Sara terjaga daripada lena. Dia melihat jam loceng yang terletak di tepi katilnya, jarum tepat menunjukkan jam 3 pagi. Selimutnya ditarik. Dia cuba untuk melelapkan mata semula. Kedengaran bunyi sesuatu yang terjatuh daripada bilik bawah. Dia tersentak. "Mungkin Oreo," katanya. Oreo adalah anak kucing peliharaannya. Dia sekali lagi cuba untuk melelapkan mata. Sekali lagi, kedengaran bunyi sesuatu yang terjatuh daripada bilik bawah. Dia tersentak. Kini, fikirannya penuh dengan anasir-anasir negatif. Dia menyelak selimut dan berjalan perlahan-lahan menuju ke arah pintu. Tombol dipusingkan. Pintu terbuka. Kayu besbol yang ada ditepi bilik dibawa sekali kalau-kalau dibawah ialah pencuri. Perlahan-lahan kakinya melangkah menuruni anak tangga. Telinganya terdengar bunyi gegaran daripada bilik bawah. Kakinya menuju ke bilik tersebut.
"Baik kau keluar daripada situ," jeritnya. Namun, bunyi gegaran itu masih berterusan. Pintu terbuka dengan sendirinya. Bunyi engsel karat kedengaran kuat. Sara terkejut. Nafasnya laju. Dia berjalan ke depan. Masih memegang kayu besbol tadi. Kali ini, dia betul-betul tersentak. Di depannya, ada sebuah cermin yang langsung tidak pernah dilihatnya. Cermin itu bercahaya. Terang. Silau mata bulat milik Sara. Kakinya nakal untuk berjalan ke depan. Tangannya menyentuh cermin tersebut dan Sara hilang.
°°°
Sebulan Sara telah hidup di dalam dimensi yang lain. Dimensi yang penuh dengan keriangan dan kegembiraan. Dimensi yang hampir sama dengan cerita dongeng ketika waktu kecilnya; Alice in Wonderland. Arnab-arnab putih melompat-lompat. Bunga-bunga mekar yang cantik dan pokok-pokok yang bulat dan berwarna-warni. Bau-bau yang harum. Tak kurang juga, kuda putih yang bertanduk itu. Ya, unicorn.
Sara dimahkotakan takhta puteri di dalam dimensi ini sekaligus memberi gelaran Puteri kepada awal namanya. Sebagai tanda penghormatan, dia diminta untuk memberi nama kepada dimensi ini. Ketika ini, dia duduk di atas sebuah kerusi puteri dan ditemani pembantunya; Pendeta Eliot.
"Jadi, Tuan Puteri sudah ada nama untuk dimensi ini?" Pendeta Eliot mulakan perbualan sambil dia menyikat rambut tuan puteri kesayangannya itu.
"Beta gemar dengan pokok-pokok yang bulat dan berwarna-warni itu. Selain boleh dimakan, baunya harum. Rasanya manis. Yang paling penting, setiap kali beta mengunyahnya, pasti beta akan berasa sungguh gembira dan tenang saja. Beta bercadang untuk namakan dimensi ini dengan nama pokok tersebut," seloroh Puteri Sara bercerita.
"Oh, itu pokok spesies stevia tuan puteri. Namanya, Lollipop. Mengikut sejarah, semua rasa pokok Lollipop adalah manis. Kecuali satu, pokok Lollipop yang ada di puncak Gunung Sugus. Itu satu-satunya pokok Lollipop yang pahit dan sesiapa yang menelannya akan ditimpa nasib malang. Malah lebih menyeramkan, dimensi yang didudukinya akan ditimpa nasib malang.
°°°
Setahun sudah dimensi ini dikenali sebagai Kota Lollipop. Puteri Sara dan Pendeta Eliot hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Rakyat Kota Lollipop yang rata-ratanya arnab dan hamster comel hidup dalam keadaan yang girang dan gembira sentiasa.
Suatu hari, seekor arnab hitam bernama Minnie yang nakal pergi mendaki Gunung Sugus. 7 hari 7 malam dia mendaki tanpa henti. Tenaganya seperti tidak kehabisan. Di malam ketujuh, dia tiba di puncak Gunung Sugus. Di atas gunung itu cuma terdapat sebatang pokok Lollipop dan pemandangan yang cantik sahaja. Dia melabuhkan badannya di atas rumput-rumput hijau yang ada di puncak tersebut. Matanya tertacap pada langit biru muda yang ada diatasnya ketika itu. Kapal terbang lalu di atas. Dia melambai-lambai seperti ada tingkap di bawah kapal terbang tersebut. Dia ketawa.
Perutnya berbunyi. Kedengaran lagu kumpulan Metalicca daripada perutnya. Berdentum-dentum. Seperti ada puluhan ribu orang di dalam perut Minnie yang melompat-lompat ditemani lagu kumpulan heavy metal itu. Seperti yang dinyatakan, di atas gunung itu cuma terdapat sebatang pokok Lollipop dan pemandangan yang cantik sahaja. Dia berjalan ke arah pokok tersebut. Lalu menggigitnya.
Tiba-tiba, langit menjadi hitam. Petir berdentum-dentum. Minnie kelihatan takut. Burung-burung yang ada di Kota Lollipop tiba-tiba menyerbu Gunung Sugus. Najis-najis mereka tepat jatuh ke muka Minnie. Minnie sedih.
°°°
"Apa yang telah jadi kepada dimensi kita, Pendeta?" Puteri Sara segera bertanya kepada Pendeta Eliot.
"Hamba tidak tahu Tuan Puteri," Pendeta Eliot nampak risau.
Pintu istana diketuk bertalu-talu. Pendeta Eliot segera mengarahkan pengawal membuka pintu. Seorang dukun berpakaian daun masuk dengan tergesa-gesa.
"ADA ORANG YANG TELAH MENELAN POKOK LOLLIPOP DI ATAS GUNUNG SUGUS!" Dia berlari sambil menjerit. Mukanya merah dan gusar. Begitu juga Puteri Sara dan Pendeta Eliot.
Bersambung...
YOU ARE READING
AMIGO - Julai
RandomAMIGO! Perkataan daripada bahasa Portugis yang bermaksud "Sahabat‟. Kami, Pembimbing Rakan Sebaya MRSM KKB, mahu menjadi rakan paling akrab anda, SAHABAT anda! Masalah anda, kami akan cuba faham dan berusaha untuk bantu selari dengan moto kami; Mema...