Ap.. apa salah aku sampai jadi macam ni?Tanganku digenggam erat oleh lelaki yang tidak aku kenali. Keadaan di sekeliling pula gelap dan sunyi sepi. Aku berasa seram dan mula menggigil. Mungkin inilah balasanku kerana datang ke rumah orang tanpa memberitahu tuan rumah.
12 jam sebelumnya...
Yosh! Hari yang dinanti nantikan dah tiba! Aku, Atikah gadis yang baru sahaja masuk ke alam dewasa, berlepas untuk ke rumah abangnya. Hehe aku dah berjaya memasuki universiti elite iaitu universiti dimana abang aku sedang belajar. Atas alasan ini, aku berjaya memujuk ibu bapaku untuk membenarkan aku tinggal serumah dengan abangku. Hehe...
"Kakak, dah bersiap ke belum? Penat ayah kau tunggu lama dekat kereta tu!"
"Belum! Tunggu jap. Lagi 5 minit kakak siap."
Setelah memastikan semua barang yang ingin dibawa dimasukkan dalam beg, aku turun ke bawah untuk berjumpa ibuku lalu menyalaminya.
"Ermm, kakak nak tinggal rumah abang ni, dah bagitau abang belum?"
"Hehe, belum. Kakak fikir, nak bagi surprise kat dia."
"Haha, yela... anak ibu ni rajin sangat surprise orang sana sini. Hati hati tau. Nanti dekat rumah abang kena berdikari. Abang busy. Jangan selalu susahkan abang. Lepastu, dekat universiti nanti... jangan sibuk nak bercinta lak. Belajar betul betul."
"Baik, ibu."
Aku mengucup pipi ibu sebagai tanda salam selamat tinggal daripadaku.
"Lagi satu, kalau kakak ada masalah... cepat cepat call ibu tau. Bahaya dunia kat luar tu."
"Ye, ibu. Bye."
Aku membuat 'wink' ^_< kepada ibuku untuk membuat hatinya lebih tenang. Aku tau betapa susahnya ibu untuk melepaskan aku pergi memandangkan aku satu satunya anaknya yang tinggal bersamanya. Namun, aku membesar. Satu hari nanti dia pasti perlu lepaskan aku pergi juga.
Aku memasuki kereta setelah memasukkan semua beg dalam boot kereta. Ayah memandu kereta dengan tenang sekali. Perjalanan dari rumahku ke rumah abangku mengambil masa 4 jam. Aku tertidur sepanjang perjalanan kerana berasa bosan yang teramat.
12 tengah hari. Depan rumah abang.
Aku turun dari kereta lalu berdiri di depan rumah abang. Aku memerhati sekeliling. Aku menekan loceng berkali kali. Kelihatan seperti tiada orang dalam rumah.
"Kakak bawak tak kunci rumah abang?"
"Bawak."
Aku membuka pintu pagar lalu membantu ayah menurunkan semua beg daripada kereta.
"Nak ayah tunggu sampai abang balik tak?"
"Takpelah, ayah. Lagipun, kakak nak buat surprise kan?"
"Oh, ok. Kalau macamtu, ayah balik dulu lah. Kalau ada apa apa hal, call je ayah. Ayah akan datang secepat mungkin."
"Haha, tak payah risaulah ayah. Kakak pandai jaga diri."
Setelah bersalam, ayah pun pergi. Aku berfikir banyak kali. Boleh ke, aku main masuk je rumah abang? Perlu ke aku call abang? Tapi, bukan ke masa abang bagi kunci kat aku dia kata aku boleh datang bila bila masa je. Jadi, tak salah lah kan aku masuk rumah dia?
Lagipun, bukan ke lagi senang untuk aku lakukan penyiasatan bila abang takde kat rumah? Aku nak tinggal di rumah abang bukan untuk suka suka tau. Aku ada dengar rumor yang mengatakan abang aku gay. Jadi, aku datang untuk lihat sendiri dengan mata aku sama ada rumor itu betul tak. Bukannya aku tak percayakan dia... tapi salah satu cara untuk menyelesaikan salah faham adalah dengan melihat semua dengan mata sendiri.. betul tak?
YOU ARE READING
Milikku Seorang
RomanceAtikah ke rumah abangnya setelah mendapat tahu abangnya gay. Tiba sahaja di rumah abangnya Atikah terjumpa dengan lelaki yang mengaku dirinya kawan abang Atikah. Adakah dia kawan atau lebih?