61

3.8K 243 27
                                    

Zafriel Adrian menunggang motorsikalnya pulang ke rumah. Dia ingin menukar bajunya yang sudah berbau asap itu. Setibanya di rumah, dia melihat abinya telah bersiap untuk keluar.

"Abi." Dia menyalam tangan orang tuanya itu.

"Ha, baru balik? Abi dengan umi nak pergi hospital. Zafrina beritahu, sekolah kamu terbakar. Irah cedera dan dimasukkan ke hospital. Katanya lagi, kamu ikut cikgu ke hospital. Macam mana keadaan dia?" Soal Haji Umar setelah menceritakan kembali hal SMTI terbakar itu.

Zafriel Adrian menjungkitkan bahu. "Entahlah abi. Sebelum Zaff ikut cikgu balik ke sekolah tadi, dia masih dalam wad pembedahan."

Haji Umar mengeluh kecil. Di dalam hatinya tidak putus-putus berdoa agar anak kawannya itu selamat.

"Zaff ikut, abi. Tapi Zaff nak tukar baju kejap."

"Ha, cepat sikit. Umi kamu tu bila-bila aje dah siap."

Zafriel Adrian terus masuk ke dalam biliknya.

___________________

Di hospital, Zafriel Adrian sekeluarga terus ke wad tempat Iman Nadhirah ditempatkan. Di dalam wad, kelihatan Puan Sri Ilyana sedang menangis di sisi anak gadisnya yang sedang koma. Iman Nadzir hanya memerhati ibunya. Dia kemudiannya menyalam Haji Umar sebaik sahaja mereka masuk ke dalam wad.

Zafriel Adrian berdiri di sebelah kawannya. Matanya tidak lepas dari memandang Iman Nadhirah yang terlantar di atas katil. Kepalanya yang dilitupi tudung sarung hitam berbalut.

"Apa doktor cakap?" Soal lelaki itu bertanyakan tentang tunangnya.

Iman Nadzir menunduk. Kakinya menguis lantai hospital. Dia menghela nafas panjang. "Doktor cakap kepalanya ditimpa sesuatu yang menyebabkan dia pengsan. Keadaannya dah stabil tapi dia koma. Doktor sendiri tak pasti berapa lama dia akan koma."

Kening Iman Nadzir berkerut. "Aku risaulah. Dia tu dahlah nak exam tiga bulan lagi. Ujian bertutur BI pun tak start lagi. Nasib baik kerja khusus dah habis. Dengan dia tak sedar lagi ni."

Zafriel Adrian hanya diam. Ada betul juga kata-kata lelaki itu. Bibirnya diketap perlahan. "Nadz, aku ada hal penting nak beritahu. Tapi kita tak boleh cakap kat sini."

Iman Nadzir memandang Zafriel Adrian pelik. Zafriel Adrian kemudiannya keluar dari wad. Iman Nadzir mengekori lelaki itu.

Tak siapa pun menyedari kepergian mereka kecuali Zafrina. Zafrina pelik melihat kedua-dua lelaki itu keluar. Dia pun ikut keluar mengekor dari jauh.

Tiba di suatu tempat, Zafrina menyorok di balik pokok mencuri dengar perbualan abangnya bersama dengan kawan baiknya.

"Aku dah tahu macam mana sekolah terbakar." Zafriel Adrian memulakan bicara.

Wajah Iman Nadzir berkerut. Di dalam hatinya tertanya-tanya akan berita yang baru didengarinya.

Zafriel Adrian pun menceritakan semua yang maklumat yang telah dia perolehi sebentar tadi.

Iman Nadzir mengangguk faham. Cuma satu perkara yang dia masih tidak mengerti sehingga kini. Apa masalah Zaara tu sampai mahu berdendam dengan adiknya?

Zafrina ya.g masih menyembunyikan diri tergeleng kecil. Apa nak jadilah dengan Kak Zaara tu? Tak habis-habis buat masalah! Mula-mula majalah, lepas tu, hari sukan, sekarang, rumah hantu? Lepas ni apa? Membunuh pula?

"Malam ni aku jaga Irah sebab aku kesiankan mak ayah aku. Dia orang mesti penat baru balik dari Seremban, rumah mak long aku tu. Haih, satu-satu masalah menimpa adik aku." Iman Nadzir mengeluh.

Zafriel Adrian menggeleng. "Tak baik mengeluh. Mungkin dah takdir adik kau diuji begitu. Ermm... boleh tak aku jaga sekali? Aku masih rasa bersalah pasal tadi." Dia meminta izin dengab rasa teragak-agak.

Iman Nadzir senyum. Dia tahu kawannya itu akat menyayangi adiknya. "Tentulah boleh. Tapi kau kenalah beritahu mak ayah kau dulu. Nanti mereka risau pula."

Zafriel Adrian mengangguk.

___________

Tiga minggu sudah berlalu. Iman Nadhirah masih tidak sedarkan diri. Setiap malam Zafriel Adrian mengambil tugas menjaga gadis itu di wad sementara Puan Sri Ilyana mengambil alih menjaga anaknya waktu pagi. Iman Nadzir pula menjaga pada waktu tengah hari sehingga petang.

Zafriel Adrian duduk di sisi katil tunang dalam diamnya. Dia menongkat kepala dengan tangan kirinya. Matanya memandang wajah Iman Nadhirah yang nyenyak itu.

"Nadhirah, bangunlah. Dah lama sangat kau tidur ni. Jealous pulak aku tengok kau nyenyak tidur. Siap ada orang jaga lagi." Zafriel Adrian tersenyum kecil.

"Wei, janganlah tidur lagi. Aku sunyi tau tak? Dah takde siapa nak aku cari gaduh, usik. Aku rindu nak dengar suara kau. Aku... aku rindu nak dibuli oleh kau. Aku rindu nak gaduh dengan kau. Aku rindu nak melayan perangai gila-gila kau, kaki merepek. Aku rindu semuanya, Iman Nadhirah." Perlahan air mata lelakinya jatuh.

"Kau ingat lagi tak, aku pernah kenakan kau. Pakai topeng takutkan kau tu? Bukanain lagi kau nangis, kan? Hahaha..." kedengaran hambar tawa yang diletuskan.

"Jujur aku kata, aku sayang kau dulu kini dan selamanya. Ingat tak, kau pernah tanya aku anggap kau macam mana?" Zafriel Adrian mengulum senyuman kecil. Mengingat kembali bagaimana rupa Iman Nadhirah setelah mengetahui dia hanya 'adik' di mata Zafriel Adrian.

"Aku tipu kau. Aku anggap kau lebih daripada semuanya. Aku sayang kau lebih daripada seorang adik, seorang kawan, seorang musuh. Kau tahu tak, bila aku dapat tahu kau hilang dan kau ikut kawan-kawan kau ke rumah hantu, aku resah. Aku tak tunggu apa-apa, aku terus naik. Satu aje dalam fikiran aku. Aku nak kau selamat."

Air mata yang semakin banyak menitis diseka perlahan. "Tolong jangan tinggalkan aku, Nadhirah. Cukuplah sekali kau tinggalkan aku. Cukup perit rasa hati aku. Setiap hari aku datang rumah kau. Dengan harapan kau akan pulang. Tapi kau datang-datang pun."

Nafas dihela. "Sampai satu masa, aku putus harap. Aku tahu kau takkan datang lagi. Sakit untuk ditelan tapi itulah hakikatnya."

"Bila kali pertama aku jumpa kau tiga tahun lepas. Aku tahu. Kaulah Nadhirah, orang yang selama ni aku tunggu. Tapi rasa hampa, kecewa bertimpa-timpa bila kau tak ingat siapa aku. Walaupin rasa kecewa, tapi aku bahagia bila kau selalu buat kacau waktu aku bertugas. Rasa pelik. Tapi aku tak kisah asalkan kau masih sudi bercakap walaupun dalam keadaan bergaduh."

"Aku sayang kau, Nadhirah. Jangan tinggalkan aku," rintih Zafriel Adrian sebelum menyembamkan muka ke atas katil. Tidak lama kemudian suara tangisan kecil kedengaran.

Tanpa dia sedari, setitis air mata hangat jatuh membasahi pipi Iman Nadhirah yang masih dalam keadaan koma.



✩✩✩✩✩

Done! Penat kerah otak mencari idea. Memang nak tulis tapi takde mood. Hajatnya nak menulis Ahad yang lepas tapi mood dan idea tak datang seiring. Lepas tu, bila dah ada mood internet pulak takdo. Idea pulak hilang. Dugaan... dugaan...

Semalam nak menulis, wattpad pulak buat hal. Cerita dekat works hilang. Kuang ajaq betui! Sampai ada rasa nak baling henpon je. Nasib aku beringat aku ni tak kaya nak beli henpon baru. Kalau dicampak mau bertahun korang kena tunggu.

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now