Bab 4

967 20 3
                                    


Sebaik sahaja balik shopping dan hari pun dah malam...

Amir POV

Time to sleep! Yeah! Aku memasuki bilik setelah mandi dan baring di atas katil. Ada sesuatu yang pelik. Apa dia ekk? Azim! Azim takde kat sini. Dia pergi mana?

Aku pergi ke tangga untuk turun dan mencari Azim. Tiba tiba Atikah muncul sambil mengesat matanya.

"Wei, kau apasal tak tidur lagi?"

"Azim."

"Kenapa dengan Abang?"

"Azim. Dia tak tidur dalam bilik!"

"Maksud kau, dia tak nak tidur sekatil dengan kau? Well, kan aku dah kata abang aku straight."

"Ish, malas lah nak layan."

Aku terus turun dan ke ruang tamu diikuti oleh Atikah. Aku dapati Azim sedang melayan komputer ribanya. Tengah main game kot.

"Azim~ jom masuk tidur."

Azim memandangku dan senyum dengan penuh menawan. Sebab tulah aku suka dia. Senyumannya sangat memikat.

"Err..malam ni aku tidur sinilah. Amir tidur sorang sorang eh."

"Eh? Kenapa pulak?"

"Saje."

Atikah menarik aku ke tangga.

"Ish, kau ni. Abang kata dia taknak tidur dengan kau. Maksudnya dia tak nak lah! Apa masalah kau nak paksa abang aku."

"Tak. Kau tak faham. Azim tak pernah tidur selain atas katil sebelum ni. Azim berkelakuan pelik lah!"

"Hmm? Pelik? Esoklah bincang. Aku nak masuk tidur dulu. Bye."

Kenapa takde orang faham aku? Azim memang pelik. First time dia reject pelawaan aku. Tapi, betul jugak cakap Atikah. Baik aku tidur dulu. Kalau stay up lama lama pun tak guna juga.

Keesokan harinya...

Atikah POV

Pagi yang indah ini... dikejutkan dengan satu jeritan.

"AZIM!!! KAU KAT MANA???!!!"

Tak perlu nak berfikir lagi. Suara Amir lah tu.

"Kau apahal menjerit pagi pagi ni? Sawan ke?"

"Azim takde. Aku dah cari satu rumah. Dia dah hilang!"

"Hah?"

Abang takde? Maksudnya, dia tinggalkan aku dengan Amir berdua je kat rumah? Pelik. Abang aku bukan macam tu. Dia takkan tinggalkan aku dengan lelaki lain.

Aku melihat Amir keluar rumah lalu mengikutinya.

"Wei, kau nak pergi mana tu?"

"Cari Azim lah."

"Kau nak cari dia kat mana?"

"Aku ada pasang tracking device kat dompet dia semalam sebab dia pelik sangat."

"Dompet? Kau buat apa dengan dompet Azim? Whateverlah. Aku nak ikut kau boleh?"

"Nak ikut buat apa? Kau melambatkan kerja aku je nanti."

"Aku adik Azim. Kalau ada apa apa jadi kat Azim, aku nak jadi orang pertama yang tahu."

"Sayang jugak kau kat abang kau kan? Okay. Azim kat shopping mall sekarang ni. Kita pergi sana naik teksi jom."

Milikku SeorangWhere stories live. Discover now