"Awak kahwinlah dengan saya. Apa kurang dengan diri saya?" sudah enam bulan setiap kali bertemu dengan pemandu teksi itu mesti melamarnya. Ini entah kali yang ke berapa.
"Encik saya tak nak kahwin dengan awak," setiap kali dilamar itulah jawapan si gadis.
"Kenapa? Hanya kerana saya pemandu teksi, awak menolak lamaran saya," lirih suara lelaki itu.
"Awak jangan salah faham. Saya tak bermaksud begitu," bantah si gadis. Hati wanitanya tersentuh dengan kata-kata lelaki itu.
"Habis itu kenapa awak menolak?" soal lelaki itu lagi. mungkin tidak puas hati hati dengan gadis itu.
"Saya ada cita-cita yang perlu dicapai. kalau Kahwin saya kena tumpukan perhatian pada awak sebagai suami saya, lepas itu anak=anak pula. Ohh tidak ia akan bantutkan impian saya," balas gadis itu.
Mendengar alasan gadis itu, secara automatik bibirnya melenkung ke atas. Lelaki itu percaya gadis itu akan enjadi suri hatinya. Lagi lebar senyuman lelaki itu.
"Ahh... Suadah. dah sasau ya?senyum seorang-seorang?" omelan wanita itu mengundang ketawa kecil di bibir itu.
"Awak saya ajak kahwin aje tapi awak dah bayangkan saya sebagai suami dan anak-anak. Awak izinkan saya menjadi tulang belakang kejayaan awak?" soal lelaki itu masih mengharap.
"Ahhh... Lelaki semua hanya tahu berjanji, tepatinya ke laut lau karam," balas si gadis masih menolak dengan baik.
"Bagaimana awak tahu janji saya ke laut jika saya tidak di beri peluang? Sampai hati awak tuduh saya. Saya hanya minta sedikit diruangan hati awak untuk cinta saya tapi...," lirih suara lelaki itu,
"Awak jangan macam ini. Saya...," serba salah gadis membalas ayat kelaki itu.
"Awak jika panas dan hujan biar saya menjadi payung awak, jika awak sedih saya akan pinjamkan bahu saya untuk menyandar. jika awak jatuh biar saya menjadi alas agar saya menanggung kesakitan itu. Izinkan saya bersama awak selagi badan ini dikandung hayat," lelaki itu masih memujuk gadis itu menerima lamarannya,
"Awak ini memang sweet talker ya?"
"Kenapa awak dah kena diabetes dengan kemanisan kata-kata saya?"
"Perasan."
"Lagi manis jika awak sudi memaniskan hidup saya dengan kasih sayang awak. Saya mungkin pemandu teksi tapi saya janji saya akan menjadi suami yang memahami dan bapa yang perihatin. Izinkan saya menjadi separuh dari diri awak," sekali lagi lelaki itu mencuba.
Gadis itu mengeluh perlahan hati wanitanya terusik dengan kata-kata lelaki itu," Awak saya ada mak dan bapa. kalau mereka setuju saya tiada halangan," terkebil-kebilnya mata mendengar kata-kata dari mulutnya. Bukan itu, yang nak diluahkan tapi...
"Nanti saya akan jumpa orang tua kamu. kita akan berkahwin secepat mungkin," balas lelaki itu teruja dengan jawapan gadis itu.
YOU ARE READING
MAK MERTUAKU CEO?
HumorPerkahwinan Ajel dengan Hari adalah sesuatu yang tidak dirancang. Sedar-sedar mereka dah berkahwin. * Bagi Hari menjaga Ajel adalah tanggungjawabnya walaupun dia tidak pernah mencintai wanita itu malah tidak tahu latar belakang wanita itu. * Bag...