Baru-baru ini, kecoh alam maya dengan kesalahan siber buli yang telah berlaku terhadap public figure terkenal juga seorang ahli belia negara; Arlina Banana. Arlina Banana atau lebih dikenali sebagai Arlina merupakan seorang penggerak kepada aktiviti-aktiviti yang bermotif untuk menyebarkan rasa-rasa positif kepada khalayak seperti My Date with A Book dan Glass of Hope telah dibuli menerusi akaun Twitternya. Dengan kondisinya yang mempunyai penyakit BPD atau Borderline Personality Disorder (satu penyakit yang amat serius dimana para pesakit akan mempunyai emosi yang tidak stabil dan sikap yang kurang waras), beliau telah memuat naik satu status di akaun Twitternya dimana, dia akan membunuh diri kerana buli siber yang melampau telah berlaku terhadap dirinya. Beliau juga telah menutup akaun Twitter tersebut setelah memuat naik status tersebut.
Lebih mengecewakan, netizen tidak memandang perkara tersebut sebagai satu situasi yang serius dengan keadaan Arlina yang sedemikian malah, mereka lebih mengapi-apikan keadaan dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang berbaur pedas dan menyentuh sensitiviti.
Depresi yang telah berlaku terhadap public figure ini amatlah menjadi perhatian ramai apabila dia sendiri telah memberitahu netizen tentang penyakit BPD yang dialaminya yang berpunca daripada depresi. Maka, eloklah untuk kita memahami dan mendalami definisi sebenar perkataan depresi.
Menurut Rice PL (1992), depresi adalah gangguan mood, kondisi emosi berpanjangan yang mewarnai seluruh proses mental (berfikir, perasaan dan perilaku) seseorang. Menurut Kartono (2002) depresi adalah kemuraman hati (kepedihan, kesenduan, kemuraman perasaan) yang memberi kesan kepada sifatnya. Dalam erti kata lain, dapatlah kita tafsirkan depresi ini sebagai satu gangguan yang berlaku terhadap fikiran individu yang memberi kesan kepada emosinya sekaligus membawa kepada perilakunya.
Semua orang pernah merasa sedih, tapi ketika kita mengalami depresi, suasana hati yang sedih berlangsung hingga berminggu-minggu atau bahkan berbulan-bulan. Kondisi ini sangat mempengaruhi perasaan, perilaku, dan pola pemikiran anda.
Dalam kajian ahli psikologi dunia, mereka mendapati terdapat tiga klasifikasi yang menjurus kepada depresi iaitu faktor biologi, genetik dan psikososial. Ketiga-tiga kondisi ini adalah antara punca kenapa berlakunya depresi terhadap individu.
Sebagai seorang pelajar, anda perlu mengetahui beberapa kesan ketika berlakunya depresi. Antaranya;
· Rasa sedih, cemas, atau hampa yang berterusan
· Rasa putus asa, bersalah, tidak berharga dan tidak berdaya
· Kehilangan minat atau kesenangan atas hobi
· Lelah dan kurang daya
· Sukar untuk berfikir
· Sukar untuk tidur (insomnia) atau tidur berlebihan (hipersomnia)
· Sulit makan atau terlebih makan makan
· Tidak tenang dan mudah tersinggung
· Berpikir ingin mati atau bunuh diri
· Terkadang, merasa berat di tangan dan kaki
Maka, sejurus sahaja apabila anda mendapati anda telah mempunyai kesan-kesan tersebut, anda perlulah berusaha untuk menanganinya. Diingatkan, depresi boleh menyebabkan anda bertindak diluar jangkaan. Bagi mengelakkan anda daripada bertindak diluar jangkaan, anda perlu bersegera untuk menangani depresi dengan mengambil langkah-langkah berikut;
· Berjumpa dengan kaunselor
Jangan takut atau malu! Seorang konselor dapat memberi tahu anda, jika anda memang memerlukan bantuan yang lebih serius.
· Makan
Ada beberapa makanan yang boleh meningkatkan emosi, contohnya coklat. Coklat dapat mengembalikan semangat anda dan mengubah suasana hati yang suram. Tapi ingat, jangan ambil coklat dengan terlalu banyak kalau tidak, obesiti menunggu.· Ketawa
Penelitian telah menunjukkan bahawa ketawa dapat membuat anda merasa lebih baik. Anda mungkin boleh berbual dengan rakan yang lucu ataupun mendengar radio untuk memastikan diri anda ketawa.· Memiliki keberanian untuk berubah
Anda harus punya keberanian untuk berhadapan dengan kegelapan dan berusaha mencari sinar. Antara cara untuk memiliki keberanian tersebut adalah dengan berfikir secara rasional dan tidak membanding-bandingkan diri sendiri dengan orang lain.Jadi, artikel ini jelas dalam menerangkan apa yang dimaksudkan sebenarnya dengan depresi ataupun tekanan, kesan-kesan depresi terhadap individu dan cara untuk menangani depresi. Maka, berusahalah kita selaku remaja terutamanya untuk mengelakkan diri kita sendiri daripada ditelan oleh depresi yang boleh memberi pelbagai kesan yang dahsyat kepada diri kita sendiri.
YOU ARE READING
AMIGO - Julai
RandomAMIGO! Perkataan daripada bahasa Portugis yang bermaksud "Sahabat‟. Kami, Pembimbing Rakan Sebaya MRSM KKB, mahu menjadi rakan paling akrab anda, SAHABAT anda! Masalah anda, kami akan cuba faham dan berusaha untuk bantu selari dengan moto kami; Mema...