Rindu (?)

66 13 0
                                    

rindu.

maafkan aku.
kerana hanya mampu mengungkapkan kata rindu.
tapi sekadar buat bodoh buat tak tahu.

"mungkin hanya rindu"
kata hati kecil ku.
"mungkin betul aku cuma rindu"
ujar aku dalam diam lalu membisu.

ya. aku rindu.
tah apa yang aku rindu.
yang aku tahu,
aku rindu.

sekali lagi, maafkan aku.
rindu ini menconteng jiwaku.
membuatkan aku dilema
dalam rasa rindu.

lalu aku hanya mengerti rindu,
dan ia hanya sepintas lalu.
Bagai mengerti,
aku cuma rindu.

dan aku mula menafsirkan,
yang rindu itu bersifat sementara.
Tah esok atau lusa rindu
itu akan hadir lagi atau akan pergi
jauh agaknya.

aku kaku.
terdiam dan lidahku kelu.
rupanya aku masih rindu.

Sebenarnya aku tahu aku rindu.
tapi aku malu.
malu untuk mengungkap rasa itu.

tapi kini,
aku sudah berani.
aku rindu pada semua yang bakal pergi.
semua?
ya semua.

Pada semua ahli Qudwah Hasanah,
aku ungkapkan rasa rindu
pada semua yang tah bila lagi
akan berjumpa.

semoga kita semua memiliki
ilmu yang telah bersusah payah
kita kejar dan keluar dengan cukup tarbiah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 30, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

rindu.Where stories live. Discover now