Amir POV
"Kau nak apa, hah? Corner aku kat dinding tak sudah."
"Kau cantik lah malam ni."
"Hah? Apa kau cakap? Telinga aku rosak ke?"
Aku bermain dengan rambutnya seketika.
"Woii! Kau dah gila ke?"
Aku dilempang sekuat hati. Apahal budak kecik ni nak pukul pukul orang pulak. Aku marah namun aku tersedar ini semua salah aku maka aku tak membalasnya.
"Ehh, korang buat apa kat koridor? Cepatla masuk tidur. Amir, jom tidur."
"Okay."
Aku pun memasuki bilikku setelah dipanggil Azim. Aku dapat melihat perempuan tu menggedik dengan lirikan mataku sebelum masuk bilik. Fikir lain lah tu. Setelah memakai baju, aku lihat katilku habis dimonopoli oleh Azim seorang. Hmm, takde cara lain. Aku tidur kat sofa ruang tamu jela.
Alang alang aku tidur di ruang tamu, aku membawa cd movie seram yg dibeli pagi tadi. Bolehla aku membuang masa menonton tv sebelum tidur. Aku mengambil popcorn di dapur lalu memasang cd. Setelah selesai, aku pun baring di atas sofa.
Movie pun bermula dan mataku sudah pun mula mengantuk. Tetapi mataku menjadi segar semula apabila seseorang menegurku dari belakang. Aik? Baru 2 minit aku tengok movie takkan dah ada hantu kacau aku?
"Wei, kau tengok cerita apa tu?"
Oh Atikah rupanya. Aku bangun dari baringanku dan duduk di bahagian tepi sofa.
"Movie Dark Ghost. Ni cerita seram tau. Kalau kau takut hantu baik kau tidur sana."
Lagi sekali penulis main hentam je nama movie.
"Aku tak takut hantulah!"
Atikah pun duduk di sebelah aku.
"Kau nak tengok jugak ke? Whatever lah."
Tak lama kemudian aku dapat rasakan sesuatu di bahu aku. Takkan la hantu kat tv tu tetiba muncul sebelah aku? Aku memandang sebelah. La, kepala Atikah rupanya. Cepatnya budak ni dah tidur. Takut lah tu. Aku terus menonton televisyen tanpa menghiraukan Atikah yang tertidur. Tak lama kemudian, aku pun terlena.
Esoknya...
"Amir! Kau kat mana? Kau tak tidur dalam bilik ke malam tadi?"
Aku terbangun dari tidurku setelah terdengar jeritan Azim. Aku merasakan ada sesuatu yang berat menimpa badan aku. Apa ni? Atikah? Buat apa dia tidur atas aku? Sejak bila aku terbaring kat sofa ni? Apa apa pun baik aku bangun sebelum Azim nampak aku dengan adik kesayangan dia ni.
"What The Hell!!! Amir! Kau buat apa dengan adik aku!!!"
Kantoi. Matilah aku.
"Aku tak buat apa apa lah. Tolong aku alihkan adik kau ni."
Azim membantu aku mengalihkan Atikah dan aku bersedia untuk pergi. Namun ada satu suara yang membuatkanku berhenti bergerak.
"Abang... abang tau tak.. malam tadi.. adik mimpi indah.."
"Iye? Adik mimpi apa?"
Aku berjalan semula tapi terhenti apabila Atikah menuding jari kearahku. Apahal dengan budak ni? Nak cari gaduh ke?
"Adik kena kejar dengan hantu, lepastu ada lelaki muka macam dia selamatkan adik."
"Adik yakin yang selamatkan adik tu dia? Bukan abang?"
YOU ARE READING
Milikku Seorang
RomanceAtikah ke rumah abangnya setelah mendapat tahu abangnya gay. Tiba sahaja di rumah abangnya Atikah terjumpa dengan lelaki yang mengaku dirinya kawan abang Atikah. Adakah dia kawan atau lebih?