"ah mereka bukan sesapa"
Pada asalnya aku tak kesah,
Pada mula aku tak endah.
Dipagi hari,
Aku dipaksa untuk berdiri,
Menghadiri sebuah institusi,
Demi menyahut seruan ilahi.
Setibanya,
Ku lihat pelbagai ragam manusia,
Ada yang gembira bagai melihat syurga,
Ada yang berduka seakan didepannya penjara.
Hatiku sedikit hiba,
Meninggal bonda tercinta,
Namun selebihnya pada saat itu,
Hanyalah kekosongan menyelaputi kalbu.
Kian lama aku bersama mereka
Aku semakin mengenali mereka
Walau tidak keseluruhannya
Sudah cukup untuk aku sayangi mereka