu, ramai perasan...
...KORANG TAK PERASAN KE BETAPA FAMOUSNYA AKU BERBANDING KORANG? HAH?"
Hyera berkata dengan nada hipokrit. Sambil tersenyum sinis dan matanya dikecilkan.
Haa hambik! Jangan main main dengan RATU HYERA LA! Aku satu dalam setrillion kau tahu apa?!
"You, my bestfriend..." Hyera menunding ke arah Mei. "...you, you and ALL OF YOU! PLEASE GO DIE!"
DIE
e
e
e
e
e
YOU ARE READING
[OG] TYPO | JJK
FanfictionTypo. Apa salah typo? Kau tahu tak typo ni perfectionist? -------------------------- Tapi tidak kepada dia. Seorang gadis yang dikenali ramai di laman sosial. Mendapat berjuta pengikut. Diiktiraf sebagai penulis terbaik atas talian, wattpad. Hasil k...