rapuh

49 9 0
                                    

Pernah rasa tak?
Rasa sayang dekat seseorang?

Kau sanggup buat apa sahaja untuk dia.

Bagi kau, dia istimewa.
1 dalam beribu.

Pernah rasa tak?
Selepas beberapa ketika kau menyayangi dia,
Perasaan itu berkurang.

Semakin lama ia terhakis.

Namun,
Kau tak mahu ia untuk hilang.

Sebab kau dah menyayangi dia dalam jangka masa yang lama.
Kau sayang dia.
Kau tak sanggup buat dia menangis.

Tapi,
Tanpa kau sedar.
Dia sedang menangis.

Mempersoalkan setiap perkara yang kau lakukan.

Dia dapat rasakan yang kau makin jauh dari dia.

Dia juga tak sanggup akhiri segalanya.
Dia bertahan demi kau.

Dia tahu kau sedang berusaha demi mempertahankan rasa itu.
Dia cuba memahami segalanya.

Sampai satu ketika.
Sedang kau tiada disisinya.
Dia mula mencari tempat mengadu.

Kini.
Dia menanti.
Walau hatinya rapuh.
Dia tetap mempertahankan.
Rasa cinta.
Demi kau.

"Kuatkanlah hati, cinta.."

//sebelum cahaya.


DeliriumWhere stories live. Discover now